Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
Sekitar Perhimpunan Jabatan Bilangan 2 Tahun 2024 Sambutan Minggu Kesihatan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang berlangsung di Dewan Muktamar pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan taklimat oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor seterusnya hadirin disajikan dengan Taklimat Kesedaran Kanser oleh Tuan Mohd Aiman bin Zainal, Pegawai Taklimat Kesedaran Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Oktober-Disember 2023 dan disusuli dengan tayangan video pelancaran program Jom Sihat Jom Kurus disediakan oleh Badan Kebajikan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS).

Program pada hari ini juga turut membuka Kaunter Saringan Kesihatan Kendiri dan Kaunter Pemeriksaan Wanita daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling serta Kaunter Pemeriksaan Mata secara percuma kepada kakitangan Jabatan.

Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
6 Mac 2024, Rabu - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan daripada Zon Farmasi Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) seramai 28 orang bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh Puan Sofhatun Nur binti Subhi selaku Fasilitator Jawatankuasa Induk EKSA Jabatan tersebut.

Lawatan daripada Zon Farmasi KKM adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di JAKESS sebagai sesi menimba ilmu pengetahuan dan berkongsi pengalaman.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan ucapan balas dari Puan Sofhatun Nur.

Perkongsian amalan EKSA JAKESS telah disampaikan oleh Puan Siti Rashidah binti Sarkom. Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon yang berada di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS. Turut bersama dalam program ini adalah semua wakil ketua setiap zon.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#KitaSelangor