Isma Mesir
348 subscribers
1.83K photos
17 videos
1 file
887 links
Segala info berkenaan Isma-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Isma-Mesir.

Dibawakan oleh Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma-Mesir).
Download Telegram
Alhamdulillah, selesai sudah urusan pembelian haiwan korban hasil amanah para peserta korban bagi tahun ini.

Sebanyak 22 ekor penyertaan haiwan korban telah selesai dibeli termasuk :
โ€ข 6 ekor khoruf
โ€ข 16 ekor kambing

Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua pihak termasuk pihak PAKEM yang bersama-sama menjayakan program korban dan sembelihan pada tahun ini.

InnsyaAllah program gotong-royong sembelihan korban akan diadakan pada:

๐Ÿ“… Hari Raya Aidiladha ke-2
๐Ÿ—“ 11 Zulhijjah 1447H
๐Ÿ“Œ Khamis, 28 Mei 2026
๐Ÿ“Asrama Pakem, Hayyu Asyir

Semoga segala ibadah korban dan sumbangan para peserta diterima Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

#Korban1447H
#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
โค2๐Ÿ‘1
PERKONGSIAN DAURAH FIQH KORBAN & SEMBELIHAN ANJURAN PAKEM

24 Mei 2026, Ahad โ€” Program Daurah Fiqh Korban dan Sembelihan anjuran Persatuan Anak Kenyalang Mesir (PAKEM) dengan kerjasama Isma Mesir telah berlangsung dengan jayanya di Asrama Anak Kenyalang, Hayyu Asyir.

Program ini menampilkan perkongsian ilmiah daripada Ustaz Irfan Mohiddin, pemegang Sijil Pengurusan Halal JAKIM, yang menyampaikan kupasan berkaitan fiqh korban serta sudut pandang industri halal di Malaysia dalam pengurusan sembelihan bagi memastikan proses yang dijalankan mematuhi piawaian halal syarak yang ditetapkan.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam melahirkan masyarakat yang memahami tuntutan syariat serta kepentingan kemahiran pengurusan halal dalam ibadah korban dan sembelihan.

#Korban1447H
#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
โค1๐Ÿ‘1
PERBINCANGAN KERJASAMA KORBAN & SEMBELIHAN 1447H

Satu sesi perbincangan rasmi telah diadakan antara Isma Mesir dan Persatuan Anak Kenyalang Mesir (PAKEM) bagi membincangkan kerjasama pelaksanaan program gotong-royong korban dan sembelihan sempena Aidiladha 1447H.

Perbincangan tertumpu kepada aspek pengurusan operasi, pembahagian gerak kerja serta usaha memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dan teratur.

Pihak ISMA turut menyatakan komitmen untuk terus mengadakan kerjasama bersama pelbagai persatuan dan organisasi lain pada masa akan datang demi memperkukuh kesepakatan, ukhuwah serta nilai keterbukaan sesama mahasiswa.

#Korban1447H
#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
๐Ÿ‘2
SALAM AIDILADHA 1447H ๐ŸŒ™โœจ

Semoga Aidiladha kali ini mendidik hati untuk lebih ikhlas, lebih taat, dan lebih bertakwa kepada Allah SWT.๐Ÿค

Daripada kami,
Isma Mesir mengucapkan:

ุนูŠุฏ ุงู„ุฃุถุญู‰ ู…ุจุงุฑูƒ
ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุญ ุงู„ุฃุนู…ุงู„

โ€œSeikhlas Pengorbanan, Semurni Ikatanโ€

#Korban1447H
#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
โค1