Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
381 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
MAJLIS PERHIMPUNAN JABATAN BIL. 4/2021, SAMBUTAN HARI INTERGRITI & HARI INOVASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

Tarikh: Jumaat, 19 November 2021
Masa: 8.15 pagi - 12.15 tengah hari

🔹 Amanat oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor
🔹 Ceramah Intergriti bertajuk, Kehadiran Dan Cuti: Kesalahan-Kesalahan Yang Lazim Dilakukan oleh Puan Rosaniza Binti Omar

Majlis dilangsungkan secara Hibrid

#jakess
#syariahasaskeadilan
26 Nov 2021- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YB Dr. Siti Mariah binti Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga sekaligus telah berbincang mengenai program kerjasama yang dapat dijalankan.

Hasil perbincangan tersebut telah mendapat maklum balas positif bagi kedua-dua pihak meneruskan kerjasama yang terjalin sebelum ini.

Kunjungan daripada JAKESS diketuai oleh Ketua Pendaftar, Tuan Salehan Bin Yatim dan disertai oleh Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif (ADR), Ketua Bahagian BSK dan pegawai Sulh JAKESS.

Turut hadir di dalam sesi tersebut adalah wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Wanita Berdaya Selangor (WBS).

#jakess
#syariahasaskeadilan
YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat YA Tuan Zulfikri Bin Yasoa diatas pengurniaan Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) yang telah diterima.

#jakess
#syariahasaskeadilan
WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

SIRI 37
JAKESS, PPN Fasa 4

Penceramah: Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin &
Puan Atrasina binti Mohd Zahrullai
Pegawai Syariah Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

Tarikh: 4 Disember 2021 (Sabtu)
Masa: 3-4 petang
Ikuti kami secara langsung di Facebook

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

https://www.facebook.com/jakessofficial

#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
#kebiasaanbaharu
Jabatan ini merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Tuan Haji Md Ali bin Haji Sarbini yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 3 Disember 2021.

Allahyarham merupakan mantan Anggota Panel Hakam Negeri Selangor. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

#jakess
#syariahasaskeadilan
7 Disember 2021, Selasa - Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Hulu Selangor hari ini telah menerima kunjungan daripada YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sempena program Turun Padang Pengerusi MAIS ke Daerah Hulu Selangor.

Kunjungan Pengerusi MAIS bersama ahli rombongan beliau telah disambut baik oleh Tuan Abdul Halim bin Abu Samah, Hakim MRS Hulu Selangor serta wakil daripada Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

JAKESS menghargai kunjungan Pengerusi MAIS yang sudi untuk bersuai kenal dan mengambil tahu situasi semasa pentadbiran di MRS Hulu Selangor.

Semoga jalinan kerjasama mendapat keberkatan dari Allah SWT seterusnya memberi kebaikan kepada semua pihak.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kebiasaanbaharu
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tuanku Yang Ke-76

Semoga sentiasa dirahmati & diberkati Allah SWT Dirgahayu Tuanku

#jakess
#syariahasaskeadilan