Isma Mesir
348 subscribers
1.83K photos
17 videos
1 file
887 links
Segala info berkenaan Isma-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Isma-Mesir.

Dibawakan oleh Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma-Mesir).
Download Telegram
๐ˆ๐ฌ๐ฆ๐š ๐Œ๐ž๐ฌ๐ข๐ซ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ข๐ค ๐’๐ž๐ซ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š

KAHERAH, 8 Februari 2026 โ€” Isma Mesir menyambut baik seruan kesatuan sebagaimana ucapan pembukaan oleh YBhg. Dato' Shamsul Najmi bin Shamsuddin, Menteri Penasihat (Pendidikan), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), dalam Kursus Konsolidasi Tadbir Urus Persatuan 2026 anjuran Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M) yang telah berlangsung di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK), Mesir.

Ikuti berita penuh di pautan berikut:
https://ismamesir.net/2026/02/23/isma-mesir-sambut-baik-seruan-penyatuan-sesama-mahasiswa/

#ismamesir
#jiwakuatpimpinmasyarakat
๐Ÿ‘5
๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐€๐ข๐ซ ๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐”๐ฆ๐ฆ๐š๐ก

KAHERAH, 3 November 2025 โ€”
Ustaz Ahmad Munir bin Muhammad Luttfi telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, sekali gus menjadi titik bermakna perjalanan tarbiah di bumi Mesir.

Sepanjang tempoh pengajian, Ustaz Ahmad Munir menampilkan sosok peribadi yang berwibawa sebagai mahasiswa Al-Azhar dengan menyeimbangkan tuntutan akademik dan tanggungjawab dakwah. Penglibatannya secara aktif dalam Isma Mesir mencerminkan usaha membina imej mahasiswa yang berdisiplin, berakhlak serta komited kepada amanah ilmu dan masyarakat.

Ikuti berita penuh dipautan di bawah:
https://ismamesir.net/2026/02/16/pulang-ke-tanah-air-demi-berkhidmat-kepada-ummah/

#ismamesir
#jiwakuatpimpinmasyarakat
๐ˆ๐ฌ๐ฆ๐š ๐Œ๐ž๐ฌ๐ข๐ซ ๐‡๐š๐๐ข๐ซ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐‰๐š๐ฆ๐š๐ข๐ž ๐’๐ž๐ฃ๐ฎ๐ญ๐š ๐๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ก ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐Ÿ•.๐ŸŽ ๐€๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐’๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐Œ๐ž๐ฌ๐ข๐ซ

KAHERAH, 26 Februari 2026 โ€“ ISMA Mesir bersama menghadiri jemputan ke Majlis Iftar Jamaie Sejuta Barakah Ramadan 7.0 anjuran HALUANSiswa Mesir bersama MUHIM Mesir dengan kerjasama Persatuan Anak Kenyalang Mesir (PAKEM).

Majlis yang berlangsung di Asrama Kenyalang Sarawak, Hayy Asyir itu menghimpunkan seramai 100 mahasiswa di Mesir menggabungkan beberapa wakil persatuan termasuk Majlis Perundingan Mahasiswa Mesir (MP3M), Rakan Siswa YADIM Mesir (RSY Mesir), Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Mesir (ABIM Mesir), Kelab IKRAM Mesir (KIM), dan Kelab Umno Luar Negara Mesir (KULN).

Ikuti berita penuh di pautan berikut:
https://ismamesir.net/2026/03/03/isma-mesir-hadir-majlis-iftar-jamaie-sejuta-barakah-ramadan-7-0-anjuran-haluansiswa-mesir/

#ismamesir
#jiwakuatpimpinmasyarakat
โค4๐Ÿ‘1
TRADISI UNIK RAMADAN YANG MUNGKIN KITA TIDAK PERNAH TAHU DI MESIR

Ramadan merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Muslim di seluruh dunia karena kemuliaan dan keberkatannya. Selain menjadi momentum untuk meningkatkan ibadah, Ramadan juga menghadirkan keberagaman budaya yang tercermin melalui berbagai tradisi unik di setiap negara. Perpaduan antara nilai agama dan kearifan lokal menciptakan warna tersendiri dalam menyambut dan menjalani bulan suci ini.

Ustaz Amirul Hadif bin Ab Rahman Thobroni
Jawatankuasa Cawangan Biro Pengkaderan ISMA Mesir

Baca artikel penuh disini:
https://isma.org.my/tradisi-unik-ramadanyang-mungkin-kita-tidak-pernah-tahu-di-mesir/
๐Ÿ‘1
INFOGRAFIK NUZUL QURAN

Nuzul Quran bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi peringatan buat umat Islam tentang sumber petunjuk yang membimbing kehidupan.

Al-Quran diturunkan sebagai rahmat dan panduan bagi manusia. Semoga peristiwa ini menyedarkan kita untuk kembali berpegang teguh kepada petunjuk Al-Quran dalam setiap aspek kehidupan.

#indahnyaramadanbersamakomuniti
๐Ÿ‘1
MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR

Kemuncak kepada perjalanan ibadah di bulan Ramadan yang penuh barakah ini terletak pada 10 malam terakhir. Seperti yang difahami, pada 10 malam terakhir ini, tersembunyi satu malam yang sangat tinggi dan agung, iaitu lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Ustaz Aqil bin Zamani
Pengerusi ISMA Cawangan Mesir

Baca artikel penuh disini:
https://isma.org.my/menghidupkan-10-malam-terakhir/
๐ŸŒ™ TAZKIRAH RAMADAN: RAMADAN MEDAN MUJAHADAH

Ramadan satu fatrah istimewa yang bukan sahaja diisi dengan ibadah seperti solat, puasa, qiamullail dan bersedekah. Bahkan sepanjang sejarah, Ramadan juga sarat dengan mujahadah dalam menegakkan agama Allah, memperluaskan risalah dakwah Nabi SAW, mendirikan al-haq dan meruntuhkan al-batil di atas muka bumi.

Sehubungan itu, ISMA Mesir membawakan siri tazkirah ramadan bagi menelusuri beberapa siri mujahadah umat Islam terdahulu dalam membangunkan sebuah kuasa Islam yang memberi kesan besar kepada perjalanan sejarah umat hingga ke hari ini.

๐Ÿ“… Jadual Tazkirah
โฐ Setiap Jam 4 Petang

โ€ข 14 Mac (Sabtu) โ€“ Ustaz Nik Ahmad Khalifah
โ€ข 15 Mac (Ahad) โ€“ Ustaz Amirul Hadif
โ€ข 16 Mac (Isnin) โ€“ Ustaz Haziq Zakwan
โ€ข 17 Mac (Selasa) โ€“ Ustaz Nuโ€™man Basyir

โœจ Ramadan medan mujahadah menegakkan agama Allah di muka bumi.

#RamadanMedanMujahadah
#Tazkirah
#ISMAMesir
#IhyaRamadan1447H
๐Ÿ‘1
Kaherah, 19 Mac 2026 -
Telah berlangsung iftar jamaie anjuran Isma Mesir bertempat di perkarangan Masjid Al-Arqam, hayyu Thamin pada 10 Mac yang lepas.

Perkumpulan kecil berkongsi juadah, bertanya khabar, berkongsi kisah menghidupkan ramadan dan saling menguatkan antara satu sama lain.

Diselitkan juga tazkirah ringkas sebagai peringatan, khususnya tazkirah di penghujung Ramadan, sepastinga waktu terbaik untuk kita gandakan amalan, qiam malam, dan bertaabud kepada Allah swt.

Dalam sebuah hadis Nabi saw bersabda :

ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ๏ทบ ู‚ุงู„ูŽ: ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฃูŽูู’ุดูˆุง ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงู…ูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽุทู’ุนูู…ููˆุง ุงู„ุทู‘ูŽุนูŽุงู…ูŽุŒ ูˆูŽุตูŽู„ู‘ููˆุง ุจุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู†ููŠุงู…ูŒุŒ ุชูŽุฏุฎูู„ููˆุง ุงู„ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ุจูุณูŽู„ุงู…ู.

Bermaksud : Wahai sekalian manusia ! Sebarkan lah salam, dan berikanlah makanan, dan solat lah di malam hari ketika manusia sedang tidur, mudahan dimasukkan ke dalam syurga dengan ketenangan. -Riwayat Tirmizi

#RamadanMedanMujahadah
#IsmaMesir
#IhyaRamadan1447H
๐Ÿ‘4โค2