Isma Mesir
348 subscribers
1.83K photos
17 videos
1 file
887 links
Segala info berkenaan Isma-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Isma-Mesir.

Dibawakan oleh Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma-Mesir).
Download Telegram
✨Detik Hari Apresiasi ISMA Mesir 2026✨

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan Ust Mohd Khalidi dan Ust Muhammad Abdul Rahman wakil Persatuan Anak Kenyalang Mesir (PAKEM), Ust Nik M. Ammar wakil ABIM Mesir, Ust Ahmad Zulhilmi dan Ust Muhammad Danial Arshad mewakili Miftah Mesir.

Para tetamu jemputan hadir pada jam 8.00 malam, telah disambut oleh Jawatankuasa Cawangan Isma Mesir.

#ApresiasiISMA
#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
❤4
✨Detik Hari Apresiasi ISMA Mesir 2026✨

Tetamu kehormat Yang Berbahagia Dato' Shamsul Najmi bin Shamsuddin, Menteri Penasihat (Pendidikan), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KMBK) dan Ustaz Shuhaib ar-Rumy bin Selamat, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut bersama dalam Majlis ini bagi merasmikan pelancaran seruan ISMA Mesir "Mahasiswa Unggul Memimpin Ummah".

Para hadirin turut berpeluang mendengar ucapan dan amanat yang disampaikan oleh kedua-dua tetamu kehormat tersebut.

#ApresiasiISMA
#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
👍1
Sesi Ramah Mesra bersama Presiden Isma
"Mahasiswa : Memimpin Perubahan, Membina Ummah"

Insya Allah, esok akan diadakan sesi ramah mesra bersama Ustaz Suhaib Ar-Rumy Bin Selamat, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma). Diharapkan ahli Isma Mesir dapat memberikan komitmen untuk hadir ke sesi ramah mesra ini.

🗓Tarikh : 30 Sept 2026 (Rabu)
⏰Masa : 5.00 ptg -7.30 ptg
📍Tempat : Dewan DAHA, Hayyu Asyir

Dialu-alukan juga untuk mengajak kenalan yang ingin berkenalan dengan Isma bersama Tuan Presiden.

#ismamesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
❤2👍2
Soifi hampir melabuhkan tirainya..

Jangan biarkan ia berlalu tanpa sebuah kenangan✨

Masih ada satu destinasi yang menanti iaitu...

🏖 Family Day ISMA Mesir 2026

Bersedia untuk satu kenangan yang bermakna? 😍‼️


#IsmaMesir #FamilyDay26
👍1
03 HARI LAGI ❗️

Tak lama dah…
Kita jumpa di Family Day ISMA Mesir 🌊🏐

Bersedia untuk satu hari yang penuh memori, bergelak tawa dengan aktiviti yang menarik bersama ! 🤩


#FamilyDay26
#Soifi2026
#IsmaMesir
❤1👍1
02 HARI LAGI ❗️

Jumpa anda di Family Day ISMA Mesir 🌊🏐

Aktiviti menarik :
✅ Percutian di Resort Hayah
✅ Aktiviti Pantai
✅ Explorace
✅ War game
✅ Board games
✅ Bbq


#FamilyDay26
#Soifi2026
#IsmaMesir
MAJLIS KHATAM PENGAJIAN KITAB 60 MAS'ALAH ANJURAN MUIS MESIR

Alhamdulillah, telah selesai majlis khatam pengajian kitab Syarah 60 Mas'alah karangan Imam Shihab al-Din al-Ramli (w. 957h), yang disampaikan oleh Sheikh Sayyid Sa'adani.

Majlis telah berlangsung dengan 8 kali pertemuan dars bertempat di Asrama Anak Kenyalang, Hayyu Asyir.

Semoga ilmu yang dipelajari menjadi manfaat dan terus diamalkan.

#MUISMesir
#ISMAMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
❤1👍1
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐌𝐔 𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍

KAHERAH, 5 Oktober – Hari Apresiasi ISMA Mesir dan Anugerah Kecemerlangan 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 September 2026 bertempat di Dewan Masjid Ansar, Hayy Sabik. Penganjuran majlis ini bertujuan memperkenalkan hala tuju dan agenda ISMA Mesir untuk beberapa tahun kehadapan, disamping memberikan penghargaan serta meraikan kecemerlangan ahli sepanjang sesi 2025/2026.

📌 Ikuti berita penuh dipautan berikut:
https://ismamesir.net/2026/10/08/majlis-apresiasi-isma-mesir-2026-meriah-dengan-kehadiran-para-tetamu-jemputan/

#ApresiasiISMA
#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
❤1
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐇 𝟔𝟎 𝐌𝐀𝐒'𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐊𝐄𝐌

KAHERAH, 6 Oktober — Seramai 50 orang mahasiswa Malaysia menyertai Majlis Khatam Pengajian Syarah 60 Mas’alah, sebuah siri pengajian Fiqh Mazhab Syafie anjuran Mudarasah ISMA Mesir (MUIS) dengan kerjasama Persatuan Anak Kenyalang Mesir (PAKEM) bertempat di Surau Asrama Sarawak, baru-baru ini.

Pengajian ini merupakan sambungan daripada siri pengajian Fiqh Mazhab Syafie yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu. Penganjuran kelas fiqh ini berujuan menjadi salah satu ruang kepada mahasiswa untuk mendalami ilmu fiqh secara lebih tersusun, berperingkat dan berpandukan kitab turath yang muktabar.

📌 Ikuti berita penuh dipautan berikut:
https://ismamesir.net/2026/10/08/majlis-khatam-pengajian-syarah-60-masalah-anjuran-muis-dan-pakem/

#MUISMesir
#ISMAMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
👍4
☀️ Family Day ISMA Mesir 2026 ☀️

Soifi dah hampir ke penghujung🌅.

Masih belum sempat luangkan masa untuk berehat dan menikmati keindahan Mesir😔?

Inilah masanya! 🌊✨


🏖️ Jom sertai Family Day ISMA Mesir 2026

📍 Tempat: Hayah Resort, Ain Sokhna
📅 Tarikh: 9–10 Oktober 2026 (2 Hari 1 Malam)
💵 Yuran: RM50


📲 Sebarang pertanyaan (WhatsApp):

Ustaz Zaid : wa.me/+60109875420
Ustazah Zaima : wa.me/+201554639250

Jumpa anda di sana ! ☀️🌊


#Soifi2026 #FamilyDay26 #IsmaMesir
👍1
01 HARI LAGI ❗️

Jumpa anda disana ! 🤩

Semoga hari yang penuh ceria dengan keseronokan aktiviti di sana menguatkan ukhuwwah sesama kita.



#FamilyDay26
#Soifi2026
#IsmaMesir
𝐅𝐀𝐌𝐈𝐋𝐘 𝐃𝐀𝐘 𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐔𝐊𝐇𝐔𝐖𝐖𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀

AIN SOKHNA, Mesir — Nilai ukhuwwah merupakan asas penting dalam pembentukan masyarakat dan komuniti khususnya dalam kalangan mahasiswa Malaysia yang menuntut ilmu di perantauan. Menyedari kepentingan ini, ISMA Mesir saban tahun telah menganjurkan aktiviti Family Day sebagai acara tahunan bagi mengeratkan hubungan ukhuwah dan memperkukuh kebersamaan dalam kalangan ahli.

📌 Ikuti berita penuh dipautan berikut:
https://ismamesir.net/2026/10/14/family-day-isma-mesir-2026-mengikat-ukhuwwah-bersama/

#FamilyDay26
#Soifi2026
#IsmaMesir
❤5👍2
𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐑 𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋 𝐌𝐄𝐌𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇

Dalam mendepani perkembangan dunia mahasiswa yang semakin mencabar, pembinaan generasi mahasiswa yang cemerlang dari aspek akademik, kepimpinan dan sahsiah perlu diberikan perhatian penting. Mahasiswa bukan sekadar dituntut untuk mencapai kejayaan akademik semata-mata, bahkan perlu memiliki hala tuju yang jelas, berprinsip serta kesedaran terhadap tanggungjawab mereka dalam membangunkan masyarakat dan ummah.

Sehubungan dengan itu, ISMA Mesir telah memperkenalkan Seruan Mahasiswa Unggul Memimpin Ummah sebagai sebuah usaha pembinaan mahasiswa agar sentiasa fokus dan sedar akan tanggungjawab mereka sebagai generasi pelapis kepimpinan ummah kelak.

Ikuti artikel penuh dipautan berikut:
https://ismamesir.net/2026/10/14/isma-mesir-lancar-seruan-mahasiswa-unggul-memimpin-ummah/


#ISMAMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐀𝐇𝐄𝐑𝐀𝐇 (𝐊𝐁𝐌𝐊)

KAHERAH – Gagasan Mahasiswa Unggul Memimpin Ummah yang dibawa oleh ISMA Mesir terus mendapat perhatian dan sokongan pelbagai pihak apabila usaha tersebut turut mendapat sambutan daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK).

Sokongan tersebut dizahirkan menerusi kehadiran YBhg. Dato’ Shamsul Najmi bin Shamsuddin, Menteri Penasihat Pendidikkan Malaysia Mesir (EME), ke Hari Apresiasi ISMA Mesir bagi merasmikan slogan baharu ISMA Mesir, “Mahasiswa Unggul Memimpin Ummah”. Majlis berkenaan turut mendapat sokongan daripada beberapa persatuan mahasiswa dan badan kebajikan, antaranya PAKEM, MIFTAH, ABIM dan HALUAN, yang bersama-sama menyambut seruan ke arah pembangunan mahasiswa yang lebih berkesan dan beragenda.

Ikuti artikel penuh dipautan berikut:
https://ismamesir.net/2026/10/19/kunjungan-presiden-isma-ke-kedutaan-besar-malaysia-kaherah-kbmk/

#ISMAMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
❤1
𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐔𝐉𝐀𝐇𝐈𝐃𝐀𝐇, 𝐏𝐄𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐊𝐀𝐍𝐃𝐈

KAHERAH, 14 Oktober 2026 – ISMA Mesir menzahirkan ucapan tahniah kepada Ustaz Muhammad Iqbal Syazwan bin Yusoff dan Ustazah Nur Azwa binti Khariul Anuar atas kelahiran cahaya mata kedua mereka yang telah selamat dilahirkan pada 4 Oktober 2026, lewat jam 11 malam di Hospital Judy, Abbas Akkad, Kaherah.

Kelahiran seorang puteri ini menjadi satu lagi nikmat dan amanah besar yang dikurniakan Allah SWT kepada pasangan tersebut, sekali gus melengkapkan kebahagiaan keluarga dengan kehadiran anak kedua mereka.

Ikuti berita penuh dipautan berikut:
https://ismamesir.net/2026/10/19/kelahiran-seorang-mujahidah-pewaris-serikandi/


#ISMAMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
❤1
🔥🏃🏻‍♂️ FUTSAL ISMA MESIR 🏃🏻‍♂️🔥

🔸Mukmin yang kuat adalah pilihan Allah Taala yang terbaik berbanding mukmin yang lemah🔸

"Perubahan besar mula dengan perubahan yang kecil pada diri kita"

🗓Tarikh : 23 Okt 2026 (Jumaat)
⌛️Masa : 6.30 am
🏃‍♂‍➡️Tempat : Padang 16, Wafa Amal
👕 Solat subuh di Masjid dengan berpakaian sukan dan berkasut.

✅ Digalakkan membawa kenalan anda yang lain. Jumpa di sana esok!

#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
#UmmahFadhilah
👍2
KULIAH SUBUH

Dosa bukan sekadar perbuatan zahir, bahkan turut merangkumi penyakit hati seperti kesombongan dan ujub. Ada dosa yang merosakkan hubungan kita dengan Allah tanpa kita sedari.

Marilah kita mengenali dosa-dosa ini agar hati lebih terpelihara dan diri lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah.

Ikuti siri Kuliah Subuh bersama Isma Mesir:

🗓Tarikh : 23 Oktober 2026
🕰Masa : 6.30 - 8.00am
🏠Tempat : Beyt Sahabah, Hayyu Asyir
📍LIVE FACEBOOK ISMA MESIR

#MUISMesir
#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
👍1
📚 DAURAH ASAS TAKHRIJ 2026

Pernahkah anda jumpa satu hadis, namun tertanya-tanya dari manakah sumbernya?

Atau sudah tertulis sumbernya, tetapi anda masih tidak pasti benarkah penisbahannya?

Tahukah anda, para ulama hadis terdahulu telah menyusun hadis-hadis dalam pelbagai bentuk, cara dan metod tersendiri yang akhirnya menjadi sumber rujukan hadis Nabi s.a.w sehingga kini.

Begitu juga, para ulama dan ilmuwan di zaman moden ini telah menyusun semula dan memudahkan cara untuk mencari sumber hadis dengan kemudahan yang ada.

Daurah akan disampaikan oleh:

• Ustaz Nik Ahmad Khalifah: Asas Kemahiran Takhrij (Selasa 27/10/2026)
• Ustaz Amirul Hadif: Kemahiran Merujuk Kamus (Rabu 28/10/2026)

Link pendaftaran :
https://forms.gle/fymbeNTuecPHVb6V6

*kehadiran terbuka untuk semua

📅 27 & 28 Oktober 2026 (Selasa & Rabu)
🕔 5.00 – 8.00 malam
📍 Pejabat ISMA Mesir
💰 Yuran: EGP 200

#MUISMesir
#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah
❤1🔥1
KULIAH SUBUH

Dosa bukan sekadar perbuatan zahir, bahkan turut merangkumi penyakit hati seperti kesombongan dan ujub. Ada dosa yang merosakkan hubungan kita dengan Allah tanpa kita sedari.

Marilah kita mengenali dosa-dosa ini agar hati lebih terpelihara dan diri lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah.

Ikuti siri Kuliah Subuh bersama Isma Mesir:

🗓Tarikh : 30 Oktober 2026
🕰Masa : 6.00 - 7.00am
🏠Tempat : Beyt Sahabah, Hayyu Asyir
📍LIVE FACEBOOK ISMA MESIR

#MUISMesir
#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah