Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
380 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
4 Jun 2025, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan daripada Pejabat Sultan Selangor bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS semalam.

Lawatan seramai 30 orang daripada Pejabat Sultan Selangor ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di JAKESS disamping perkongsian ilmu dan pengalaman berkenaan EKSA.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan ucapan balas oleh Puan Jastinah binti Jasmin, Penyelaras EKSA Pejabat Sultan Selangor.

Perkongsian amalan EKSA JAKESS telah disampaikan oleh Puan Noor Syahidah Binti Saadon selaku Ketua Jawatankuasa Latihan EKSA sebelum sesi soal jawab.

Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon EKSA yang berada di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS. Turut bersama dalam program ini adalah semua wakil ketua setiap zon.

#jakess
#eksajakess
#syariahasaskeadilan
SALAM MAAL HIJRAH 1447H | 2025M

Sambutan Maal Hijrah 1447H dengan tema ‘Membangun Ummah Madani’ memperkukuh komitmen Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dalam merealisasikan sistem perundangan Syariah yang progresif, telus dan berlandaskan prinsip maqasid Syariah.

Berteraskan nilai integriti, keadilan dan profesionalisme, JAKESS terus memainkan peranan strategik dalam membentuk masyarakat madani yang sejahtera melalui tadbir urus kehakiman yang efisien, responsif dan berpaksikan hikmah.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Pada tanggal 2 Julai 2025 bersamaan 6 Muharram 1447H, warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah kehilangan seorang insan yang berdedikasi dan berjiwa besar, Allahyarham Tuan Faiz Afsal bin Abu Bakar, Pegawai Syariah.

Sesungguhnya, pemergian Allahyarham amat dirasai. Beliau merupakan seorang pegawai yang sentiasa berkhidmat dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

YAA Ketua Hakim Syarie Selangor serta seluruh warga kerja JAKESS menzahirkan rasa dukacita dan mengirimkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah.

#jakess
#syariahasaskeadilan
MAJLIS AMANAT FLAG OFF KONTIJEN SELANGOR SEMPENA MUM'S 2025

Shah Alam, 15 Ogos 2025 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Majlis Amanat Flag Off Kontijen Selangor bersempena Kejohanan Multaqa Mahkamah Syariah 2025 (MUM'S 2025) yang diadakan di Dewan Muktamar, Aras 2 di sini.

Majlis dimulakan dengan tayangan video montaj persedian pasukan JAKESS seterusnya ucapan amanat daripada YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor.

Majlis seterusnya menyaksikan penyerahan bendera negeri Selangor daripada ketua kontijen Tuan Umamuddin bin Yunos, YDP Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS) kepada YAA Dato' sebagai simbolik Flag Off buat para atlit JAKESS.

Pengenalan sorakan Selangor dan pakaian seragam rasmi kontijen Selangor juga diadakan sebelum bacaan ikrar dan sesi fotografi bersama seluruh kontijen Jabatan yang mewakili Selangor ke MUM'S 2025.

MUM's 2025 akan berlangsung pada 20 hingga 24 Ogos 2025 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dimana negeri Perak merupakan tuan rumah bagi edisi kali ini.

Semoga Jabatan ini meraih pencapaian yang membanggakan serta mencapai objektif utama iaitu perpaduan silaturahim melalui sukan.

Kita Selangor, Kita Juara!

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Adakan Pertemuan Bersama Pegawai Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat

MRS Hulu Langat, 19 Ogos 2025 – Satu pertemuan telah diadakan antara Panel Hakim Rayuan Mahkamah Syariah Selangor bersama pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat pada hari ini. Pertemuan tersebut bertujuan mendapatkan penjelasan teknikal berhubung isu-isu tanah yang menjadi subjek rayuan di hadapan panel hakim rayuan.

Pegawai-pegawai berkenaan dipanggil sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah) bagi membantu mahkamah memahami aspek teknikal dan pentadbiran berkaitan tanah. Langkah ini diambil bagi memastikan keputusan rayuan dapat dibuat secara lebih tepat, adil, dan berasaskan fakta yang menyeluruh.

Sepanjang sesi tersebut, pegawai Pejabat Daerah/Tanah telah memberikan penjelasan mengenai status tanah, rekod rasmi serta tatacara pentadbiran yang berkaitan. Panel Hakim Rayuan turut mengemukakan beberapa persoalan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kedudukan sebenar isu-isu yang dibangkitkan.

Hasil perbincangan ini, panel hakim berpuas hati bahawa maklumat teknikal yang diberikan telah membantu memperkukuh kefahaman mereka dalam menilai rayuan berkenaan. Panel juga merakamkan penghargaan kepada pegawai-pegawai Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat atas kerjasama dan sumbangan mereka dalam proses keadilan.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen Mahkamah Syariah Selangor untuk memastikan setiap keputusan yang dibuat berpaksikan keadilan serta mengambil kira semua fakta dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama