Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
JAKESS BUKA RERUAI PAMERAN DAN MUHAKAT SULH DALAM PROGRAM KOMUNITI SULH ANJURAN JKSM

27 Mei 2025, Gombak - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menyertai Majlis perasmian Program Komuniti Sulh 2025: Literasi Undang-Undang untuk Masyarakat Madani bertempat di IIUM Cultural Centre (ICC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, semalam.

Majlis yang disertai hampir 700 orang peserta ini telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), yang menyampaikan ucapan perasmian bagi pihak YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah dijemput bagi membuka reruai serta mengadakan sesi Muhakat Sulh yang merangkumi taklimat dan simulasi berkaitan Sulh dibawakan oleh para pegawai syariah Jabatan ini.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan berharap agar segala usaha membuahkan manfaat dalam meningkatkan kesedaran dan edukasi kepada masyarakat tentang kaedah Sulh.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR MENYAMPAIKAN WATIKAH PELANTIKAN KEPADA KAKITANGAN JAKESS

Shah Alam, 29 Mei 2025 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah perkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor dalam satu majlis istiadat yang disempurnakan bertempat di Istana Bukit Kayangan.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan menyampaikan watikan pelantikan kepada 17 kakitangan JAKESS yang terdiri daripada YA Puan Nenney Shuhaidah Shamsuddin sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, manakala pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor dikurniakan kepada Puan Norsalwa Abdullah Thani, Tuan Nur Fattah Ahmed, Tuan Muhammad Jimmy Muhammad Azlin dan Tuan Rohaizad Redzuan.

Pelantikan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor adalah di bawah perenggan 60 EPAINS. Pelantikan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dikurniakan kepada Puan Marina Abdul Rahman dan pelantikan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dikurniakan kepada Tuan Abd Halim Abu Samah, Tuan Muhammad Hafiz Moksin, Puan Noranizan Mohd Sufian, Tuan Mohd Khairi Kamis, Puan Siti Salmiah Ismail, Puan Adibah Umar, Puan Noor Syazweena Mohamad Sakdun dan Puan Nurul Hidayah Jani.

Selain itu, seramai tiga orang penerima watikah Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di bawah perenggan 60 (c) EPAINS dikurniakan kepada Puan Nurul Nabilah Mohd Sabaruddin, Puan Nurrul Izzah Mohd Jamil dan Puan Nur Liyana Meswan.

JAKESS mengucapkan tahniah kepada semua penerima watikah. Semoga pelantikan ini dapat mengukuhkan lagi tadbir urus perundangan dan kehakiman syariah dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di negeri Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama