Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR BERKENAN MENYAMPAIKAN WATIKAH PELANTIKAN KEPADA KAKITANGAN JAKESS

Shah Alam, 16 Mac 2023 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah perkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Anggota Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Turut menerima watikah dalam istiadat yang sama adalah Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) Sesi 2023-2025. Majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan tersebut telah disempurnakan bertempat di Istana Bukit Kayangan, disini semalam.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan menyampaikan watikan pelantikan kepada 10 kakitangan JAKESS yang terdiri daripada;
YA Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Anggota Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor,
YA Tuan Shukran Bin Yusof dan YA Tuan Fairus Bin Jaafar, Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Selangor,
Tuan Abdul Malik Bin Soleh, Tuan Mohamed Hizwan Bin Mohamed Noor, Tuan Umamuddin Bin Yunus, Puan Maizatul Aliza Binti Chee Din, Puan Salmizan Binti Mohamed @ Jamaludin, Tuan Nurulddin Bin Wan Hussain dan Tuan Mohd Tarmizi Bin Jaafar, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor.

JAKESS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima watikah. Semoga pelantikan ini dapat mengukuhkan lagi tadbir urus perundangan dan kehakiman syariah dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di negeri Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
MAKLUMAN WAKTU OPERASI KAUNTER MAHKAMAH SYARIAH DI SELURUH NEGERI SELANGOR SEPANJANG BULAN RAMADAN TAHUN 2023

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN KAREEM 1444H | 2023M

اَللُهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ وَغَضِّ الْبَصَرِ وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَش

"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan; dan jangan jadikan puasa kami hanya sekadar lapar dan dahaga."

Ucapan Tulus Ikhlas Daripada:
YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
#ramadankareem
NOTIS PEMAKLUMAN

Gangguan sambungan talian telefon di Mahkamah Rendah Syariah Ampang. Tuan/Puan boleh menghubungi mahkamah melalui emel di mahkamahrendahsyariahampang@gmail.com sehingga isu gangguan dapat diselesaikan. Harap maklum, maaf diatas kesulitan.

#jakess
#syariahasaskeadilan
SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN 17 RAMADAN 1444H | 2023M

Semoga amalan kita diterima ALLAH SWT dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan yang mulia ini.

“Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para pembacanya”. (Hadith riwayat Muslim)

#jakess
#syariahasaskeadilan
#nuzulquran1444h
Setinggi-tinggi tahniah kepada YAA Dato’ Haji Mohd Amran Bin Mat Zain yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuatkuasa mulai 10 April 2023.

Seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mendoakan semoga YAA Dato' dikurniakan keberkahan dan keafiatan dalam melaksanakan tanggungjawab dalam memimpin JKSM ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Webinar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 52

Tajuk: Majlis Sulh Melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh
Penceramah: Puan Siti Aminah binti Kamal
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 14 April 2023 (Jumaat)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

https://www.facebook.com/jakessofficial

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

#jakess
#webinarjakess
#syariahasaskeadilan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
PERUTUSAN AIDILFITRI 2023 YAA KETUA HAKIM SYARIE SELANGOR
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINAL 'AIDIL WAL FAIZIN 1444H/2023H ✨

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat. Sambutlah hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#aidilfitri2023
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jom dengarkan Takbir Raya Aidilfitri Sempena Bulan Syawwal Bagi Tahun 2023 yang dibawakan oleh warga kerja MAIS, Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan Anak Syarikat MAIS.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal 'Aidil Wal Faizin ✨

#jakess
#syariahasaskeadilan
18 Mei 2023, Khamis - Program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah dilaksanakan secara atas talian yang melibatkan hampir 118 orang warga kerja telah diadakan. Program ini merupakan salah satu inisiatif menggalak dan memupuk budaya membaca dikalangan warga kerja JAKESS seterusnya menjadikan rakyat Malaysia berilmu bertaraf dunia selari dengan slogannya iaitu 'Baca Bina Insan’.

Diantara pengisian program ini adalah sesi membaca selama 10 minit, ucapan dari Ketua Hakim syarie dan cabutan bertuah. YAA Ketua Hakim Syarie dalam ucapannya menyeru agar semangat membaca ini diteruskan dikalangan wargakerja kerana iqra’ (membaca) merupakan arahan pertama Allah kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Warga kerja bukan sahaja setakat membaca malah perlu memahami dan mengamalkan ilmu yang dibaca. Terima kasih diucapkan kepada peserta dan urusetia yang terlibat dalam aktiviti tahunan ini sama ada yang berada di bangunan ibu pejabat mahupun di MRS masing-masing.
Webinar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 53

Tajuk: Konflik Rumah Tangga: Bertahan Atau Berpisah
Penceramah: Puan Noranizan Binti Mohd Sufian
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
Tarikh: 19 Mei 2023 (Jumaat)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

https://www.facebook.com/jakessofficial

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

#jakess
#webinarjakess
#syariahasaskeadilan
JAKESS SELESAI AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001: 2015 Dan MS 1900: 2014

2 Jun 2023, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini telah selesai melaksanakan sesi Audit Pemantauan MS ISO 9001: 2015 Dan MS 1900: 2014 bagi tahun 2023 yang telah dilaksanakan selama tiga hari bermula 31 Mei hingga 2 Jun 2023.

Sesi pengauditan bermula dengan Mesyuarat Pembukaan pada hari pertama dipengerusikan oleh YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang turut disertakan pembentangan pengurusan kualiti JAKESS oleh Tuan Salehan Bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS seterusnya Mesyuarat penutupan yang juga dipengerusi oleh Ketua Hakim Syarie Selangor.

Siri auditan kali ini meliputi lokasi Ibu Pejabat, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor.

Jabatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hanidah binti Ghazali selaku Ketua Auditor bersama auditor-auditor yang lain dari pihak SIRIM iaitu Dr. Hisham bin Sabri, Puan Aisyah binti Haron dan Puan Arfa Atirah binti Arshad diatas kerjasama dan sepanjang sesi auditan ini berjalan.

Jabatan juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh warga kerja JAKESS yang telah bertungkus lumus dalam memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan pelaksanaan sistem pengurusan berkualiti dilaksanakan di jabatan ini

#jakess
#syariahasaskeadilan