Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
Sekitar Perhimpunan Jabatan Bilangan 4 Tahun 2025 Sambutan Hari Malaysia Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang berlangsung di Dewan Muktamar pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan diteruskan dengan penyampaian salinan vade mecum dan pelan tindakan bencana rekod kepada semua lokasi dan ketua-ketua bahagian Jabatan ini.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah pertandingan anjuran Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber sebelum penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan April hingga Jun seramai 17 penerima anugerah.

Para hadirin seterusnya disajikan dengan ceramah bertajuk Merdeka: Antara Kebebasan Atau Kongkongan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia.

Perkongsian ilmu diteruskan lagi dengan taklimat Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) yang disampaikan oleh Tuan Luqman Bin Mohd Yusop, Penolong Pengarah Bpps Sub Kluster Pemerkasaan Nilai.

Program pada hari ini juga turut membuka reruai Jom Exchange Al-Quran daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri cawangan Negeri Selangor serta reruai Bank Islam.

Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI MRS GOMBAK TIMUR & PENANGGUHAN PROSIDING MTS DEWAN 6

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan Dewan 6 Mahkamah Tinggi Syariah Selangor akan menjalankan proses perpindahan lokasi kepada mahkamah baru. Justeru mohon pihak-pihak mengambil perhatian akan penutupan operasi dan penangguhan prosiding seperti mana maklumat tertera. Dimaklumkan bahawa penutupan pendaftaran hanya kepada MRS Gombak Timur, manakala pendaftaran Dewan MTS masih dibuka.

Jabatan memohon maaf atas sebarang kesulitan, harap maklum terima kasih.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
RALAT: PEMAKLUMAN OPERASI MAHKAMAH SYARIAH GOMBAK

Bermula 13 Oktober 2025, pendaftaran kes dan prosiding kes di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Gombak meliputi daerah / kawasan yang terlibat iaitu:-

Gombak Timur, Gombak Barat, Ampang, Hulu Selangor
Akan dilaksanakan di alamat:-

Bangunan Mahkamah Syariah Gombak, Jalan Persiaran Pegawai, Daerah Gombak, 68100 SELAYANG ,SELANGOR DARUL EHSAN.
( Talian Sementara Mahkamah Syariah Gombak : 011 57525870 )
email :mtsgombak@gmail.com

Selain empat (4) KAWASAN tersebut, pendaftaran kes dan prosiding kes Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kekal di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5 ,SHAH ALAM

Harap Maklum.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
MAKLUMAN GANGGUAN PERKHIDMATAN TALIAN TELEFON DI MRS KLANG

Adalah dimaklumkan talian telefon seperti dinyatakan dibawah sedang mengalami gangguan. Justeru pihak-pihak boleh menghubungi nombor alternatif bagi sebarang urusan sehingga pemakluman terkini. Maaf atas sebarang kesulitan, harap maklum.

#jakess
#syariahasaskeadilan
LAWATAN KERJA JKSNP KONGSI AMALAN TERBAIK SEKSYEN REKOD JAKESS

15 Oktober 2025, Rabu - Jabatan kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSNP) ke Jabatan ini bagi sesi taklimat dan perkongsian ilmu pengurusan Seksyen Rekod yang dilaksanakan di Jabatan ini.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Sofian bin Ibrahim, Ketua Seksyen Rekod JAKESS dan ucapan balas pelawat oleh Tuan Muhammad Fauzi bin Uzir Abd. Wahab, Ketua Pendaftar JKSNP.

Program diteruskan dengan sesi perkongsian dan taklimat Seksyen Rekod dipimpin oleh Tuan Sofian bin Ibrahim sehingga sesi soal jawab. Program diakhiri dengan lawatan ke Bilik Rekod Jabatan yang membentangkan teknologi-teknologi digunakan Seksyen Rekod JAKESS seperti e-Trace sebelum para peserta bersurai.

Delegasi disertai oleh 25 orang kakitangan JKSNP yang diketuai oleh Tuan Muhammad Fauzi bin Uzir Abd. Wahab, Ketua Pendaftar JKSNP. Turut hadir ialah Cik Aishah Mariam binti Pakeer Mohamed, Pegawai Tadbir Bahagian Khidmat Pengurusan serta para penolong pendaftar Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah seluruh negeri Perak.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian melawat ke Jabatan ini dan mendoakan agar segala usaha yang telah diberikan diberkati Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
Sekitar lawatan Universitas Islam Negeri Sumatera Utara Indonesia (Pascasarjana) ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor bertempat Bilik Mesyuarat Utama pada hari ini.

Lawatan adalah bagi berbincang dan berkongsi pengalaman berkenaan topik kedudukan hukum hak mewaris dari perkahwinan beda kewarganegaraan melalui perjanjian perkahwinan.

Kunjungan daripada pihak delegasi rombongan terdiri daripada Dr. Mhd. Yadi Harahap, Dr. Ramadhan Syahmedai Siregar, Dr Dhiauddin Tanjung dan Dr Junaidi Arsyad.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak delegasi diatas kesudian hadir ke Jabatan ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
πŸ“’ Assalamulaikum, Warga Hulu Selangor, anda dijemput untuk menyertai Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri-7 Zon Hulu Selangor anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

πŸ“Œ Topik: Dari Mahkamah ke Masyarakat: Memahami Dinamika Jenayah Syariah
πŸ—“ Tarikh: 29 Oktober 2025, Rabu (8.00 Pagi Hingga 1.00 Tengah Hari)
πŸ“ Lokasi: Auditorium Haji Mansor, Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia

Ayuh sertai program ini yang menjanjikan kupasan menarik khususnya berkenaan topik Jenayah Syariah yang membelengu sosial umat Islam di negeri Selangor.

Anda juga berpeluang:
- Melawat pelbagai Booth Pameran yang dibuka daripada pelbagai agensi
- Sesi soal jawab bersama penceramah & ahli panel forum
- Goodies Bag percuma!
- Sarapan & Makan Tengah Hari disediakan percuma!

Daftar sekarang melalui imbasan QR Code dalam poster atau klik link ‡️
https://forms.gle/ZMCnnPTVqrnqqiS66

Jumpa anda disana!

#jakess
#syariahasaskeadilan
#seminarkefahamanundangundangsyariah7