LAWATAN DELEGASI BANGSAMORO ATTORNEY GENERAL'S OFFICE (BAGO) KE JAKESS MEMPERKUKUH JALINAN KEHAKIMAN SYARIAH SERANTAU
30 April 2025, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima kunjungan rasmi delegasi Bangsamoro Attorney General’s Office (BAGO), Filipina, sempena program Public Policy & Syariah Law Programme pada Rabu.
Delegasi seramai 18 orang peserta ini diketuai oleh Atty. Bantuas M. Lucman, Bangsamoro Attorney General. Turut serta adalah pegawai kanan dari BAGO, pegawai dari Bangsamoro Planning and Development Authority (BPDA), serta urus setia dari Universiti Malaya.
Delegasi telah disambut oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor bersama para pegawai dan kakitangan JAKESS.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Marina binti Abdul Rahman, yang membentangkan pengenalan terhadap perkhidmatan Jabatan ini kepada rakyat Negeri Selangor khususnya.
Seterusnya sesi soal jawab diadakan yang membangkitkan perbincangan dua hala serta perkongsian ilmu dan pengalaman yang mampu diterjemahkan kepada perkhidmatan pihak Delegasi di Bangsamoro kelak.
Delegasi turut dibawa melihat sendiri perbicaraan kes secara langsung yang sedang berjalan pada hari tersebut.
Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian delegasi Bangsamoro Attorney General’s Office hadir ke Jabatan ini dan semoga segala usaha diberkati Allah SWT.
#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama

LAWATAN PENANDA ARAS AKRAB JPSS KE JAKESS BAGI PERKONGSIAN STRATEGI PEMBANGUNAN PEKERJA CEMERLANG MELALUI AKRAB
29 April 2025, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima kunjungan dari Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) seramai 14 orang bersempena Lawatan Penanda Aras Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang diketuai oleh Puan Sofian Binti Ahmad selaku Penasihat AKRAB JPSS pada Selasa.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk menyambung silaturrahim di antara peserta lawatan dengan kakitangan JAKESS khususnya ahli AKRAB JAKESS dan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan sesi Kaunseling dijalankan disamping berkongsi maklumat mengenai aktiviti AKRAB dan Pementoran di JAKESS.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh TuanSalehan Bin Yatim selaku Pengerusi AKRAB JAKESS dan ucapan balas dari Puan Sofian binti Ahmad.
Perkongsian info AKRAB JAKESS telah disampaikan oleh Tuan Faizarul Nizam bin Azhari seterusnya sesi dialog dan soal jawab dan diakhiri dengan tayangan video aktiviti AKRAB dan Pementoran yang pernah dijalankan.
Turut bersama dalam program ini adalah ahli-ahli AKRAB JAKESS yang turut sama menyantuni ahli lawatan dan berkongsi pengalaman. Semoga segala usaha kita diberkati Allah SWT.

MAKLUMAN MTS SELANGOR & MRS SHAH ALAM MENGALAMI GANGGUAN TALIAN TELEFON
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) ingin memaklumkan terdapat masalah capaian talian telefon di lokasi Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang hanya melibatkan talian digital iaitu talian telefon Ketua-Ketua Bahagian,Unit dan Seksyen, Setiausaha Pejabat, Pembantu Dewan dan Hakim-Hakim di dua lokasi berkenaan.
Pihak Jabatan sedang dalam usaha mempercepatkan proses pembaik pulihan dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.
Sebagai alternatif pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai yang hendak dihubungi melalui emel yang boleh dirujuk melalui direktori pegawai di laman web JAKESS. Berikut pautan ke laman direktori pegawai JAKESS: https://www.jakess.gov.my/hubungi/direktori
Harap maklum terima kasih.

JAKESS BUKA RERUAI PAMERAN DAN MUHAKAT SULH DALAM PROGRAM KOMUNITI SULH ANJURAN JKSM
27 Mei 2025, Gombak - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menyertai Majlis perasmian Program Komuniti Sulh 2025: Literasi Undang-Undang untuk Masyarakat Madani bertempat di IIUM Cultural Centre (ICC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, semalam.
Majlis yang disertai hampir 700 orang peserta ini telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), yang menyampaikan ucapan perasmian bagi pihak YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah dijemput bagi membuka reruai serta mengadakan sesi Muhakat Sulh yang merangkumi taklimat dan simulasi berkaitan Sulh dibawakan oleh para pegawai syariah Jabatan ini.
Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan berharap agar segala usaha membuahkan manfaat dalam meningkatkan kesedaran dan edukasi kepada masyarakat tentang kaedah Sulh.