Isma Mesir
348 subscribers
1.83K photos
17 videos
1 file
887 links
Segala info berkenaan Isma-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Isma-Mesir.

Dibawakan oleh Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma-Mesir).
Download Telegram
JUMPS 2023

Indahnya percutian ini sekiranya para peserta dapat menyediakan & menikmati ayam bakar, sosej serta coleslaw bersama-sama.

#JUMPS2023 #IsmaMesir #Dahab #MembinaTautanUkhuwah
JUMPS 2023

Keindahan pagi subuh yang menyenangkan dapat dihiasi dengan tazkirah subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Amirul Hadif yang bertajuk kepentingan sebuah ikatan akidah sesama mukmin.

#Jumps2023 #IsmaMesir #Dahab
#MembinaTautanUkhuwah
Salam Maulidur Rasul 1445H

Salam penuh rindu buat junjungan besar Rasulullah SAW.
Salam buat penghulu segala rasul dan pemberi syafaat di akhirat.

Bersama meraikan sunnah dengan mengikuti gerak langkah baginda agar ia menjadi bukti cinta seorang umat.

{ لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا }
[Surah Al-Ahzâb: 21]

Maksudnya :
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم تسليما كثيرا.


#MaulidNabi1445H
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
Berita | Tautan Ukhuwah Musim Panas

"Perkumpulan harini bukan diikat atas dasar harta dan kewangan, tapi diikat atas dasar iman, kerana Dialah berkuasa pada setiap hati insan". Antara ucapan penutup yang diucapkan oleh Pengarah JUMPS 23

Berita penuh di website :

https://ismamesir.net/v3/2023/10/01/berita-tautan-ukhuwah-musim-panas/

#JUMPS23
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
Memasuki 100 tahun kedua pasca kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah 1924, umat Islam berdepan tiga cabaran paling utama:

1. Membetulkan mafhum ummah kepada semua umat Islam di nusantara termasuk membetulkan konsep wala’ dan bara’ yang telah dicemari dengan makna yang salah.
2. Menghilangkan beban persempadan yang ditinggalkan oleh Barat dan menguruskan konflik sempadan ‘ciptaan’ yang menimbulkan ketegangan.
3. Merintis projek-projek kesatuan walaupun bermula sekecil mana pun projek tersebut.

Wacana Kesatuan Umat Islam Serantau adalah siri-siri usaha berterusan yang mengumpulkan pengalaman-pengalaman umat Islam seluruh nusantara yang bukan mudah untuk dilaksanakan.

10 pembentang kertas kerja telah berkongsi pengalaman-pengalaman rumpun bangsa Melayu yang melengkapkan lagi idea kesatuan yang juga merupakan impian setiap hati umat Islam.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersiap siagalah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.

(Surah Ali Imran: 200)

Wacana Kesatuan Umat Islam Serantau
30 September 2023
Universiti Malaya

#kesatuanserantau
#Malaysiaunggul2040
#ummahfadhilah
#KuasaNasional
❤3
Berita Komuniti | Permata Ummah Pulang Menabur Bakti

“Kekuatan hati ada pada kelembutan hati, kelemahan hati ada pada kekerasannya hati seseorang apabila mahu menerima nasihat dan teguran”. Kalam terakhir dalam majlis wida’ pada 2 Oktober 2023 yang lepas.

Berita penuh di laman website ini :
https://ismamesir.net/v3/2023/10/05/permata-ummah-pulang-menabur-bakti/

#bfg
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
👍3❤1
Aktivis ISMA Mesir Bergelar Graduan di Majlis Konvokesyen kali ke-17 anjuran Education Malaysian Egypt (EME)

Kaherah, Sabtu 20 oktober 2023 - Seramai 7 orang Aktivis ISMA cawangan Mesir diraikan dalam Majlis Konvokesyen berjaya merangkul Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al - Azhar dari pelbagai latar belakang bidang pengajian. Mereka adalah seperti berikut:

Bidang Pengajian Syariah Islamiah
1. Faiz Zakuan bin Ahmad Khairul Anuar
2. Aisyah Binti Fakhruddin
3. Aliah Athirah Binti Samsudin
4. Ameerah Wafiy
5. Nurul Aqila Binti Khairulamli

Bidang Pengajian Usuluddin
6. Muhammad Amirul Nizam bin Amirullah

Bidang pengajian Bahasa Arab
7. Nurul Izzah Syahirah Binti Shahrizal

Majlis konvokesyen yang berlangsung pada Sabtu lalu meraikan seramai 433 orang graduan, bertempat di Hotel InterContinental Citystars, Kaherah.

Warga Isma Mesir berbesar hati mengucapkan tahniah buat semua graduan dan ahli keluarga tercinta, khususnya graduan di kalangan aktivis Isma Mesir. Semoga ilmu yang dipelajari memberi manfaat kepada umat sejagat dan diucapkan salam maju jaya!

#ISMAMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
👍4
Berita | Jasamu Dikenang, Baktimu Disanjung

Kaherah, 31 Oktober 2023 - “setinggi-tinggi melambung, surutnya ke tanah juga". Begitulah gambaran kehidupan mahasiswa di perantauan buat keluarga Ustaz...

Klik link ini untuk berita penuh :
https://ismamesir.net/v3/2023/11/04/berita-jasamu-dikenang-baktimu-disanjung-2/

#bfg
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
😢4
PEMASYHURAN JAWATANKUASA CAWANGAN ISMA-MESIR 2024

Tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Cawangan Isma-Mesir yang baharu bagi sesi 2024 di atas pelantikan ini.

Semoga amanah ini dapat dipikul bersama ahli dan komited menerajui dakwah dan tarbiyah mahasiswa khususnya di Mesir.

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
(Surah As-Saff : 4)
👍15🔥1