Isma Mesir
348 subscribers
1.83K photos
17 videos
1 file
887 links
Segala info berkenaan Isma-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Isma-Mesir.

Dibawakan oleh Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma-Mesir).
Download Telegram
Al-Qosdu Al-Mujmal: Pesan Ustaz Syamil Esa dalam Riadah Jumaat

Alhamdulillah, riadah mingguan kali ini berlangsung dengan penuh keceriaan dan ukhuwah. Kehadiran ikhwah bukan sahaja memeriahkan suasana, bahkan mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan dalam suasana santai dan mesra.

Riadah turut diserikan dengan tazkirah daripada Ustaz Syamil Esa yang menekankan bahawa penghujung sesuatu perkara adalah apa yang kita niatkan dari awal. Beliau menjelaskan konsep al-Qosdu al-Mujmal, iaitu satu niat yang ijmali dan merangkumi semua apa yang kita mahukan.

Baca artikel penuh:
https://ismamesir.net/v3/2025/10/04/al-qosdu-al-mujmal-pesan-ustaz-syamil-esa-dalam-riadah-jumaat/

#IsmaMesir
#RiadahJumaat
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
❤6👍3
Pengenalan Islam Wasatiy Kepada Pelajar-pelajar Malaysia di Bumi Mesir

KAHERAH, 9 Oktober, Khamis – Pertubuhan Muafakat Ilmuan Islam (MUIS) telah berjaya mengadakan sebuah daurah ilmiah yang bertajuk " Islam Wasatiy: Fiqh Perjuangan Ulama". Sesi daurah tersebut telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Syamil bin Mohd Esa yang merupakan Setiausaha Agung MUIS. Kehadiran pelajar-pelajar Malaysia yang terdiri daripada kuliah pengajian Islam di Universiti Al-Azhar menjadikannya sebuah majlis yang penuh bersemangat dan bermakna.

Salah satu detik penting dalam program ini ialah pengenalan Konsep Islam Wasatiy, yang menjadi teras perjuangan MUIS dalam menyebarkan kefahaman Islam yang sahih dan seimbang. Inisiatif ini dilihat sebagai suatu gelombang baru yang segar buat para asatizah dalam mengangkat nilai kesederhanaan Islam (wasatiyyah) sebagai jawapan terhadap cabaran semasa, termasuk isu perpecahan umat dan pelampauan dalam beragama.

Kepentingan memahami mafhum Wasatiyyah yang tulen menjadi sebuah keperluan apabila mafhum Wasatiyyah pada hari ini sering kali disalahfahami oleh sesetengah pihak.

Daurah tersebut juga menjadi medan muhasabah, pengukuhan ukhuwah, dan perancangan strategik masa depan bagi memperkukuh lagi peranan Asatizah sebagai gerakan keilmuan dan dakwah kontemporari yang berwibawa.

#islamwasatiy
#kaherahMesir
#muafakatilmuanislam
👍4❤1
TAMAR 2025 | Kelas Tutorial Ammiyah Masriah

Nak speaking Arab Mesir dengan lebih yakin dan lancar?
Jom sertai kelas khas untuk bantu kita faham dan guna loghat Ammiyah Masri dalam kehidupan seharian!

Penyampai:

Ikhwah
: Ustaz Muhammad Fathi Bin Mohd Fadzli, Graduan Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah

Akhwat : Ustazah Maryam Nafisah Binti Shaharuzzaman, Graduan Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah

📅 Hari: Jumaat, 7 November 2025
🕑 Masa: 2.00 – 5.00 petang
📍 Tempat:
- Ikhwah : Surau Asrama Kenyalang
- Akhwat : Pejabat Isma Mesir

🎁 Penyertaan adalah sebanyak 80le. (Makanan dan handout)


Jangan lepaskan peluang ni untuk tingkatkan kemahiran bahasa Arab dan faham budaya Mesir dengan lebih dekat

📞 Hubungi:
Ikhwah:
+6011-2342 3170 (Ammar)
Akhwat: +601110803076 (Nik Masyitah)


#IsmaMesir
#AmmiyMesir@IsmaMesir
👍2❤1
BERITA | Kelas Tutorial Ammiyah Masriah (TAMAR 2025) : Kuasai Asas Dialek Arab Mesir

KAHERAH, 7 November 2025 – Sebuah kelas intensif bahasa Arab Mesir TAMAR 2025: Kelas Tutorial Ammiyah Masriah telah berjaya dianjurkan oleh ISMA Mesir dengan kerjasama Dar Hikmah Edu Consult dan Persatuan Anak Kenyalang Mesir (PAKEM).

“Penguasaan bahasa Ammiyah amat penting bagi mahasiswa asing agar lebih mudah berinteraksi dengan masyarakat tempatan, memahami budaya setempat, serta memanfaatkan peluang dakwah dan ilmu sepanjang berada di bumi Mesir”, ujar wakil Jawatankuasa ISMA Mesir, Ustaz Amirul Hadif bin Ab Rahman Thobroni dalam ucapannya.

Ikuti berita penuh di pautan di bawah:

https://ismamesir.net/v3/2025/11/09/berita-kelas-tutorial-ammiyah-masriah-tamar-2025-kuasai-asas-dialek-arab-mesir/

#IsmaMesir
#TAMAR2025
#AmmiyahMasriah
#BahasaArabMesir
❤3
𝗶-𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮: 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗿𝘁𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻

ن ۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ
“Nun. Demi pena dan apa yang mereka tulis.”
(Surah Al-Qalam, Ayat 1)

Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap tulisan adalah amanah dan mempunyai nilai besar di sisi Allah. Melalui pena, lahirnya ilmu, kebenaran, dan perubahan dalam masyarakat.

📣 Isma Mesir berbesar hati menjemput anda untuk menyertai bengkel I-Media: Kewartawanan dan Penulisan yang akan diadakan seperti berikut:

📆 Jumaat, 14 November 2025
📍 Pejabat Isma Mesir
🕰 9 pagi – 3.30 petang
💰 Yuran: LE80 sahaja

** Penyertaan dibuka untuk ahli Isma Mesir sahaja.

#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
#iMedia2025
👍6🥰1
BERITA | Bengkel i-Media Tingkat Kemahiran Kewartawanan & Penulisan Ahli ISMA Mesir

KAHERAH, 20 November - ISMA Mesir telah menganjurkan Bengkel i-Media: Kewartawanan & Penulisan di Pejabat ISMA Mesir pada minggu lalu, menghimpunkan beberapa ahli dari pelbagai bidang bagi meningkatkan kemahiran asas dalam penulisan serta keupayaan menyampaikan mesej dakwah secara lebih berkesan.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini dikendalikan oleh Ustaz Irfan Mohiddin yang berpengalaman dalam bidang ini. Menurut beliau, Inisiatif ini sangat signifikan dalam memberikan nilai tambah dalam kemahiran profesional, khususnya dalam bidang penulisan berita, penulisan artikel dan asas kewartawanan.

Ikuti berita penuh di pautan di bawah:

https://ismamesir.net/v3/2025/11/21/berita-bengkel-i-media-tingkat-kemahiran-kewartawanan-penulisan-ahli-isma-mesir/

#ismamesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
#wartawanummah
6 Aktivis ISMA Mesir Bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar

KAHERAH, 12 November 2025 — Seramai 6 aktivis ISMA Mesir diraikan sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Universiti Al-Azhar dalam majlis konvokesyen anjuran Education Malaysia Egypt (EME) bertempat di Al-Manara International Conference Centre pada 1 November 2025.

ISMA Mesir berharap pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dalam usaha melahirkan generasi ilmuwan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara.

Ikuti berita penuh di pautan dibawah:

https://ismamesir.net/v3/2025/11/26/6-aktivis-isma-mesir-bergelar-graduan-ijazah-sarjana-muda-di-universiti-al-azhar/

#JiwaKuatPimpinMasyarakat
#IsmaMesir
#Graduan@IsmaMesir
❤3👍3🥰1