Isma Mesir
348 subscribers
1.83K photos
17 videos
1 file
887 links
Segala info berkenaan Isma-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Isma-Mesir.

Dibawakan oleh Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma-Mesir).
Download Telegram
Berita | Kepulangan Sang Murobbi Ummah

Kaherah, 6 November 2022 - "Kehidupan arab di mesir ini mengajarkan kita tentang sifat qanaah, kesabaran dan tawakkal yang tinggi. Setiap ujian kita hadapi, belajarlah kesusahan dari orang arab mesir di sekeliling kita", itulah kalam taujihat yang dikongsi beliau sewaktu majlis haflah wida' bersama seluruh aktivis Isma Mesir.

Seorang Aktivis Isma Mesir, Ustaz Ahmad Nursyirwan Bin Zakaria bakal meninggalkan sebuah memori buat seluruh aktivis Isma Mesir.

Beliau yang bergraduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir, Universiti Al Azhar, Kaherah, pernah mendapat penghargaan sebagai seorang tokoh pengkaderan di kalangan mahasiswa Malaysia di Mesir ini.

Selain itu, beliau merupakan mantan Ketua Syukbah Isma Mansurah pada sesi 2018.

Berikutan dengan majlis wida' beliau adalah bagi meraikan kejayaan beliau dalam pembelajarannya dan menghargai sumbangannya serta meraikan kepulangan beliau ke tanah air pada pagi ini.

Isma Mesir mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan semoga Ustaz Nurshirwan dapat memberikan sumbangan yang terbaik buat ummah di Malaysia.

Semoga dengan kepulangan beliau sedikit sebanyak menjadi penolak, inspirasi dan qudwah buat seluruh ahli Isma Mesir untuk mempersiapkan diri sebelum pulang ke tanah air.

#Bfg
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
BERITA | Pergimu Meninggalkan Legasi, Baktimu Dinanti di Tanah Air

Bagaikan sirih pulang ke gagang, begitulah kata ungkapan yang sesuai buat mantan Pengerusi Isma Mesir sesi 2019-2020 dan mantan Ketua Wanita Isma Mesir sesi 2018 yang telah berjaya mengakhiri pengajiannya dalam jurusan masing-masing.

Berita penuh di website :
https://ismamesir.net/v3/2022/11/10/berita-pergimu-meninggalkan-legasi-baktimu-dinanti-di-tanah-air/

#bfg
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
___

U
ntuk mengikuti perkembangan Isma Mesir, ikuti kami di
๐Ÿ”นWebsite: www.ismamesir.net
๐Ÿ”นTelegram: telegram.me/IsmaMesir 
๐Ÿ”นFacebook: facebook.com/ismamesir/
๐Ÿ”นInstagram: instagram.com/isma.mesir
Forwarded from Indahnya Islam
โ‡๏ธHADIS HARI INIโ‡๏ธ

Bersabar dan berpegang teguhlah dengan agama


Dari Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda, โ€œAkan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api.โ€

HR Tirmidzi
____
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Indahnya Islam : klik telegram.me/indahnyaislam
Isma Mesir Komited Melakar Kecemerlangan

Iskandariah, Khamis 24 November 2022  - Seorang Aktivitis Isma Mesir cawangan Iskandariah, Saudara Hilmi Bin Rosli berjaya merangkul segulung ijazah sarjana muda dalam bidang Bachelor of Medical and Bachelor of Surgery(MBBS) di Majlis Graduasi Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah, Mesir.

Anak kelahiran Perlis ini merupakan ahli aktif Isma Mesir yang pernah meraih tokoh pengkaderan pada sesi 2018 kerana banyak menganjurkan program kemasyarakatan bersama para mahasiswa di Iskandariah.

Isma Mesir sekali lagi mengucapkan selamat maju jaya buat seluruh graduan perubatan Universiti Iskandariah dan berharap agar kejayaan ini dapat membakar semangat seluruh mahasiswa lain supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran agar mampu berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia kelak.

#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
Berita | Menyambung Perjuangan Di Tanah Air

Kaherah, 28 November 2022 - "Apabila kita ada impian yang besar untuk menghasilkan sesuatu perkara, buat sampai habis. Kadang-kadang ada satu impian, tetapi kita kena sabar dan ikut prosesnya dengan betul, baru impian kita akan tercapai" itulah kalam taujihat yang dikongsi beliau sewaktu majlis haflah wida' bersama seluruh aktivitis Isma Mesir.

Beritu penuh di website :
https://ismamesir.net/v3/2022/11/29/berita-menyambung-perjuangan-di-tanah-air/

#Bfg
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
Komuniti | Lahirnya Mujahid Ummah Penyambung Risalah.

Kaherah, 18 Disember - Tepat jam 11:30 pagi semalam, pasangan bertuah Ustaz Khairul Anwar bin Rosli dan Ustazah Mujibah Binti Mohd Fadzil diserikan lagi dengan kelahiran mujahid sulung mereka. Dengan kelahiran ini menjadi pemangkin usaha dakwah pasangan ini. Bayi mujahid sulung mereka ini dilahirkan di Hospital El-Joudy Abbas El-Akad.

Ustaz Khairul Anwar bin Rosli merupakan calon master dalam bidang Usul Fiqh di Kuliah Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar dan merupakan Ketua Syukbah Kaherah Isma Mesir sesi kali ini. Manakala Ustazah Mujibah  merupakan graduan universiti Al-Azhar merangkap Timbalan Biro Pengkaderan, Isma Mesir.


ุจูŽุงุฑูŽูƒูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู„ูŽูƒูŽ ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ู‡ููˆู’ุจู ู„ูŽูƒูŽุŒ ูˆูŽุดูŽูƒูŽุฑู’ุชูŽ ุงู„ู’ูˆูŽุงู‡ูุจูŽุŒ ูˆูŽุจูŽู„ูŽุบูŽ ุฃูŽุดูุฏูŽู‘ู‡ูุŒ ูˆูŽุฑูุฒูู‚ู’ุชูŽ ุจูุฑูŽู‘ู‡ู.

โ€œSemoga Allah memberkahimu atas kelahiran anak kepadamu. Kamu telah bersyukur kepada Sang Pemberi, dan supaya dapat mencapai dewasa, serta kamu dikurniakan akan kebaikannya.โ€

Diharapkan kelahiran mujahid sulung ini menjadikan beliau lebih bersemangat dan bertenaga dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah, dan menjadi inspirasi kepada seluruh ahli Isma Mesir untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan dakwah.

#IsmaMesir
#MujahidUmmah
Ilmu Menundukkan Seorang Hamba

Bukanlah hanya keputusan peperiksaan cemerlang yang perlu dikejar dari sesebuah ilmu, namun yang lebih besar natijah penuntut ilmu adalah akhlak mulia seorang muslim.

ู†ุญู† ุฅู„ู‰ ู‚ู„ูŠู„ ู…ู† ุงู„ู’ุฃุฏุจ ุฃูŽุญูˆุฌู ู…ู†ู‘ูŽุง ุฅู„ู‰ ูƒุซูŠุฑ ู…ู† ุงู„ุนู„ู…

"Kita lebih memerlukan kepada adab meskipun sedikit, dibandingkan ilmu yang banyak." Itulah kata-kata Abdullah Ibn Mubarak

Akhlak muslim yang mulia adalah natijah keikhlasan dalam menuntut ilmu, rasa rendah diri, tawadhuk dan sentiasa merasai bahawa dirinya mempunyai kekurangan.

Selamat menduduki peperiksaan kepada seluruh mahasiswa di Perlembahan Nil.
Teruskan Melangkah Dengan Nafas Baharu

Dalam kita melakar peta hidup masa hadapan, jangan biarkan sesiapa buat keputusan untuk diri kita.

Bertanggungjawablah dengan setiap keputusan kita dengan beramal sehabis baik.

Setelah azam dan beramal, serahlah segalanya kepada Rabb tuhan yang berkuasa atas segalanya.

Tidak ada kerugian bagi manusia yang menyandarkan segala keringat kepada tuhan yang padaNya manusia kembali.

Peluang yang cuma sekali, haruslah berani melakar jambatan, menyeberangi lautan hawa nafsu. Kerna akhirnya hati-hati yang ikhlas berjuang kerana-Nya, akan dipertemukan di sebuah simpang menuju ke syurga.

#KalamJKC
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
Ahlan Rejab !!

Bulan Ramadhan akan tiba, sebagai seorang mukmin yang menanti-nantikan bulan ramadhan, pasti akan mempersiapkan diri dan hatinya untuk menyambut kedatangan bulan ramadhan.

Berkata Abu Bakar Al-Warraq Al-Balkhi, "Bulan Rejab bulan bercucuk tanam, dan Sya'ban bulan mengairi tanaman, dan bulan Ramadhan adalah bulan menuai tanaman."

Jika kita tidak mula bercucuk tanam dari sekarang, sampai bila pun kita tidak akan dapat menuai hasil.

Ayuh mempersiapkan diri kita sebagai seorang hamba

#IsmaMesir
#KalamJKC
Tinggal 2 Hari Sahaja Lagi !!

Ekspedisi ke lokasi yang kaya dengan sejarah dan nilai tarbawi bakal dijejaki oleh para peserta XPDC Sinai 2.0

Bahang kian terasa ! Moga jaulah bersama Isma Mesir terus memberi seribu satu makna kepada para peserta yang hadir bersama.

#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
LENSA | XPDC SINAI 2023

Melihat tinggalan sejarah peperangan antara Mesir dan Israel yang dinamakan peperangan 6 Oktober pada tahun 1973 dan mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut.

#XPDCTarbawi
#IsmaMesir
LENSA | XPDC SINAI 2023

Sekitar Majlis Perasmian yang disampaikan oleh Ustaz Mus'ab Umairi Bin Zaharuddin selaku pengarah program XPDC SINAI 2.0

#XPDCTarbawi2.0
#IsmaMesir
BERITA | Rehlah Sinai Menghayati Sejarah Nabi Musa A.S

Selatan Sinai, 1 Februari 2023 -
โ€œKita lihat betapa beratnya Nabi Musa A.S nak menerima wahyu sehingga kena mendaki bukit dan pengsanโ€ antara kalam taujihat Pengarah Program, Ustaz Musab Umairi Bin Zaharuddin.

Klik pautan untuk berita penuh :

https://ismamesir.net/v3/2023/02/05/berita-rehlah-sinai-menghayati-sejarah-nabi-musa-a-s/

#XPDCTarbawi2.0
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat