Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
381 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
7 Julai 2022 – YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor telah diberi penghormatan untuk menyampaikan syarahan dalam Program Syarahan Profesor Adjung yang dianjurkan oleh Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM). YAA Dato’ telah membentangkan syarahan bertajuk “Pemakaian Konsep Ijtihad di Mahkamah Syariah” dan disampaikan secara atas talian.

Program yang bermula tepat pada jam 11:00 pagi ini telah disertai lebih daripada 207 orang yang terdiri daripada mahasiswa Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan (DLSA) dan mahasiswa jurusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) UiTM. Selain itu, program ini turut dihadiri oleh warga UiTMLaw dan kakitangan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Syarahan ini membentangkan konsep ijtihad yang diamalkan di Mahkamah Syariah, kepentingan yang timbul selari dengan perkembangan semasa yang memerlukan jawapan hukum terutama dalam bidang perundangan syariah umumnya dan khususnya amalannya di Malaysia. Antara isu-isu semasa yang diulas oleh YAA Dato’ berkenaan dengan pelaksanaan ijtihad yang berlaku di Malaysia antaranya berhubung dengan penetapan jumlah bagi nafkah, mut’ah dan isu kewangan dalam menangani peningkatan sara hidup dan inflasi.

Di akhir syarahan, YAA Dato’ telah menyimpulkan bahawa ijtihad hakim adalah sangat diperlukan terhadap perkara-perkara baru dalam pengembangan hukum dan perundangan. Walaupun terdapatnya undang-undang yang telah digazetkan namun masih wujud ruang-ruang ijtihad yang boleh dilaksanakan oleh hakim. Hasil ijtihad hakim ini memberikan manfaat kepada perkembangan agama, undang-undang dan kemaslahatan masyarakat.

YAA Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM berkesempatan menyertai syarahan ini dan memberikan ucapan penghargaan kepada YAA Dato' Mohammad Adib atas perlantikan sebagai Profesor Adjung dan terima kasih kepada UiTM atas penghargaan yang diberikan kepada Pegawai Syariah secara amnya. YAA Dato’ Setia turut menasihati mahasiswa untuk membuat persiapan dalam mendepani cabaran undang-undang selepas tamat pengajian kerana mahasiswa akan memainkan peranan penting dalam memertabatkan Perundangan Syariah di Malaysia.

Sebagai rekod, YAA Dato’ merupakan Prof Adjung bagi Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula 1 September 2020.

#jakess
#syariahasaskeadilan
SALAM IDUL ADHA 1443H/2022M 🌙

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga amalan dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.

#iduladha
#jakess
#syariahasaskeadilan
19 Julai 2022, Selasa - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan Muzakarah Hakam pada Selasa bertempat di Dewan Muktamar, JAKESS dengan dihadiri seramai 33 orang Panel Hakam seluruh Selangor dan beberapa orang Hakim Syarie Mahkamah Syariah Selangor termasuk Setiausaha Jawatankuasa Hakam, merangkap Ketua Pendaftar JAKESS Tuan Salehan bin Yatim.

Muzakarah Hakam kali kelima ini diadakan sebagai medan untuk mengumpulkan isu-isu dan permasalahan yang timbul sepanjang pengendalian Majlis Tahkim di Mahkamah Syariah Selangor untuk dibincangkan dan mendapatkan ketetapan yang bertepatan dengan Hukum Syarak dan selari dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Muzakarah ini sangat penting sebagai usaha penyeragaman amalan di kalangan semua anggota Panel Hakam semasa pengendalian Majlis Tahkim. Antara amanat YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hakam Selangor agar semua Panel Hakam sentiasa memastikan prosedur yang digariskan dipatuhi. Setiap anggota Panel Hakam juga perlu mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi, beretika dan berintegriti bagi mengelakkan sebarang isu bantahan atau ketidakpuasan hati pelanggan terhadap pengendalian prosiding Majlis Tahkim di Mahkamah Syariah Selangor.

Program sehari ini diurusetiakan oleh Bahagian Penyelesaian Alternatif (ADR) JAKESS dan telah berjaya mencapai matlamatnya dengan beberapa resolusi dijadikan garis panduan untuk dipraktikkan oleh semua anggota Panel Hakam di Negeri Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
SALAM MAAL HIJRAH 1444H | 2022M 🕌

Bersama-sama kita menghayati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW sebagai sebuah iktibar tentang perubahan daripada perkara negatif kepada positif di dalam kehidupan kita. Semoga kedatangan tahun baharu ini membawa keberkatan dan limpahan rahmat untuk kita menjadi insan yang lebih baik.

Ikhlas daripada YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

#jakess
#MaalHijrah1444H
#syariahasaskeadilan
JAKESS MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TAN SRI KHALID IBRAHIM

إنا لله و إنا إليه راجعون.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan segala dosanya diampunkan oleh Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

SIRI 43
Panduan Memulakan Prosiding Komital di Mahkamah Syariah Selangor

Penceramah: Tuan Aminullah bin Bahrin
Pegawai Syariah Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

Tarikh: 12 Ogos 2022 (Jumaat)
Masa: 3-4 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook


Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

https://www.facebook.com/jakessofficial


#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
#kebiasaanbaharu
Sekitar program Penyerahan Jalur Gemilang diadakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menghantar 3 buah kereta ke prgram tersebut. Turut hadir ialah Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#merdeka65
#TeguhBersama
Sama-sama kita semarakkan semangat merdeka dan memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 Peringkat Negeri Selangor 2022 pada 30 Ogos 2022 (Selasa), 8 malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#merdeka65
#TeguhBersama