Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
3 Mac 2023, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Tengah seramai 10 orang bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah.

Lawatan daripada JPK Wilayah Tengah tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di JAKESS.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Mohd Syarizal bin Mohd Annoer, Setiausaha Jawatankuasa EKSA dan ucapan balas dari Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah.

Perkongsian amalan EKSA JAKESS telah disampaikan oleh Puan Nurulsuhada binti Khairudin selaku Penolong Penyelaras EKSA.

Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon yang berada di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS. Turut bersama dalam program ini adalah semua wakil ketua setiap zon dan ketua-ketua jawatankuasa EKSA JAKESS.

#jakess
#syariahasaskeadilan
7 Mac 2023, Selasa - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah dijemput untuk membuka Booth Pameran sempena Forum Kekeluargaan dan Pencerahan Undang-Undang Anjuran Bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Wanita MAIS yang diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan dihadiri perserta di kalangan pegawai dan kakitangan dari Jabatan Kerajaan Negeri Selangor.

Selain booth pameran JAKESS, terdapat booth pameran dari Agensi-Agensi Agama Islam Negeri Selangor yang lain. YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, turut sempat meluangkan masa untuk hadir ke booth pameran JAKESS.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Webinar Kefahaman Undang-undang Syariah Siri 51

Tajuk: Permohonan Interim di Mahkamah Syariah
Penceramah: Puan Nur Hatika binti Ismail
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 17 Mac 2023 (Jumaat)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

https://www.facebook.com/jakessofficial

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

#jakess
#webinarjakess
#syariahasaskeadilan