Berita | Permata Ummah Kembali ke Tanah Air
KAHERAH, 25 November 2025 – Ustaz Hikmat bin Mohd Esa beserta isterinya, Ustazah Nur Ashikin binti Muhamad Mathurudi telah menyempurnakan hampir 11 tahun pengembaraan ilmu di Mesir, kini pulang ke Malaysia bagi memasuki episod baharu dalam kerjaya dan lapangan dakwah.
Dalam ucapan perpisahannya, Ustaz Hikmat menekankan bahawa kesinambungan dakwah tidak terletak pada individu semata-mata, sebaliknya pada roh perjuangan yang terus dipelihara. “Risalah ini tidak akan berhenti dengan baliknya seorang dua, tetapi ia akan berterusan jika dipelihara roh-rohnya” katanya.
Ikuti berita penuh di pautan dibawah:
https://ismamesir.net/v3/2025/12/03/berita-permata-ummah-kembali-ke-tanah-air/
#bfg
#ismamesir

❤1
📌 Iklan Kelas Tutorial Isma Mesir
Baru dapat kitab untuk belajar?
Agak kesuntukan masa untuk habiskan muqorror?
Mate'lasy, yabni! (Jangan risau!)
Isma Mesir dengan kerjasama Dar Hikma ada menyediakan kelas tutor bagi membantu anda semua untuk menghabiskan bacaan kitab kuliah dan memahami madah dengan baik.
✅ Habis muqorror hanya dalam 3-4 kali tutor.
✅ Nota dan tips imtihan
✅ Hanya 150le seorang bagi setiap madah
✅ Tenaga pengajar calon Master dan Graduan Al- Azhar
*Penyertaan adalah terhad.
*Untuk Ikhwah sahaja.
🙋🏻♂️Berminat untuk sertai dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Ust Muinuddin wa.me/60197114960

👍3
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐦𝐚 𝐌𝐞𝐬𝐢𝐫 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐀𝐭𝐚𝐬𝐞 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫
Alhamdulillah, tiga orang Ahli Jawatankuasa Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Mesir (Isma Mesir) berpeluang mengadakan sesi ziarah hormat ke Pejabat Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) sebagai tanda penghargaan kepada Pegawai Atase Negeri Selangor, Ust Zulhusni Abd Rashid, yang bakal menamatkan tugasan beliau di Mesir tidak lama lagi.
Pertemuan ringkas ini membuka ruang untuk kami mendengar pengalaman serta perkongsian berharga beliau dalam menguruskan hal ehwal pelajar Selangor sepanjang berada di Mesir.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Isma Mesir turut berpeluang menjalinkan pelbagai bentuk kerjasama program seperti Kelas Ammiyah Mesir, bengkel terjemahan & penulisan, Daurah Mukhathafah dan Program Sambutan Mahasiswa Baharu (PSMB) serta beberapa inisiatif lain yang memberi manfaat kepada mahasiswa bersama.
Walaupun pertemuan kali ini tidak bersifat perbincangan rasmi, banyak panduan dan nasihat yang sempat dikongsikan hasil pengalaman luas beliau dalam mengurus komuniti mahasiswa di Mesir.
Seluruh ahli Isma Mesir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada segala jasa, komitmen dan sokongan yang telah diberikan oleh beliau. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan beliau sekeluarga pada masa akan datang.
Kami juga berharap hubungan baik yang terjalin antara pejabat atase negeri di Mesir ini akan terus kekal erat pada masa akan datang, seterusnya memberi manfaat kepada seluruh mahasiswa.
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat

👍5❤2🤝1
𝐋𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐬 𝐈𝐬𝐦𝐚 𝐌𝐞𝐬𝐢𝐫 𝐃𝐢𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐣𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐫𝐣𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚, 𝐃𝐮𝐚 𝐑𝐚𝐢𝐡 𝐉𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 𝐉𝐢𝐝𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐫𝐭𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐟 𝐝𝐢 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐀𝐥-𝐀𝐳𝐡𝐚𝐫
KAHERAH, 24 Disember 2025 - Seramai 8 aktivis akhawat Isma Mesir telah berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Universiti Al-Azhar. 2 daripadanya berjaya merangkul pangkat Jayyid Jiddan Martabat Syaraf dan seorang lagi berpangkat Jayyid Jiddan.
Baca berita penuh:
https://ismamesir.net/2026/01/05/lapan-aktivis-isma-mesir-dianugerahkan-ijazah-sarjana-muda-dua-raih-jayyid-jiddan-martabat-syaraf-di-universiti-al-azhar/
#ismamesir #wanitaismamesir
#graduan #ijazahsarjanamuda

❤3👍1🤩1
𝐏𝐞𝐧𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐈𝐥𝐦𝐮 : 𝐌𝐮𝐣𝐚𝐡𝐢𝐝𝐢𝐧 & 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐣𝐢𝐫𝐢𝐧
Allah SWT berfirman dalam surah At-Tawbah ayat ke 122:
﴿فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ﴾
Maksudnya:
" .. oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama.."
Allah SWT menggunakan kalimah نفر berbanding خرج atau ذهب, kerana kalimah ini sering digunakan untuk jihad dan haji. Ini menunjukkan bahawa perjalanan menuntut ilmu membawa makna jihad dan hijrah.
Baca artikel penuh di pautan berikut:
https://ismamesir.net/2026/01/06/penuntut-ilmu-mujahidin-muhajirin/
#ismamesir
#jiwakuatpimpinmasyarakat

❤5
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐚𝐤𝐭𝐢 𝐝𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐀𝐢𝐫
KAHERAH, 15 Januari – Selepas menamatkan pengajian selama empat tahun di Universiti Al-Azhar, Ustaz Ammar Zikri bin Shaharuzaman kini melangkah pulang ke tanah air bagi meneruskan perjuangan dan khidmat bakti kepada ummah serta masyarakat.
Beliau baru sahaja bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah pada Majlis Kovokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar, anjuran Kedutaan Besar Malaysia Kaherah kali ke-19, pada November lalu. Sepanjang tempoh pengajian, beliau banyak menyumbang dalam aktiviti dakwah sebagai seorang mahasiswa unggul.
Ikuti berita penuh di pautan berikut:
https://ismamesir.net/2026/01/22/selamat-berjuang-dan-berbakti-di-tanah-air/

🌙 27 Hari menuju Ramadan
Masuknya bulan Ramadan menyebabkan pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dirantai sebagai bentuk pengagungan terhadap bulan ini serta untuk mendorong umat Muslimin memperbanyakkan ketaatan dan mengurangkan maksiat.
Imam an-Nawawi رحمه الله berkata:
“Pembukaan pintu syurga adalah isyarat kepada banyaknya ketaatan dan galakan untuk melakukannya.”
(Syarh Sahih Muslim)
Ramadan bukan bulan biasa,
ia medan perjuangan jiwa menuju Allah.
“Ramadan Medan Mujahadah”
#RamadanMedanMujahadah #ihyaramadan1447H #ismamesir

❤2🔥1
🌙 21 Hari menuju Ramadan
Bulan Ramadan merupakan bulan yang diturunkan kitab suci al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar: “Bulan Ramadan ialah bulan yang diturunkan padanya al-Qur'an” (Al-Baqarah: ayat 185).
Rasulullah ﷺ menelaah al-Qur'an bersama Jibril alaihissallam pada bulan Ramadan dengan bertadarus, dan bertadabur. Baginda ﷺ juga memperhatikan iktibar dan pengajaran daripada makna-makna yang terkandung di dalam al-Qur'an.
Marilah suburkan hati dengan al-Qur'an.

👍1
🌙 14 Hari menuju Ramadan
Perbanyakkanlah berdoa ketika menyambut bulan Ramadan:
”اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلّغنا رمضان“
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
Jadilah hamba yang Rabbani, bukan hamba Ramadan.
”كُن رَبَّانِيّ، وَلَا تَكُن رَمَضَانِيّ.“

🌙 7 Hari Lagi Menuju Ramadan
Para ulama salaf berlumba-lumba menghidupkan Ramadan dengan bacaan Al-Qur’an contohnya Imam Syafi‘i mengkhatamkan 60 kali dalam masa sebulan.
Satu teladan yang sangat memberi inspirasi untuk kita mencontohinya. Namun, bukan sekadar kuantiti yang menjadi ukuran, tetapi sejauh mana Al-Qur’an membentuk jiwa, akhlak dan cara hidup kita menurut neraca Islam yang benar.
Sebagaimana kita merancang kehidupan, demikianlah kita merancang hubungan dengan Al-Qur’an kerana ia bakal menjadi syafaat di akhirat kelak.