Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
3 Mei 2024, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Jasamu Dikenang pada Jumaat bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam.

Majlis gilang gemilang ini dimeriahkan dengan kehadiran YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diiringi YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor, Ketua Pendaftar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis serta Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Majlis dimulakan dengan sesi fotografi penerima anugerah bersama dif-dif kehormat seterusnya ucapan aluan oleh YAA Ketua Hakim Syarie dan ucapan perasmian oleh YAD Tan Sri Dato Seri Pengerusi MAIS sebelum sesi gimik sebagai tanda perasmian majlis.

Antara intipati ucapan YAD Tan Sri Dato' Seri Pengerusi MAIS adalah beliau menyeru agar pegawai-pegawai JAKESS sentiasa berganding bahu dalam menjalankan tugasan dan dan tanggungjawab masing-masing serta bersama-sama dalam melaksanakan fungsi mengikut tahap dan kemampuan individu.

YAD Tan Sri Dato' Seri Pengerusi MAIS juga mengingatkan bahawa JAKESS memainkan peranan penting dalam menjayakan Pelan Strategik MAIS 2020-2024 bagi memperkasakan perundangan dan penguatkuasaan melalui 2 strategi yang telah digariskan.

Majlis ditutup dengan jamuan dan sesi ramah mesra YAA Ketua Hakim Syarie bersama warga Jabatan sebelum majlis bersurai.

Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah serta penghargaan kepada urusetia majlis yang bertungkus lumus menjayakan majlis pada tahun ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#APC23
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pinned «3 Mei 2024, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Jasamu Dikenang pada Jumaat bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam. Majlis gilang gemilang ini dimeriahkan…»
LAWATAN KERJA MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG

23 April 2024 - Ahli Majlis Bersama Jabatan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) di Swettenham Pier Cruise Terminal.

Lawatan ini telah diketuai oleh YAA Dato' Mohamad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie JAKESS. Puan Nenney Shuhaidah bin Shamsuddin, Ketua Pendaftar JAKESS turut hadir bersama wakil-wakil MBJ JAKESS.

Lawatan ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Hajah Maryati binti Ramli, Pengurus Kanan Korporat SPPP dan ucapan balas penghargaan terima kasih oleh Ketua Hakim Syarie di atas kesudian pihak SPPP menerima kunjungan lawatan pada kali ini.

Satu taklimat berkaitan MBJ SPPP telah disampaikan oleh Puan Lim Ben Ching selaku Setiausaha MBJ Pengurusan kepada delegasi JAKESS dan pegawai-pegawai SPPP.

Lawatan ini telah memberi peluang kepada JAKESS mengenali SPPP dengan lebih mendalam dan seterusnya berkongsi maklumat dan pandangan mengenai tatakelola MBJ bagi kedua-dua organisasi.

JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak SPPP menerima lawatan kerja ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
LAWATAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARIPADA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)

Jabatan ini telah menerima lawatan delegasi daripada pegawai-pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pada 15 Mei 2024.

Seramai 16 orang pegawai telah hadir yang diketuai oleh Puan Suzliana Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Program lawatan ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie, JAKESS dan ucapan balas daripada Ketua Delegasi PPAS.

Program diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Puan Rashidah binti Sarkom. Tujuan utama pihak PPAS mengadakan lawatan ini adalah untuk mempelajari dan mempraktikkan amalan EKSA di tempat kerja bagi mendapatkan persijilan EKSA di PPAS.

#jakess
#syariahasaskeadilan
20 - 21 Mei 2024 - Bertempat di Institut Semarak Felda, (ISEF) Bangi, Kursus Pemantapan EKSA dan Bengkel Blog EKSA telah diadakan kepada Juru Audit Dalam EKSA dan wakil setiap zon.

Kursus pemantapan EKSA ini adalah memberi pemahaman mendalam dalam kriteria audit EKSA kepada juru audit dan semua wakil berhubung kehendak auditan yang akan diadakan seperti yang telah dijadualkan pada bulan Jun 2024.

Pendedahan berhubung kriteria audit telah disampaikan oleh Puan Nurul Hidayah binti Jani dan Puan Siti Rashidah binti Sarkom. Selain itu, pengisian program pada kali ini adalah pengemaskinian blog EKSA yang dipimpin oleh Tuan Mohd Firdaus bin Mohed.

YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor berbesar hati merasmikan kursus dan bengkel ini pada sesi malam 20 Mei 2024.

Semoga program kali ini dapat memberi nilai tambah kepada semua peserta dan bersedia untuk diaudit oleh pasukan audit dalam EKSA dan dipersijilkan semula kategori cemerlang oleh pihak MAMPU.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#EKSA
28 Mei 2024 (Selasa)- Satu lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di Pusat Dagangan Putra (PWTC) telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor hari ini.

Lawatan yang disertai seramai lebih kurang 27 orang delegasi ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dikalangan warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) selaras dengan kempen membaca kebangsaan sebagai asas merealisasikan pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 3 Jun 2024 bersamaan 25 Zulqa’dah 1445H.

Sembah takzim daripada,
Ketua Hakim Syarie Selangor & Seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

#jakess
#syariahasaskeadilan