Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
MUZAKARAH HAKIM SYARIE DAN ANGGOTA PANEL HAKAM NEGERI SELANGOR TAHUN 2025 BILANGAN KE-8 DAN MAJLIS ANUGERAH PANEL HAKAM CEMERLANG (APHC) 2024

KAJANG, 20 November 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) melalui Bahagian Penyelesaian Alternatif hari ini telah melaksanakan Muzakarah Hakim Syarie Dan Anggota Panel Hakam Negeri Selangor Tahun 2025 Bilangan Ke-8 dan Majlis Anugerah Panel Hakam Cemerlang (APHC) 2024.

Muzakarah ini telah dipengerusikan oleh Yang Amat Arif Puan Nenney Shuhaidah Binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor dan turut dihadiri oleh Ketua Pendaftar, Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah serta Anggota-anggota Panel Hakam.

Objektif utama Muzakarah ini adalah untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit dari sudut perundangan dan Hukum Syarak serta tadbir urus antara hakim-hakim Syarie dan anggota-anggota Panel Hakam sepanjang pengendalian kes Hakam di Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Selain itu, penganjuran Majlis APHC 2024 ini pula bertujuan untuk memberi penghargaan kepada anggota-anggota Panel Hakam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam melaksanakan perkhidmatannya.

Jabatan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada anggota-anggota Panel Hakam yang menerima anugerah tersebut dan sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi JAKESS, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan semua urus setia yang bersama-sama menjayakan program ini.

#JAKESS
#ADR
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama

Disediakan oleh:
Bahagian Penyelesaian Alternatif
JAKESS
PENYELIDIKAN DAN SEMAKAN FAIL JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS) DI ARKIB NEGARA MALAYSIA (ANM)

SHAH ALAM, 26 November 2025 – Seksyen Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menjalankan sesi penyelidikan dan semakan ke atas fail jabatan yang dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia (ANM) bertempat di Dewan Penyelidikan, Seksyen Rujukan dan Akses, Wisma Warisan, ANM.

Sesi ini diketuai oleh Pegawai Rekod Jabatan (PRJ), Encik Sofian bin Ibrahim, bersama Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ), Puan Nuraziraakmar binti Othman dan Puan Nurul Nadia binti Tahad, Timbalan Pendaftar JAKESS. Turut hadir seorang pelajar Latihan Industri (LI) UiTM Puncak Perdana, Cik Khairun Iman Nadhira binti Norazli.

Pasukan JAKESS menerima bantuan daripada Pegawai Arkib yang memberikan taklimat mengenai prosedur penyelidikan dan semakan, selain menyediakan salinan fail bagi tujuan rujukan rasmi jabatan.

Hasil semakan mendapati semua fail berada dalam keadaan lengkap dan teratur. Program ini turut mengukuhkan kerjasama antara JAKESS dan ANM dalam urusan penyelidikan serta pengurusan rekod.

Sesi tersebut berjaya mencapai objektif utama, iaitu mengenal pasti fail berkaitan bagi kegunaan jabatan dan memastikan dokumen rujukan kekal tersedia apabila diperlukan walaupun telah dipindahkan untuk simpanan kekal di Arkib Negara Malaysia.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA DAN MERAHMATI PEMERINTAHAN TUANKU

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat
Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
Pada 11 Disember 2025 Bersamaan 20 Jumadal Akhirah 1447H

SEMBAH TAKZIM DARIPADA

YAA KETUA HAKIM SYARIE DAN SELURUH WARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
HEBAHAN KURSUS PENDAFTARAN KES SECARA E-FILING KEPADA PEGUAM SYARIE KL/SELANGOR

Adalah dimaklumkan Unit Transformasi E-Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan menganjurkan Kursus Pendaftaran Kes Secara E-Filing. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan teknikal kepada Peguam Syarie mengenai penggunaan sistem pendaftaran kes dan pembayaran secara dalam talian sepenuhnya.

Butiran program adalah sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 29 Januari 2026 (Khamis)
Masa: 8.30 Pagi – 2.00 Petang
Kaedah: Secara Dalam Talian (Online)
Sasaran: Peguam Syarie yang beramal di Wilayah Persekutuan & Selangor Sahaja

Para peguam hendaklah membuat pendaftaran menerusi Kod QR pada poster tersebut selewat-lewatnya pada 27 Januari 2026. Tarikh tutup ini adalah kritikal bagi membolehkan pihak JKSM mewujudkan ID Pengguna (User ID) sistem untuk setiap peserta sebelum kursus bermula.

Harap maklum terima kasih.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama