Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
MAJLIS AMANAT FLAG OFF KONTIJEN SELANGOR SEMPENA MUM'S 2025

Shah Alam, 15 Ogos 2025 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Majlis Amanat Flag Off Kontijen Selangor bersempena Kejohanan Multaqa Mahkamah Syariah 2025 (MUM'S 2025) yang diadakan di Dewan Muktamar, Aras 2 di sini.

Majlis dimulakan dengan tayangan video montaj persedian pasukan JAKESS seterusnya ucapan amanat daripada YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor.

Majlis seterusnya menyaksikan penyerahan bendera negeri Selangor daripada ketua kontijen Tuan Umamuddin bin Yunos, YDP Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS) kepada YAA Dato' sebagai simbolik Flag Off buat para atlit JAKESS.

Pengenalan sorakan Selangor dan pakaian seragam rasmi kontijen Selangor juga diadakan sebelum bacaan ikrar dan sesi fotografi bersama seluruh kontijen Jabatan yang mewakili Selangor ke MUM'S 2025.

MUM's 2025 akan berlangsung pada 20 hingga 24 Ogos 2025 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dimana negeri Perak merupakan tuan rumah bagi edisi kali ini.

Semoga Jabatan ini meraih pencapaian yang membanggakan serta mencapai objektif utama iaitu perpaduan silaturahim melalui sukan.

Kita Selangor, Kita Juara!

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Adakan Pertemuan Bersama Pegawai Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat

MRS Hulu Langat, 19 Ogos 2025 – Satu pertemuan telah diadakan antara Panel Hakim Rayuan Mahkamah Syariah Selangor bersama pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat pada hari ini. Pertemuan tersebut bertujuan mendapatkan penjelasan teknikal berhubung isu-isu tanah yang menjadi subjek rayuan di hadapan panel hakim rayuan.

Pegawai-pegawai berkenaan dipanggil sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah) bagi membantu mahkamah memahami aspek teknikal dan pentadbiran berkaitan tanah. Langkah ini diambil bagi memastikan keputusan rayuan dapat dibuat secara lebih tepat, adil, dan berasaskan fakta yang menyeluruh.

Sepanjang sesi tersebut, pegawai Pejabat Daerah/Tanah telah memberikan penjelasan mengenai status tanah, rekod rasmi serta tatacara pentadbiran yang berkaitan. Panel Hakim Rayuan turut mengemukakan beberapa persoalan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kedudukan sebenar isu-isu yang dibangkitkan.

Hasil perbincangan ini, panel hakim berpuas hati bahawa maklumat teknikal yang diberikan telah membantu memperkukuh kefahaman mereka dalam menilai rayuan berkenaan. Panel juga merakamkan penghargaan kepada pegawai-pegawai Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat atas kerjasama dan sumbangan mereka dalam proses keadilan.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen Mahkamah Syariah Selangor untuk memastikan setiap keputusan yang dibuat berpaksikan keadilan serta mengambil kira semua fakta dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
Sekitar Perhimpunan Jabatan Bilangan 4 Tahun 2025 Sambutan Hari Malaysia Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang berlangsung di Dewan Muktamar pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan diteruskan dengan penyampaian salinan vade mecum dan pelan tindakan bencana rekod kepada semua lokasi dan ketua-ketua bahagian Jabatan ini.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah pertandingan anjuran Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber sebelum penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan April hingga Jun seramai 17 penerima anugerah.

Para hadirin seterusnya disajikan dengan ceramah bertajuk Merdeka: Antara Kebebasan Atau Kongkongan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia.

Perkongsian ilmu diteruskan lagi dengan taklimat Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) yang disampaikan oleh Tuan Luqman Bin Mohd Yusop, Penolong Pengarah Bpps Sub Kluster Pemerkasaan Nilai.

Program pada hari ini juga turut membuka reruai Jom Exchange Al-Quran daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri cawangan Negeri Selangor serta reruai Bank Islam.

Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI MRS GOMBAK TIMUR & PENANGGUHAN PROSIDING MTS DEWAN 6

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan Dewan 6 Mahkamah Tinggi Syariah Selangor akan menjalankan proses perpindahan lokasi kepada mahkamah baru. Justeru mohon pihak-pihak mengambil perhatian akan penutupan operasi dan penangguhan prosiding seperti mana maklumat tertera. Dimaklumkan bahawa penutupan pendaftaran hanya kepada MRS Gombak Timur, manakala pendaftaran Dewan MTS masih dibuka.

Jabatan memohon maaf atas sebarang kesulitan, harap maklum terima kasih.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
RALAT: PEMAKLUMAN OPERASI MAHKAMAH SYARIAH GOMBAK

Bermula 13 Oktober 2025, pendaftaran kes dan prosiding kes di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Gombak meliputi daerah / kawasan yang terlibat iaitu:-

Gombak Timur, Gombak Barat, Ampang, Hulu Selangor
Akan dilaksanakan di alamat:-

Bangunan Mahkamah Syariah Gombak, Jalan Persiaran Pegawai, Daerah Gombak, 68100 SELAYANG ,SELANGOR DARUL EHSAN.
( Talian Sementara Mahkamah Syariah Gombak : 011 57525870 )
email :mtsgombak@gmail.com

Selain empat (4) KAWASAN tersebut, pendaftaran kes dan prosiding kes Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kekal di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5 ,SHAH ALAM

Harap Maklum.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
MAKLUMAN GANGGUAN PERKHIDMATAN TALIAN TELEFON DI MRS KLANG

Adalah dimaklumkan talian telefon seperti dinyatakan dibawah sedang mengalami gangguan. Justeru pihak-pihak boleh menghubungi nombor alternatif bagi sebarang urusan sehingga pemakluman terkini. Maaf atas sebarang kesulitan, harap maklum.

#jakess
#syariahasaskeadilan