Isma Mesir
348 subscribers
1.83K photos
17 videos
1 file
887 links
Segala info berkenaan Isma-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Isma-Mesir.

Dibawakan oleh Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma-Mesir).
Download Telegram
20 Hari Lagi Ramadan

Seorang ulama faqih Thauban Bin Ibrahim RHM dengan gelaran Zu An-Nun dari Mesir pernah berkata :

Rejab adalah untuk meninggalkan dosa, Sya’ban untuk melakukan ketaatan, dan Ramadhan untuk menunggu sebuah kemuliaan. Sesiapa yang tidak meninggalkan kekotoran/dosa, tidak melakukan amal ketaatan, dan tidak menunggu sebuah kemuliaan, maka dia termasuk orang yang sombong.”

اللهم بارك لنا في شعبان و بلغنا رمضان

" Ya Allah berkatilah kami pada bulan syaaban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan".
Komuniti | Lahirnya mujahidah penyeri keluarga

Kaherah, 6 Mac - Kelahiran zuriat merupakan tujuan utama mendirikan baitul muslim, dan kelahiran mujahid dan mujahidah  merupakan saat yang dinantikan bagi setiap pasangan. Anak-anak juga akan menjadi aset dakwah dan harapan ummah pada masa hadapan.

Alhamdulillah pada 3 Mac lalu, Ustaz Wan Adam bin Wan Mohd Azli dan pasangannya Ustazah Nuha Binti Zainurrashid diserikan dengan kelahiran anak kedua mereka yang lahir pada jam 10:10 malam Mesir bersamaan 4:10 pagi Malaysia, di Hospital Hana Maternity center, Madinaty.

بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوْبِ لَكَ، وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ.

Semoga dengan kelahiran anak kedua ini menjadikan beliau lebih bersemangat dan bertenaga dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah, dan menjadi inspirasi kepada seluruh ahli ISMA Mesir untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan dakwah.

#IsmaMesir
#MujahidahPenerusDakwah
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
Salam Nisfu Syaaban

Malam nisfu syaaban merupakan malam yang penuh rahmah dan pengampunan dari Allah serta malam yang dikabulkan doa.

Peluang untuk kita sebagai hambaNya adalah perbanyakkan doa memohon ampun, dan perbanyakkan amal ibadah dengan niat untuk meningkatkan keimanan kepada Allah.

إن الله ليطلع في ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن

"Sesungguhnya Allah swt melihat pada malam nisfu syaaban, kemudian mengampunkan semua makhlukNya kecuali orang yang syirik dan yang bermusuhan"
(HR Ibn Hibban)

#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐈𝐇𝐘𝐀' 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍

Kurang beberapa hari lagi kita bakal menyambut ketibaan Ramadan. Jadi apakah kita sudah bersedia menerima kedatangan tetamu agung ini ?

Sabda Rasulullah:

أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ.

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadan yang merupakan bulan yang diberkati. Allah telah memfardukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitan-syaitan yang jahat." (Sunan al-Nasa’i, no: 2427)

Maka Isma Mesir menjemput seluruh mahasiswa untuk hadir mendengar perkongsian ini bagi menyemarakkan lagi semangat kita untuk mempersiapkan diri menghadapi bulan Ramadan yang mulia ini.

Forum perdana ini menampilkan dua panelis, Ustaz Mus'ab Umairi & Ustaz Khairul Anwar, pelajar sarjana ulum, jurusan Syariah Islamiah.

Butiran program adalah seperti berikut :

📅 Tarikh: 10 Mac 2022 (Jumaat)
🕣 Masa: 5.15 pm-8.30 pm
🏠 Tempat: Markaz ISMA, Hayy 7

*Makan malam disediakan*
*Khusus untuk mahasiswa & mahasiswi Malaysia.*
*Tempat adalah terhad*

Tekan link dibawah untuk pendaftaran.
https://forms.gle/ZJzxmmynLDqGSPVx8

Pendaftaran adalah terhad !!

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Ustaz Fathi https://wa.me/60110789196
Ustazah Izzah https://wa.me/201552914839

#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
9 Hari lagi menuju Ramadhan !!

اللهمّ بارك لنا في شعبان، وبلّغنا رمضان

Kami cadangkan beberapa masjid untuk menunaikan Solat Tarawih sekitar Kaherah :

📍Masjid Sultan Hassan, Darrasah

#IndahnyaRamadhan
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
"Bersama -sama Membangunkan Peradaban "

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-18 dengan tema "Bersama-sama Membangunkan Peradaban" seperti berikut:

Tarikh: 18 Mac 2023 (Sabtu)
Masa 8.30 pagi - 5.00 petang


Semoga Allah pelihara majlis ini dan semoga Mesyuarat Agung Perwakilan ISMA kali ini merancakkan lagi amal dakwah dan tarbiyyah ISMA pada masa-masa yang mendatang. InsyaAllah.

#MesyuaratAgungPerwakilanISMA2023
#NGOIslam
#ISMA
8 Hari lagi menuju Ramadhan !!

اللهمّ بارك لنا في شعبان، وبلّغنا رمضان

📍Masjid Mosheer Tantawy, Tajamu' Khomsah

#IndahnyaRamadhan
#IsmaMesir
#jiwakuatpimpinmasyarakat
KOMUNITI HADIS SULASA'

Dalam usaha mewujudkan sebuah komuniti yang menerapkan penghayatan Islam dalam komuniti mahasiswa di Mansurah, Isma Mansurah telah mewujudkan sebuah kelas perkongsian diniyyah yang dinamakan 'Hadis Sulasa'.

Program ini dijadualkan pada setiap Hari Selasa, jam 7.00pm bertempat di Beyt Etihad, Mansurah.

Seluruh mahasiswa dijemput hadir !!!

Makanan disediakan

#HadisSulasa'
#IsmaMansurah
#IsmaMesir
7 Hari lagi menuju Ramadhan !!

اللهمّ بارك لنا في شعبان، وبلّغنا رمضان

🌟Masjid Pertama dibuka oleh Amru Ibn Al-'As Radhiallahu Anhu

📍Lokasi :
🕌Masjid Amru Ibn Al-'As, Mar Girgis, Old Cairo

✨GPS Terawih :
Tremco Sabik🚌 ➡️ Metro Ramses 🚄 ➡️ Stesen Mar Girgis, Old Cairo 🚄

#IndahnyaRamadhan
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
6 Hari lagi menuju Ramadhan !!

اللهمّ بارك لنا في شعبان، وبلّغنا رمضان

✨GPS Terawih :
🌟Maklumat terkini : Terawih 20 rakaat bersama Imam Qiraat
🌟Maidah disediakan setiap hari

📍Lokasi :
🕌Masjid Al-Azhar Syarif, Darrasah

#IndahnyaRamadhan
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
Program Melawat Gereja, Kuil : Jarum Pluralisme Agama

Hakikatnya Islam adalah agama negara di Malaysia, namun agama lain bebas diamalkan. Walaubagaimana pun, ia tetap tidak boleh disebarkan kerana akan mengakibatkan kekacauan dan membawa kepada ketegangan kaum dan agama.

Jemput baca selanjutnya pada bawah👇
https://muis.org.my/2023/03/program-melawat-gereja-kuil-jarum-pluralisme-agama/
--------------------------------------------
Ikuti
telegram MUIS : https://t.me/kalamsalafussoleh
FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma
YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0
5 Hari Lagi Menuju Ramadhan !!

اللهمّ بارك لنا في شعبان، وبلّغنا رمضان

✨GPS Terawih :

🌟Maklumat terkini : Terawih 8, bacaan imam sederhana
🌟 Habis dalam setengah jam

📍Lokasi :
🕌Masjid El Salam, Hayyu Asyir

#IndahnyaRamadhan
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
4 Hari Lagi Menuju Ramadhan !!

اللهمّ بارك لنا في شعبان، وبلّغنا رمضان

✨GPS Terawih :
🌟 8 rakaat bacaan imam merdu
🌟 Maidah disediakan
🌟 Selesa & luas (aircond)

📍Lokasi :
🕌Masjid Fatema ElZahra, Manteqah Al Oula, Madinat Nasr , Cairo

* Dari Mahattoh sabik : Mini bus 87🚎➡️ awal kubri kuliah banat ➡️ jalan 6 minit 🚶

#IndahnyaRamadhan
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat