Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
381 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR MENYAMPAIKAN WATIKAH PELANTIKAN KEPADA KAKITANGAN JAKESS

Shah Alam, 24 Februari 2022 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah perkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Anggota Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Dan Timbalan Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan tersebut telah disempurnakan bertempat di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan menyampaikan watikan pelantikan kepada 16 kakitangan JAKESS yang terdiri daripada;

YA Dato' Haji Mohd Shukor Bin Sabudin, Anggota Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor,

YA Puan Zalinah Bin Said dan YA Tuan Abdul Halim Bin Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Selangor,

Tuan Salehan Bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS dan Tuan Mohd Tajudin Saifullah Bin Abd Wahab, Timbalan Ketua Pendaftar JAKESS,

Tuan Abdullah Zuhdee Bin Ab Halim, Tuan Mohd Nazrin Bin Mohd Ali dan Tuan Abdul Majid Bin Abdul Rahman, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor,

dan lapan orang Timbalan Pendaftar JAKESS.

JAKESS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima watikah. Semoga pelantikan ini dapat mengukuhkan lagi tadbir urus perundangan dan kehakiman syariah dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di negeri Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Makluman sanitasi Bangunan Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 1 Mac 2022. Mahkamah akan kembali dibuka pada 2 Mac 2022.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan di emel mrssepang2018@gmail.com atau hubungi 03-87062840 atau 03-87066791. Sebarang kesulitan amat dikesali, harap maklum. Terima kasih.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kebiasaanbaharu
Semoga hikmah dan kebahagiaan sentiasa bersama kita semua. Serta syafaat dan bimbingan Rasulullah SAW menjadi pedoman hidup yang sejati.

Salam Israk Miraj 1443 Hijriyah daripada YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

#isramiraj
#jakess
#syariahasaskeadilan
WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

SIRI KE-41
Nafkah Iddah : Tak Endah Sendiri Susah

Penceramah: Tuan Mohd Firdaus bin Mohed
Pegawai Syariah Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

Tarikh: 5 Mac 2022 (Sabtu)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

https://www.facebook.com/jakessofficial

#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
#kebiasaanbaharu
Salam Ramadan Al-Mubarak 1443H 🌙✨

Selamat menunaikan ibadah puasa. Marilah kita memanfaatkan sebaik-baiknya bulan yang penuh berkat ini. Agar kelak kita menjadi orang yang benar-benar mendapat kemenangan.

Ucapan tulus ikhlas daripada YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#ramadan2022
29 Mac 2022, Selasa - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini berbesar hati menerima kunjungan dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) seramai 10 orang bersempena Lawatan Kerja AKRAB yang diketuai oleh Tn Azmi Bin Aziz selaku Pengerusi AKRAB JKSNS.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk menyambung silaturrahim di antara peserta lawatan dengan kakitangan JAKESS khususnya ahli AKRAB JAKESS dan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan sesi Kaunseling dijalankan disamping berkongsi maklumat mengenai aktiviti AKRAB dan Pementoran di JAKESS.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Mohd Nizar bin Mohtar selaku Pengerusi AKRAB JAKESS dan ucapan balas dari Tuan Azmi bin Aziz, Pengerusi AKRAB JKSNS.

Perkongsian info AKRAB JAKESS telah disampaikan oleh Tuan Aris Fadhilah bin Ramli dan diakhiri dengan tayangan video aktiviti AKRAB dan Pementoran yang pernah dijalankan.

Peserta seterusnya dibawa melawat ke sekitar bangungan JAKESS seperti Bilik AKRAB JAKESS dan lain-lain. Turut bersama dalam program ini adalah Tuan Salehan Bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS yang juga merupakan ahli AKRAB.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Makluman Waktu Operasi Kaunter Mahkamah Syariah Di Negeri Selangor Sepanjang Bulan Ramadan 2022
30 Mac 2022, Rabu - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan daripada Institut Latihan Kemas Kuala Lumpur (ILKKL) seramai 25 orang bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh Puan Sharifah Begum binti Arabjan selaku Pengetua ILKKL.

Lawatan daripada ILKKL adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di JAKESS bagi menyertai Anugerah Kualiti dan Inovasi Peringkat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi tahun 2022.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Mohd Syarizal bin Mohd Annoer, Setiausaha Jawatankuasa EKSA dan ucapan balas dari Puan Sharifah Begum binti Arabjan, Pengetua ILKKL.

Perkongsian amalan EKSA JAKESS telah disampaikan oleh Puan Noor Lidyawati binti Salehhudin selaku Ketua Jawatankuasa Latihan EKSA.

Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon yang berada di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS. Turut bersama dalam program ini adalah semua wakil ketua setiap zon.

#jakess
#syariahasaskeadilan
PROGRAM LITERASI UNDANG-UNDANG BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA

✅ Sukacita dimaklumkan bahawa Perkongsian Ilmu Literasi Undang-undang BSK akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: 06 April 2022 (Rabu)
⏰ Masa: 11.00 pagi
📌 Tajuk : Tuntutan Muta'ah Menurut Perspektif Undang - undang

👨🏻‍💼Penceramah: Tuan Safaruddin bin Urusli, Penolong Pengarah BSK Seksyen Negeri Selangor

✅ Perkongsian ilmu ini diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Facebook disiarkan secara langsung.

✳️ Pautan Page FB BSK:
https://www.facebook.com/bahagiansokongankeluarga

✅ Sehubungan itu, pihak BSK JKSM menjemput tuan/puan menonton perkongsian ilmu ini.
Sekian, terima kasih
BSK JKSM