Isma Mesir
348 subscribers
1.83K photos
17 videos
1 file
887 links
Segala info berkenaan Isma-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Isma-Mesir.

Dibawakan oleh Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma-Mesir).
Download Telegram
| MAJLIS KHATAM AL-QURAN REHAL WANITA |

Majlis Khatam Al-Quran bagi Program Rehal Wanita anjuran Wanita Isma Mesir telah berlangsung pada 15 Mac yang lalu.

Moga usaha ini diterima sebagai amalan yang diberkati oleh Allah SWT. Mudah-mudahan Al-Quran terus menjadi panduan hidup dan sumber kekuatan buat kita semua.

#RehalWanita
#Ramadan1446H
#IsmaMesir
#WanitaIsmaMesir
#RamadanBulanPembebasan
πŸ‘3
| Majlis Iftar Perdana ISMA Mesir

Seramai 60 orang mahasiswa telah bersama-sama memeriahkan majlis Iftar Perdana anjuran Isma Mesir pada 18 Mac 2025 yang lalu, yang bertempat di Pejabat Isma Mesir, Hayyu Asyir.

Program ini turut dihiasi tazkirah ringkas berkaitan hikmah dan fadilat penurunan al-Quran dalam bulan Ramadan oleh Ustaz Aqil Zamani, Pengerusi Isma Mesir.

Semoga Ramadan kali ini menjadi bulan pembebasan bagi kita semua, daripada belenggu kelemahan diri, dosa-dosa yang lalu, dan kelalaian dunia. Moga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk menjadi hamba yang tunduk dan patuh sepenuhnya kepada-Nya, serta istiqamah di jalan-Nya.

#IsmaMesir #IftarPerdana #Ramadan1446H #RamadanBulanPembebasan
❀3πŸ‘3
πŸŒ™ PODCAST RAMADAN | BULAN PEMBEBASAN

πŸ“Œ Tajuk:
πŸ’‘ β€œRamadan: Apakah Tuntutan Kita Sesama Muslim?”

πŸ—£οΈ Bersama:
Ustaz Usaid Bin Zaidi
(Mahasiswa Kuliah Syariah, Universiti Al-Azhar)

πŸ“… Hari: Rabu | 26 Mac 2025
⏰ Masa: 4.30 Petang
πŸ“ LIVE di Facebook: Isma Mesir

✨ Ramadan bukan hanya tentang ibadah individu, tetapi juga hubungan kita sesama Muslim. Ketahui hak dan tuntutan kita terhadap saudara seagama dalam bulan penuh keberkatan ini.

πŸ“² Set reminder sekarang & ajak rakan-rakan anda!

#ismamesir #podcastramadan #bulanpembebasan
πŸ‘4
πŸŒ™ PODCAST RAMADAN | BULAN PEMBEBASAN

πŸ“Œ Tajuk:
πŸ’‘ β€œNatijah Ramadan: Apa Selepas Ramadan?”

πŸ—£οΈ Bersama:
Ustaz Raja Mohd Zulfadhli Bin Raja Hisham
(Calon Sarjana, Fiqh Muqoron, Universiti Al-Azhar)

πŸ“… Hari: Jumaat | 28 Mac 2025
⏰ Masa: 4.30 Petang
πŸ“ LIVE di Facebook: Isma Mesir

✨ Ramadan akan berlalu, tetapi bagaimana dengan kesannya dalam hidup kita? Jangan biarkan semangat Ramadan hilang begitu sahaja. Sertai perbincangan ini untuk memahami bagaimana meneruskan amalan selepas Ramadan!

πŸ“² Set reminder sekarang & ajak rakan-rakan anda! Jom kekalkan momentum ibadah bersama.

#ismamesir #podcastramadan #bulanpembebasan
❀1πŸ‘1
✨ Utaqa 1446H ✨

Alhamdulillah, program Utaqa 1446H telah berlangsung pada 20-22 Mac 2025. Program ini menjadi medan untuk para peserta memperbanyakkan amal ibadah dalam usaha mengejar pembebasan dari api neraka sebagaimana yang dijanjikan dalam Ramadan.

Sepanjang tiga hari, peserta mengisi masa dengan aktiviti seperti:

πŸ“– Tadarus Al-Quran & Khatam 30 Juz’
πŸ—£οΈ Tazkirah & Muhadarah
πŸšΆβ€β™‚οΈ Rehlah Masyi
πŸ•Œ Iktikaf & Qiamullail

Semoga setiap ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus istiqamah dalam kebaikan. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang dibebaskan dari api neraka pada Ramadan ini.

#Utaqa1446H #IsmaMesir #RamadanBulanPembebasan
❀3πŸ‘2