Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
381 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
Makluman Operasi Mahkamah Syariah Negeri Selangor Sepanjang Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 Mulai 20 September 2021.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kebiasaanbaharu
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Shari bin Mokhsin, bapa kepada YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor yang telah kembali ke Rahmatullah pada 21 September 2021.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

#jakess
#syariahasaskeadilan
KIK D-BLAST JAKESS RANGKUL ANUGERAH EMAS RISTEx 2021 ANJURAN MPC


22 Sept 2021 – KIK D-BLAST yang diketuai oleh Tuan Mohd Nurul Azhar Bin Tohar dianggotai Tuan Tajudin Saifullah Bin Abdul Wahab, Puan Nurul Hidayah Binti Jani, Puan Noralwani Binti Waimin dan Puan Rosliza Binti Abd Rashid sekali lagi berjaya melakar kejayaan di persada inovasi setelah merangkul anugerah Emas dalam Konvensyen Inovasi Team Excellence 2021 peringkat Wilayah Tengah anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) yang telah diadakan pada 8 dan 9 September tahun ini.

YAA Dato’ Muhammad Adib bin Hussain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) menzahirkan ucapan tahniah kepada KIK D-Blast diatas kejayaan yang membanggakan ini.

Projek yang telah merangkul anugerah Emas ini adalah hasil inovasi KIK D-Blast iaitu See Mark, sebuah sistem yang telah diwujudkan bagi membantu pelanggan Mahkamah Syariah membuat carian status penyediaan perintah.

Pencapaian ini sekaligus melayakkan D-Blast mara ke peringkat Kebangsaan yang dijangka akan berlangsung pada bulan November 2021 nanti.

Semoga pencapaian KIK D-Blast dapat menjadi inspirasi kepada warga JAKESS umumnya dan khususnya KIK-KIK JAKESS yang lain untuk terus berkarya dan berinovasi sekaligus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan jabatan kepada para pelanggan.
Makluman masalah gangguan sambungan talian telefon di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Anda boleh menghubungi mahkamah melalui emel di mrsshahalam123@gmail.com atau hubungi talian 03-55196405 atau 03-55197410.

#jakess
#syariahasaskeadilan
📣 UPDATE

Dimaklumkan masalah gangguan sambungan talian telefon Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah kembali pulih. Harap maklum, terima kasih.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kebiasaanbaharu
WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

SIRI 34
Wali Enggan..Apa yang kau tahu?

Penceramah: Tuan Mohamad Hannan bin Jalil
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Klang

Tarikh: 25 September 2021 (Sabtu)
Masa: 3 hingga 4 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

https://www.facebook.com/jakessofficial

#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
#kebiasaanbaharu
PERTANDINGAN KHAT🎨
✒️Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H🖋


📣 TEMA:
‎✏️سلامت مثمبوت مولد الرسول🖍


📝 TERMA DAN SYARAT ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT:
shorturl.at/afBO6


HADIAH🎁:
🥇RM 100
🥈RM 50
🥉RM 30

⏳ TARIKH TUTUP⌛️:
15 Oktober 2021, JAM 4 PETANG (Jumaat)

JOM SERTAI!

_-Anjuran Biro Dakwah & Pendidikan dan Biro Tugas Khas
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
PANDUAN MUAT TURUN BORANG MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR 📲

Saksikan video tutorial bagaimana anda boleh memuat turun borang-borang diperlukan daripada laman web JAKESS di https://www.jakess.gov.my/index.php/ms/

Download dan kongsikan untuk pengetahuan semua serta buat rujukan anda pada masa hadapan. Semoga bermanfaat!

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kebiasaanbaharu
The account of the user that owns this channel has been inactive for the last 5 months. If it remains inactive in the next 8 days, that account will self-destruct and this channel will no longer have an owner.
Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 1443H/2021 kepada seluruh muslimin dan muslimat.

‎اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Ikhlas daripada YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

SIRI 35
Konflik Suami Isteri..Apa nak buat?

Penceramah: Tuan Mazrul bin Anis
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 23 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa: 3 hingga 4 petang
Ikuti kami secara langsung di Facebook

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

https://www.facebook.com/jakessofficial

#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
#kebiasaanbaharu
KURSUS ASAS SULH DAN RAKAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK)

Kepada Biro Helwa Masjid Seluruh Negeri Selangor.

1-3 November 2021 | Secara Dalam Talian

Anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB. Dato' Haji Haris Bin Kasim di atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

#jakess
#selangor
#syariahasaskeadilan
Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada YB Dato' Nor Azmie Bin Diron diatas jasa dan sumbangan sebagai setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Ikhlas daripada YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

#jakess
#selangor
#syariahasaskeadilan
01-03 November 2021 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan program Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) kepada Biro Helwa Masjid seluruh Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 143 orang peserta dari Biro Helwa Masjid-Masjid Negeri Selangor telah menyertai program ini selama 3 hari berturut2.

Di antara objektif program ini adalah memberikan kefahaman secara asas mengenai Undang-Undang Keluarga Islam, meningkatkan kemahiran dalam menguruskan pihak-pihak yang bertikai melalui teknik perundingan damai di Majlis Sulh, dan menjadi rakan kepada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dalam memahami prosedur pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Hj Mohammad Adib bin Hj. Husain, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. Melalui ucapannya, YAA Dato' menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kehadiran dan komitmen semua peserta sepanjang program ini berlangsung. YAA Dato' juga berharap agar objektif program ini dapat dicapai dalam membentuk sebuah komuniti Sulh di Masjid- Masjid seluruh Selangor yang mempunyai pengetahuan asas mengenai Undang-Undang Keluarga Islam dan seterusnya dapat memberikan panduan dan rujukan yang tepat kepada masyarakat awam berkaitan isu- isu kekeluargaan selain dapat menggalakkan penyelesaian pertikaian secara damai di antara pihak-pihak yang bertikai dengan mengaplikasi teknik- teknik perundingan di Majlis Sulh yang dikongsikan di dalam program ini.

YAA Dato' juga menyatakan hasrat agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang sebagai usaha melahirkan komuniti masyarakat yang celik Undang-Undang dalam isu- isu kekeluargaan.

- Bahagian Penyelesaian Alternatif ADR, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

#jakess
#sulh
#bsk
#syariahasaskeadilan