3 Julai 2024, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan daripada Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JAPESS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN) bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS hari ini.
Lawatan daripada kedua-dua agensi ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di JAKESS disamping perkongsian ilmu dan pengalaman berkenaan EKSA.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Penyelaras EKSA dan ucapan balas oleh Puan Nor Hafiza binti Ishak, Penolong Pegawai Tadbir SPN dan Puan Nadiah binti Salbini daripada JAPESS.
Perkongsian amalan EKSA JAKESS telah disampaikan oleh Puan Noor Lidyawati binti Salehhudin selaku Ketua Jawatankuasa Latihan EKSA.
Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon yang berada di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS. Turut bersama dalam program ini adalah semua wakil ketua setiap zon.
#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
#eksajakess

SALAM MAAL HIJRAH 1446H
Marilah sama-sama kita memperbaiki amal dan diri kita agar dapat menjadi hamba yang taat kepada Allah. Insya-Allah.
Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1446.
“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”
Ikhlas daripada :
YAA KETUA HAKIM SYARIE SELANGOR & SELURUH WARGA KERJA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

Shah Alam- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah berjaya melaksanakan Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga yang telah diadakan pada 9 sehingga 11 Julai 2024. Program ini adalah julung kali dianjurkan oleh Bahagian Penyelesaian Alternatif JAKESS (ADR) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Program ini telah mendapat reaksi amat positif daripada para peserta yang terdiri daripada guru-guru.
Para peserta menzahirkan perasaan teruja dan berharap program perkongsian berkenaan sulh/mediasi ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Arif Dato’ Mohammad Adib bin Husain, yang menyatakan harapannya agar segala perkongsian ilmu dan teknik-teknik sulh yang diberikan kepada peserta dapat disebarkan dalam komuniti, para pendidik dan masyarakat umumnya bagi menyelesaikan pertikaian dan konflik kekeluargaan.
JAKESS berharap agar para peserta boleh menjadi agen penyampai maklumat dan dapat memberikan nasihat awal serta menjadi agen pendamai sebelum suatu pertikaian tersebut dirujukkan ke mahkamah.