Isma Mesir
348 subscribers
1.83K photos
17 videos
1 file
887 links
Segala info berkenaan Isma-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Isma-Mesir.

Dibawakan oleh Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma-Mesir).
Download Telegram
๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐›๐š๐ค๐ญ๐ข ๐๐ข ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐€๐ข๐ซ

KAHERAH, 15 Januari โ€“ Selepas menamatkan pengajian selama empat tahun di Universiti Al-Azhar, Ustaz Ammar Zikri bin Shaharuzaman kini melangkah pulang ke tanah air bagi meneruskan perjuangan dan khidmat bakti kepada ummah serta masyarakat.

Beliau baru sahaja bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah pada Majlis Kovokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar, anjuran Kedutaan Besar Malaysia Kaherah kali ke-19, pada November lalu. Sepanjang tempoh pengajian, beliau banyak menyumbang dalam aktiviti dakwah sebagai seorang mahasiswa unggul.

Ikuti berita penuh di pautan berikut:
https://ismamesir.net/2026/01/22/selamat-berjuang-dan-berbakti-di-tanah-air/

#bfg
#ismamesir
#jiwakuatpimpinmasyarakat
๐ŸŒ™ 27 Hari menuju Ramadan

Masuknya bulan Ramadan menyebabkan pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dirantai sebagai bentuk pengagungan terhadap bulan ini serta untuk mendorong umat Muslimin memperbanyakkan ketaatan dan mengurangkan maksiat.

Imam an-Nawawi ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ berkata:

โ€œPembukaan pintu syurga adalah isyarat kepada banyaknya ketaatan dan galakan untuk melakukannya.โ€
(Syarh Sahih Muslim)

Ramadan bukan bulan biasa,
ia medan perjuangan jiwa menuju Allah.

โ€œRamadan Medan Mujahadahโ€

#RamadanMedanMujahadah #ihyaramadan1447H #ismamesir
โค2๐Ÿ”ฅ1
๐ŸŒ™ 21 Hari menuju Ramadan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang diturunkan kitab suci al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar: โ€œBulan Ramadan ialah bulan yang diturunkan padanya al-Qur'anโ€ (Al-Baqarah: ayat 185).

Rasulullah ๏ทบ menelaah al-Qur'an bersama Jibril alaihissallam pada bulan Ramadan dengan bertadarus, dan bertadabur. Baginda ๏ทบ juga memperhatikan iktibar dan pengajaran daripada makna-makna yang terkandung di dalam al-Qur'an.

Marilah suburkan hati dengan al-Qur'an.

โ€œRamadan Medan Mujahadahโ€

#RamadanMedanMujahadah #ihyaramadan1447H #ismamesir
๐Ÿ‘1
๐ŸŒ™ 14 Hari menuju Ramadan

Perbanyakkanlah berdoa ketika menyambut bulan Ramadan:

โ€ุงู„ู„ู‡ู… ุจุงุฑูƒ ู„ู†ุง ููŠ ุฑุฌุจ ูˆุดุนุจุงู† ูˆุจู„ู‘ุบู†ุง ุฑู…ุถุงู†โ€œ
โ€œYa Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.โ€

Jadilah hamba yang Rabbani, bukan hamba Ramadan.

โ€ูƒูู† ุฑูŽุจู‘ูŽุงู†ููŠู‘ุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽูƒูู† ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ููŠู‘.โ€œ

โ€œRamadan Medan Mujahadahโ€

#RamadanMedanMujahadah #ihyaramadan1447H #ismamesir
โค1
๐ŸŒ™ 7 Hari Lagi Menuju Ramadan

Para ulama salaf berlumba-lumba menghidupkan Ramadan dengan bacaan Al-Qurโ€™an contohnya Imam Syafiโ€˜i mengkhatamkan 60 kali dalam masa sebulan.

Satu teladan yang sangat memberi inspirasi untuk kita mencontohinya. Namun, bukan sekadar kuantiti yang menjadi ukuran, tetapi sejauh mana Al-Qurโ€™an membentuk jiwa, akhlak dan cara hidup kita menurut neraca Islam yang benar.

Sebagaimana kita merancang kehidupan, demikianlah kita merancang hubungan dengan Al-Qurโ€™an kerana ia bakal menjadi syafaat di akhirat kelak.

โ€œRamadan Medan Mujahadahโ€

#RamadanMedanMujahadah #ihyaramadan1447H #ismamesir
๐ŸŒ™ 3 Hari menuju Ramadan

Orang yang berpuasa di bulan Ramadan dengan iman yang benar dan teguh berharap ganjaran daripada Allah akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

Ramadan adalah madrasah tarbiah. Maka ambillah peluang tingkatkan iman dan takwa sebagai persiapan diri menjadi orang bertakwa selepas Ramadan.

โ€œRamadan Medan Mujahadahโ€

#RamadanMedanMujahadah #ihyaramadan1447H #ismamesir
๐Ÿ‘1
๐ŸŒ™ 2 Hari menuju Ramadan

Allah ta'ala merahsiakan satu malam daripada hamba-Nya, yang mana satu amalan dibuat pada malam tersebut akan digandakan seolah-olah amalan selama seribu bulan: โ€œMalam Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulanโ€ (Al-Qadr: ayat 3).

Berusahalah sebaik mungkin dalam menunaikan ibadah, qiamullail, tadarus al-Qur'an, zikir, berdoa, dan sebagainya demi memburu fadilat Lailatulqadar dan rahmat Allah di dalamnya.

โ€œRamadan Medan Mujahadahโ€

#RamadanMedanMujahadah #ihyaramadan1447H #ismamesir
๐Ÿ‘1
๐ŸŒ™ 1 Hari Lagi Menuju Ramadan

Ramadan hadir sebagai medan mujahadah. Perjuangan menundukkan hawa nafsu, memperkukuh iman dan mendidik jiwa dengan ketaatan.

Para salaf menyambutnya dengan doa agar dipanjangkan umur, diberi kekuatan beribadah dan diterima segala amal.

Semoga Allah menyampaikan kita ke bulan Ramadan, meneguhkan kita dalam mujahadah sepanjangnya, dan menerima setiap amal dengan penuh rahmat.

โ€œRamadan Medan Mujahadahโ€

#RamadanMedanMujahadah #ihyaramadan1447H #ismamesir
๐ŸŒ™ Salam Ramadhan 1447H

Semoga bulan penuh barakah ini menghidupkan hati, menguatkan jiwa dan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

โ€œRamadan Medan Mujahadahโ€

#IsmaMesir
#ihyaramadan1447H
โค1
๐ˆ๐ฌ๐ฆ๐š ๐Œ๐ž๐ฌ๐ข๐ซ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ข๐ค ๐’๐ž๐ซ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š

KAHERAH, 8 Februari 2026 โ€” Isma Mesir menyambut baik seruan kesatuan sebagaimana ucapan pembukaan oleh YBhg. Dato' Shamsul Najmi bin Shamsuddin, Menteri Penasihat (Pendidikan), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), dalam Kursus Konsolidasi Tadbir Urus Persatuan 2026 anjuran Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M) yang telah berlangsung di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK), Mesir.

Ikuti berita penuh di pautan berikut:
https://ismamesir.net/2026/02/23/isma-mesir-sambut-baik-seruan-penyatuan-sesama-mahasiswa/

#ismamesir
#jiwakuatpimpinmasyarakat
๐Ÿ‘5
๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐€๐ข๐ซ ๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐”๐ฆ๐ฆ๐š๐ก

KAHERAH, 3 November 2025 โ€”
Ustaz Ahmad Munir bin Muhammad Luttfi telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, sekali gus menjadi titik bermakna perjalanan tarbiah di bumi Mesir.

Sepanjang tempoh pengajian, Ustaz Ahmad Munir menampilkan sosok peribadi yang berwibawa sebagai mahasiswa Al-Azhar dengan menyeimbangkan tuntutan akademik dan tanggungjawab dakwah. Penglibatannya secara aktif dalam Isma Mesir mencerminkan usaha membina imej mahasiswa yang berdisiplin, berakhlak serta komited kepada amanah ilmu dan masyarakat.

Ikuti berita penuh dipautan di bawah:
https://ismamesir.net/2026/02/16/pulang-ke-tanah-air-demi-berkhidmat-kepada-ummah/

#ismamesir
#jiwakuatpimpinmasyarakat
๐ˆ๐ฌ๐ฆ๐š ๐Œ๐ž๐ฌ๐ข๐ซ ๐‡๐š๐๐ข๐ซ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐‰๐š๐ฆ๐š๐ข๐ž ๐’๐ž๐ฃ๐ฎ๐ญ๐š ๐๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ก ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐Ÿ•.๐ŸŽ ๐€๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐’๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐Œ๐ž๐ฌ๐ข๐ซ

KAHERAH, 26 Februari 2026 โ€“ ISMA Mesir bersama menghadiri jemputan ke Majlis Iftar Jamaie Sejuta Barakah Ramadan 7.0 anjuran HALUANSiswa Mesir bersama MUHIM Mesir dengan kerjasama Persatuan Anak Kenyalang Mesir (PAKEM).

Majlis yang berlangsung di Asrama Kenyalang Sarawak, Hayy Asyir itu menghimpunkan seramai 100 mahasiswa di Mesir menggabungkan beberapa wakil persatuan termasuk Majlis Perundingan Mahasiswa Mesir (MP3M), Rakan Siswa YADIM Mesir (RSY Mesir), Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Mesir (ABIM Mesir), Kelab IKRAM Mesir (KIM), dan Kelab Umno Luar Negara Mesir (KULN).

Ikuti berita penuh di pautan berikut:
https://ismamesir.net/2026/03/03/isma-mesir-hadir-majlis-iftar-jamaie-sejuta-barakah-ramadan-7-0-anjuran-haluansiswa-mesir/

#ismamesir
#jiwakuatpimpinmasyarakat
โค4๐Ÿ‘1
TRADISI UNIK RAMADAN YANG MUNGKIN KITA TIDAK PERNAH TAHU DI MESIR

Ramadan merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Muslim di seluruh dunia karena kemuliaan dan keberkatannya. Selain menjadi momentum untuk meningkatkan ibadah, Ramadan juga menghadirkan keberagaman budaya yang tercermin melalui berbagai tradisi unik di setiap negara. Perpaduan antara nilai agama dan kearifan lokal menciptakan warna tersendiri dalam menyambut dan menjalani bulan suci ini.

Ustaz Amirul Hadif bin Ab Rahman Thobroni
Jawatankuasa Cawangan Biro Pengkaderan ISMA Mesir

Baca artikel penuh disini:
https://isma.org.my/tradisi-unik-ramadanyang-mungkin-kita-tidak-pernah-tahu-di-mesir/
๐Ÿ‘1