Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
6 Mac 2024, Rabu - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan daripada Zon Farmasi Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) seramai 28 orang bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh Puan Sofhatun Nur binti Subhi selaku Fasilitator Jawatankuasa Induk EKSA Jabatan tersebut.

Lawatan daripada Zon Farmasi KKM adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di JAKESS sebagai sesi menimba ilmu pengetahuan dan berkongsi pengalaman.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan ucapan balas dari Puan Sofhatun Nur.

Perkongsian amalan EKSA JAKESS telah disampaikan oleh Puan Siti Rashidah binti Sarkom. Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon yang berada di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS. Turut bersama dalam program ini adalah semua wakil ketua setiap zon.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#KitaSelangor
JAKESS TERIMA LAWATAN JABATAN PERDANA MENTERI

1 Mac 2024, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menerima lawatan daripada Jabatan Perdana Menteri dihadiri seramai 48 pegawai diketuai YBhg. Datuk Abd Shukor Bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) disini jumaat lalu.

Lawatan adalah bertujuan bagi perkongsian perkhidmatan teras Jabatan ini, mengetahui statistik bilangan dan jenis-jenis kes dikendalikan oleh JAKESS dan mempelajari amalan terbaik dilaksanakan oleh JAKESS dalam mengatasi isu peningkatan kes didaftarkan.

Majlis bermula dengan ucapan aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor seterusnya ucapan balas oleh YBhg. Datuk Abd Shukor Bin Mahmood.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat dan sesi soal jawab Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Mahkamah Syariah Selangor oleh Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Jabatan ini mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perdana Menteri diatas kesudian melawat jabatan ini serta semoga segala usaha diberkati Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#KitaSelangor
๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐€๐ฅ-๐Œ๐ฎ๐›๐š๐ซ๐š๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ / ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ“ ๐‡ ๐ŸŒ™

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam bermula 12 Mac 2024 bersamaan 01 Ramadan 1445H.

ุงูŽู„ู„ูู‡ูู…ูŽู‘ ุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูููŠ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ูˆุงูŽุนูู†ูŽู‘ุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุตูู‘ูŠูŽุงู…ู ูˆูŽุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ู ูˆูŽุญููู’ุธู ุงู„ู„ูู‘ุณูŽุงู†ู ูˆูŽุบูŽุถูู‘ ุงู„ู’ุจูŽุตูŽุฑู ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู’ ุญูŽุธูŽู‘ู†ูŽุง ู…ูู†ู’ู‡ู ุงู„ู’ุฌููˆุนูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽุทูŽุด

"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan; dan jangan jadikan puasa kami hanya sekadar lapar dan dahaga."

Ucapan tulus ikhlas daripada YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#KitaSelangor
#Ramadan1445H
MAKLUMAN WAKTU OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN SETEMPAT (OSC) MAHKAMAH SYARIAH DI SHAH ALAM SEPANJANG BULAN RAMADAN TAHUN 2024

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
MAKLUMAN WAKTU OPERASI KAUNTER MAHKAMAH SYARIAH DI SELURUH MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGERI SELANGOR SEPANJANG RAMADAN TAHUN 2024.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
NOTIS PEMAKLUMAN GANGGUAN TALIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SABAK BERNAM

Pihak-pihak boleh menghubungi MRS Sabak Bernam melalui emel di mrssbjakess@gmail.com sehingga makluman lanjut. Sebarang kesulitan adalah amat dikesali.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#KitaSelangor
SELAMAT MEMPERINGATI NUZUL QURAN 17 RAMADAN 1445H | 2024M

Semoga amalan kita diterima ALLAH SWT dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan yang mulia ini.

โ€œBacalah Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para pembacanyaโ€. (Hadith riwayat Muslim)

#jakess
#syariahasaskeadilan
#nuzulquran1445h
Khamis, 4hb. April, 2024 - Hari ini bersamaan 24 Ramadan 1445H, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menyertai program Program World Quran Hour 2024 yang dijalankan secara serentak di seluruh Negara dengan konsep membaca Al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya.

Misi program hari ini adalah bagi mentadabbur surah Al-Jumuโ€™ah iaitu surah ke-62, ayat 1 โ€“ ayat 11. Selain itu, dalam program, semua peserta akan membaca surah Al-Jumuโ€™ah tersebut dan akan diperdengarkan sebagai sokongan meningkatkan usaha mendekatkan Al-Quran di kalangan masyarakat.

Program ini telah dijalankan secara fizikal di Dewan Muktamar JAKESS bagi kakitangan di ibu pejabat dan secara dalam talian bagi lokasi-lokasi daerah.

Selain itu, sebagai selingan untuk menarik peserta menyertai program ini, Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber telah mengadakan suatu Pertandingan Gambar Menarik dan seramai 2 orang pemenang akan dipilih untuk diumumkan semasa sesi tazkirah esok hari.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
#QuranHour