Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1446H | 2025M ☪️🕌

Bulan Ramadan adalah waktu untuk kita memperbaiki diri dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Semoga setiap amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadan diterima dan diberkati.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1446H. Ikhlas Daripada YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA PINTU UTAMA MRS HULU LANGAT

Berikutan pembaikian saliran air longkang di pintu masuk pejabat Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat , laluan pintu masuk DITUTUP sementara mulai:

11/03/2025 hingga 13/03/2025 (KHAMIS).

Hanya motosikal dan klien OKU dibenarkan untuk masuk.Orang awam boleh parkir kenderaan di tempat letak kenderaan Masjid Al-Hasanah. Sekian, harap maklum dan terima kasih.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
UPDATE: MAKLUMAN MRS KUALA SELANGOR MENGALAMI GANGGUAN PERKHIDMATAN TALIAN TELEFON

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ingin memaklumkan terdapat masalah capaian talian telefon di lokasi Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. Piahak Jabatan sedang dalam usaha mempercepatkan proses pembaikian dan memohon maaf atas sebarang kesulitan.

Sebagai alternatif pihak tuan/puan boleh menghubungi lokasi berikut melalui no telefon dan emel seperti yang tertera di dalam poster hebahan.

Harap maklum.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Minal 'Aidil Wal Faizin 1446H. Semoga Allah SWT menerima amal ibadah yang telah kita kerjakan sepanjang bulan Ramadan yang lalu. Ucapan Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam tulus ikhlas daripada Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
#aidilfitri2025
LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENYELESAIAN ALTERNATIF (ADR) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU DAN PAHANG TINGKAT KEFAHAMAN SULH-CERAI DAN INOVASI KEHAKIMAN

Kuala Terengganu / Kuantan, 9–11 April 2025 – Delegasi Bahagian ADR Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu (JKSTR) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang (JKSP) bermula 9 hingga 11 April 2025. Lawatan ini bertujuan untuk menilai serta memahami secara mendalam pelaksanaan dan proses Sulh dalam tuntutan perceraian, khususnya pendekatan pasca perceraian yang diamalkan di kedua-dua negeri.

Antara objektif utama lawatan termasuk mengkaji prosedur Sulh-Cerai, meneliti penyelesaian alternatif di peringkat awal pemfailan kes, serta mengenal pasti amalan terbaik dan inovasi yang boleh dimanfaatkan di JAKESS. Delegasi turut diberi peluang untuk meninjau pelaksanaan Sulh di kedua-dua negeri.

Lawatan ini juga memberikan pendedahan kepada pelbagai inisiatif inovatif seperti sistem e-tray dan penggunaan tandatangan digital yang telah memenangi pengiktirafan peringkat negeri dan antarabangsa, khususnya di Terengganu.

Hasil lawatan ini diharap dapat menjadi pencetus kepada pelaksanaan inovasi serupa di JAKESS demi memperkasa keberkesanan pengurusan kes dan memperluas penggunaan Majlis Sulh dalam menangani isu-isu perceraian secara holistik.

Secara keseluruhan, lawatan kerja ini berjaya memberi gambaran yang jelas tentang pelaksanaan Sulh-Cerai serta membuka ruang kolaborasi dan penambahbaikan dalam sistem kehakiman Syariah di Selangor.

Pihak JAKESS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JKSTR dan JKSP di atas kerjasama dan layanan yang amat baik yang telah diberikan sepanjang program lawatan kerja ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama