Alumni Matrikulasi Se-Malaysia🇲🇾
3.78K subscribers
654 photos
2 videos
431 files
403 links
Group Channel Alumni Matrikulasi se-Malaysia
Download Telegram
Salam sejahtera, bolehkah saya tanya? Apakah perbezaan antara Ijazah Sarjana Muda Perakaunan(Kepujian) dengan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan(Kepujian)(Sistem Maklumat)?

"Sape tahu boleh pm admin @nur204" ya TQ
PERHATIAN RAKYAT #SABAH. ANDA BOLEH MOHON BANTUAN PELAJAR DARIPADA KERAJAAN SABAH.

✅ Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti) RM200 untuk pelajar sekolah
✅ Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (Budi) RM2000 untuk pelajar IPT

LINK: https://jawatanmalaysia.net/bantuan-pelajar-sabah

#KONGSIKAN BANTUAN INI KEPADA RAKYAT SABAH AGAR LEBIH RAMAI YANG TAHU.
Forwarded from STUDENT CONFESSION via @like
"Hi korang ni aku #brodip.Ok tak permulaan sem 2 ni?Hope korang semangat and tabah dalam menempuhi dugaan korang.Ni aku nak share tips nak buat unlimited hotspot kat laptop korang.Yela aku tau mesti ada yang guna hotspot fon and connect kat laptop kan?takpe aku faham.Tapi cara ni akan jadi IF DATA YANG KORANG PAKAI TU UNLIMITED sahaja.baru boleh guna cara ni.Macam aku pakai plan umobile GX 30 yang unlimited tu.So since sem 1 kelas diploma aku ni,hotspot aku guna is UNLIMITED and boleh banyak mana korang nak.so ni aku nak share link :
https://youtu.be/YBpIouEjIuo
Semoga bermanfaat tau gaiss
Forwarded from Sein
Hi everyone! ChM. Dr. Hussein here. I assume that all of you have known that I teach Chemistry for every level of students; SPM, Foundation, Matriculation, A-Level, Diploma, Degree, etc. And I'm here to deliver the good news for you! I now have a YouTube channel with Chemistry lessons and materials for you to watch, learn and understand even better. Don't forget to subscribe for more useful Chemistry contents, tips and lessons!

** Scan the above QR code to get the link

https://youtube.com/c/HusseinHanibah

- ChM. Dr. Hussein Hanibah -
https://youtu.be/t0QKVQaA5XM

السلام عليكم ورحمة الله

Kami mahasiswa/wi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), melakukan tugasan berkumpulan bagi subjek kokurikulum iaitu Kursus Seni Khat Arab (CCA1012) Kumpulan 3 ingin memohon jasa baik sahabat semua untuk meluangkan sedikit masa bagi melihat video projek akhir kami.

Dijemput semua untuk menonton video projek akhir kami dan jangan lupa untuk like dan share video assignment kami & penilaian diambil berdasarkan jumlah view dan like. Kerjasama anda amat kami hargai. Terima kasih atas masa dan sokongan anda.❤️

جزاك الله خير الجزاء✨
Forwarded from Himpunan Nota Pelajar Matrikulasi™ (Kong)
https://youtu.be/RIA34amiHoU

Hihi. Minta jasa baik 5 ribu warga telegram group ini tlg tekan like untuk video ini. Video ini menyertai pertandingan inovasi. Harap semua memberi sokongan anda dgn tekan like. Terima kasih atas sokongan anda. Pihak kami merakam ribuan jutaan terima kasih.
Terkini!! Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh mungkin akan dilaksanakan sekiranya kes penularan COVID-19 gagal dikawal menjelang 4 Februari 2021.⁠

Kredit: @501awani


😭😭😭😭😭😭😭😭😭
Forwarded from Himpunan Nota Pelajar Matrikulasi™ (Axil X)
Selamat Hari Thaipusam kepada rakan yang beragama Hindu
Forwarded from Halatuju Pendidikan🔰 (060759 AMIRUL HAZIQ)
Final_Kenyataan_Media_Kemasukan_Pelajar_IPT_Secara_Fizikal_1_Mac.pdf
204.4 KB
KENYATAAN KEMASUKAN PELAJAR IPT MAC 2021
Harap KPT tak U-turn 🤣🤣🤣
Aku ingat nak hiatus lagi sebulan. Tapi atas permintaan, aku ulas sikit je lah pasal Myanmar.

Sepatutnya parlimen Myanmar mula bersidang hari ini, tapi tentera (orang Myanmar panggil Tatmadaw) bertindak menahan pemimpin parti National League for Democracy (NLD) termasuk Aung San Suu Kyi, dan mengisytiharkan darurat selama setahun.

Apa yang berlaku ialah rampasan kuasa (kudeta) yang klasik.

Kenapa nak rampas kuasa? Sebab Tatmadaw takut hilang kuasa.

Walaupun Myanmar sekarang mengamalkan demokrasi, tapi "demokrasi" ini sebenarnya diwujudkan oleh Tatmadaw, dengan tujuan untuk memelihara kuasa mereka.

Tatmadaw menguasai politik Myanmar sejak tahun 1962, selepas Jeneral Ne Win menggulingkan Presiden Win Maung dan PM U Nu.
US pada waktu tu sibuk Perang Vietnam, so tak ada masa nak tarbiah Myanmar (waktu tu masih bernama Burma) pasal demokrasi dan hak asasi manusia bagai.

Hanya pada tahun 1988-1989, situasi Myanmar mula menarik perhatian dunia apabila berlaku demonstrasi besar-besaran yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi yang mengasaskan parti NLD.

Suu Kyi adalah anak Aung San yang merupakan bapa kemerdekaan Myanmar. Keluarga Aung San masih mempunyai prestij yang tinggi di kalangan orang ramai, jadi Tatmadaw melihat Suu Kyi sebagai ancaman dan kurung dia kat rumah.

Tapi pada masa yang sama, Tatmadaw bersetuju untuk mengadakan PRU pada tahun 1990, dengan harapan parti proksi tentera (National Unity Party) akan menang. Sekali kena belasah dengan NLD yang menang 392 daripada 492 kerusi. Tatmadaw tak terima keputusan, dan tak buat PRU lagi.

Ahli politik dan media luar (terutamanya Barat) bersimpati dengan Suu Kyi, melihat dia sebagai ikon demokrasi, bagi dia Nobel Peace Prize pada tahun 1991.

Myanmar pun dikenakan pelbagai sekatan ekonomi, dan akhirnya Tatmadaw membebaskan Suu Kyi pada tahun 2010.

Perlembagaan baharu juga berkuatkuasa bermula tahun 2008, membenarkan PRU bagi memilih wakil rakyat ke parlimen. Cuma, 25% kerusi parlimen (110 daripada 440 di dewan bawah, 56 daripada 224 di dewan atas) diperuntukkan kepada Tatmadaw tanpa melalui PRU. Dan perlembagaan hanya boleh dipinda dengan persetujuan lebih 75% ahli parlimen.

Indonesia pun pernah buat macam tu selepas kejatuhan Suharto tahun 1998, di mana 38 daripada 500 kerusi Majlis Perwakilan Rakyat reserved untuk tentera dan polis. Tapi peraturan itu dimansuhkan bermula tahun 2004, membolehkan Indonesia menjadi demokrasi penuh.

Tatmadaw juga diberi jawatan kabinet yang paling penting seperti naib presiden, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan. Tak ada jawatan PM. Presiden dicalonkan oleh parlimen dan selalunya dari kalangan ahli parti yang mempunyai paling banyak kerusi.

Dan untuk menghalang Suu Kyi menjadi presiden, Perlembagaan 2008 menetapkan sesiapa yang berkahwin dengan warga asing tak boleh pegang jawatan presiden. So basically Suu Kyi yang berkahwin dengan Michael Aris (warga UK) tak layak.

PRU diadakan pada tahun 2010. NLD tak bertanding, maka Union and Solidarity Development Party (USDP) yang merupakan proksi Tatmadaw berjaya menang 388 daripada 498 kerusi yang dipertandingkan. Thein Sein yang merupakan mantan PM dalam kerajaan tentera dilantik sebagai ketua kerajaan "orang awam" pertama sejak 1962 (sebenarnya tentera bersara).

Tapi dalam PRU 2015, NLD belasah USDP dengan memenangi 390 daripada 498 kerusi. Walaupun Suu Kyi tak boleh pegang jawatan presiden, parlimen yang dikuasai oleh NLD meluluskan undang-undang yang mencipta jawatan khas bernama State Counsellor untuk Suu Kyi.

Nama je Counsellor (Penasihat), tapi dia yang pegang kuasa sebenar sebagai ketua kerajaan "de facto" (secara fakta). Tapi yang pegang jawatan presiden (Htin Kyaw dan kemudian Win Myint) pun dari NLD. Geng sendiri so tak kisah lah.

Sebagai respon, Tatmadaw mengorak langkah seterusnya dengan mengapi-apikan sentimen anti-Rohingya. Pada Oktober 2016, Tatmadaw melancarkan serangan ke atas kaum Rohingya di Rakhine, membuat kerajaan NLD berdepan dengan desakan antarabangsa.
Kira-kira yang dibuat oleh Tatmadaw ialah: kalau Suu Kyi pertahankan Rohingya, maka kaum majoriti (Bamar) yang termakan propaganda Tatmadaw akan benci Suu Kyi, dan NLD akan kalah PRU yang akan datang. Suu Kyi ialah ikon demokrasi dan hak manusia, dan rapat dengan Barat, mestilah dia akan bersama dengan Rohingya.

Tapi agak mengejutkan, Suu Kyi memilih untuk mempertahankan tindakan Tatmadaw, sanggup dimaki oleh satu dunia. Tapi itu juga membolehkan NLD menang sekali lagi dalam PRU November 2020, tambah lagi 6 kerusi.

Kalau berterusan macam ni, Tatmadaw memang out lah. So Tatmadaw pertikaikan keputusan PRU, kata PRU tak bersih, dan menahan Suu Kyi dan Win Myint.

Jalan cerita yang seterusnya bergantung kepada reaksi kuasa-kuasa besar, terutamanya China dan India yang merupakan jiran Myanmar.

Tatmadaw ada hubungan baik dengan China, so basically China akan berdiam diri, kata tu urusan dalaman Myanmar.

India pun tak kisah sangat perkembangan dalaman Myanmar, as long as kerajaan Myanmar jaga kepentingan India dalam Myanmar (India ada banyak projek pelabuhan dan infrastruktur di Myanmar).

So kena tengok apa reaksi US dan EU. US di bawah Biden yang berhaluan liberal internationalist memang tak boleh toleransi dengan benda-benda macam ni, cuma selain sekatan dan kecaman, US pun tak boleh buat apa sangat.

Reaksi rakyat Myanmar juga akan jadi penentu. Adakah penyokong NLD akan dapat terima demokrasi digantung begitu sahaja? Dan kalau berlaku protes besar-besaran, apakah respon Tatmadaw? Itu semua akan menentukan halatuju krisis politik Myanmar kali ini.

Dalam Politik Untuk Pemula yang akan terbit nanti, korang akan baca lebih lanjut pasal kudeta dalam Bab 24 (Rampasan Kuasa). Kenapa ada negara tenteranya sangat berkuasa sampai boleh buat kudeta, ada negara pula tak ada masalah macam tu.

Nak kembali berhiatus.
SEBAR DEKAT KAWAN KORANG YANG AMBIK MEDIC/BIOMED/SAINS KESIHATAN

Medical Student Notes
What’s included in Medical Student Jotes
Anatomy, Physiology and Pathology notes of the each

❤ System Module
-Cardiovascular
-Respiratory
-Urinary
-Hematology/blood
-Central Nervous System/Neuroscience
-Musculoskeletal
-Reproductive
-Gastrointestinal
https://t.me/medicalstudentnotes
Forwarded from Himpunan Nota Pelajar Matrikulasi™ (Axil X)
SUDAH “TERTULIS”: AKU HANYA SEORANG GRADUAN UNIVERSITI TEMPATAN
.
Tadi aku terbaca berkenaan student lepasan institusi MARA tak dapat fly ke oversea. Aku tak nak komen bab kenapa dia tak dapat fly ke universiti luar negara and bla² tu sebab aku pun tak tau apa cerita sebenar disebalik kejadian.
.
Tapi cerita student tersebut mengingatkan diri aku 20 tahun lepas.
.
Aku seorang pelajar MRSM. Bila dah belajar di asrama penuh ni. Aim lepas SPM memang tak lain tak bukan untuk further study dekat oversea.
.
Bila nak belajar ke oversea dan aku bukan daripada keluarga yang senang. Tajaan biasiswa daripada pihak MARA, JPA, PETRONAS amat²lah diharapkan..
.
Namun, result SPM aku tak dapat membawa aku untuk further study ke luar negara😔
.
Aku hanya mampu untuk menghantar kawan2 aku ke luar negara di KLIA.
.
Kecewa? Manakan tidak kecewa.Tapi aku gagahkan juga buat muka gembira semasa menghantar kawan2 aku di KLIA. Namun, dalam hatiku penuh duka💔
.
Dalam aku hanya mampu untuk menghantar kawan2 aku untuk menyambung pengajian ke luar negara, bermulalah episod aku untuk terus belajar di dalam negara.
.
Aku mulakan langkah di matrikulasi. Result final matriks aku biasa2 sahaja. Maka, aku dapat menyambung pengajian kejuruteraan elektrik aku di UTHM (dulu masa aku register, namanya masih KUiTTHO).
.
Aku bukan daripada keluarga yang senang. Maka, pinjaman pelajaran adalah alternatif yang ada pada masa itu. Nak mintak biasiswa, result matriks aku biasa2 sahaja😅
.
Jadinya, pada masa itu aku hanya mampu untuk memohon PTPTN. Masih aku ingat, pada masa itu. Aku dapat Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) daripada PTPTN sejumlah RM1,500. Sujud syukur aku. Dengan duit itulah aku bayar yuran kemasukan ke KUiTTHO. Duit tu juga aku beli kelengkapan nak masuk hostel dan lain2..
.
Kemudian aku memohon PTPTN. Alhamdulillah..lega..Aku dapat pembiayaan penuh RM3,500 satu semester. Dalam masa yang sama aku mencari alternatif pinjaman pelajaran lain sebab pada masa itu, faedah pinjaman PTPTN 4%. Bila dikira2 balik, jenuh jugak nak bayar balik PTPTN bila dah graduate nanti😅
.
Ditakdirkan aku dapat Pinjaman Pelajaran daripada Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS).
.
Selepas 2 semester aku dibiayai PTPTN, aku dibiayai pula oleh TKWBNS sebanyak RM3,250 satu semester (kurang RM250 daripada PTPTN).Bezanya, pembiayaan TKWBNS tiada kadar faedah. Berapa kau pinjam, banyak tu lah kau kena bayar balik. Kau pinjam 10k, bayar balik 10k.
.
Alhamdulillah, selepas 8 semester. Aku grad daripada UTHM sebagai graduan kejuruteraan.
.
Selepas aku graduate dari UTHM. Ini jumlah pembiayaan pelajaran yang aku perlu bayar balik:
.
PTPTN:
WPP: RM 1,500.
Sem 1 & 2: RM 7,000
Total: RM 8,500 (A)
.
.
TKWBNS:
8 Sem: RM 3,250 x 8 = RM 26,000 (B)
.
Grand Total (A) + (B) = RM 34,500.
.
Syukur Alhamdulillah, tak sampai 2minggu lepas aku konvo, aku ditawarkan kerja sebagai seorang Engineer.
.
Aku nekad masa tu, aku nak setelkan pinjaman PTPTN aku.Sebab kalau tak dibayar PTPTN, amount akan bertambah2 disebabkan ada 4% kadar faedah.
.
Aku ingat lagi, sebulan aku bayar ke PTPTN lebih kurang RM300++ sebulan. Lepas 2 tahun lebih..aku dapat setelkan PTPTN. Dalam masa yang sama aku bayar juga pinjaman pelajaran aku ke TKWBNS.
.
Finally, after 9 tahun lebih..Aku setel pula bayar pinjaman pelajaran TKWBNS.
.
Seiring dengan masa, gaji aku pun naik. Bila gaji naik. Caruman KWSP pun naik. Disebabkan dahagakan ilmu, aku guna Akaun 2 EPF aku untuk sambung Master pula di UiTM.
.
Sekarang, aku sambung PhD pula di UiTM. Pun guna EPF Akaun 2.
.
Bila dikenang2 balik aku tak dapat fly ke oversea dulu. Aku tersenyum sendiri.
.
Now aku faham..SUDAH “TERTULIS”: AKU HANYA SEORANG GRADUAN UNIVERSITI TEMPATAN.
.
Walaupun aku hanya lulusan universiti tempatan. Alhamdulillah, aku juga mampu untuk lulus di dalam penilaian Professional Certificate bertaraf antarabangsa.