Alumni Matrikulasi Se-Malaysia๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
3.79K subscribers
654 photos
2 videos
431 files
403 links
Group Channel Alumni Matrikulasi se-Malaysia
Download Telegram
Kira-kira yang dibuat oleh Tatmadaw ialah: kalau Suu Kyi pertahankan Rohingya, maka kaum majoriti (Bamar) yang termakan propaganda Tatmadaw akan benci Suu Kyi, dan NLD akan kalah PRU yang akan datang. Suu Kyi ialah ikon demokrasi dan hak manusia, dan rapat dengan Barat, mestilah dia akan bersama dengan Rohingya.

Tapi agak mengejutkan, Suu Kyi memilih untuk mempertahankan tindakan Tatmadaw, sanggup dimaki oleh satu dunia. Tapi itu juga membolehkan NLD menang sekali lagi dalam PRU November 2020, tambah lagi 6 kerusi.

Kalau berterusan macam ni, Tatmadaw memang out lah. So Tatmadaw pertikaikan keputusan PRU, kata PRU tak bersih, dan menahan Suu Kyi dan Win Myint.

Jalan cerita yang seterusnya bergantung kepada reaksi kuasa-kuasa besar, terutamanya China dan India yang merupakan jiran Myanmar.

Tatmadaw ada hubungan baik dengan China, so basically China akan berdiam diri, kata tu urusan dalaman Myanmar.

India pun tak kisah sangat perkembangan dalaman Myanmar, as long as kerajaan Myanmar jaga kepentingan India dalam Myanmar (India ada banyak projek pelabuhan dan infrastruktur di Myanmar).

So kena tengok apa reaksi US dan EU. US di bawah Biden yang berhaluan liberal internationalist memang tak boleh toleransi dengan benda-benda macam ni, cuma selain sekatan dan kecaman, US pun tak boleh buat apa sangat.

Reaksi rakyat Myanmar juga akan jadi penentu. Adakah penyokong NLD akan dapat terima demokrasi digantung begitu sahaja? Dan kalau berlaku protes besar-besaran, apakah respon Tatmadaw? Itu semua akan menentukan halatuju krisis politik Myanmar kali ini.

Dalam Politik Untuk Pemula yang akan terbit nanti, korang akan baca lebih lanjut pasal kudeta dalam Bab 24 (Rampasan Kuasa). Kenapa ada negara tenteranya sangat berkuasa sampai boleh buat kudeta, ada negara pula tak ada masalah macam tu.

Nak kembali berhiatus.
SEBAR DEKAT KAWAN KORANG YANG AMBIK MEDIC/BIOMED/SAINS KESIHATAN

Medical Student Notes
Whatโ€™s included in Medical Student Jotes
Anatomy, Physiology and Pathology notes of the each

โค System Module
-Cardiovascular
-Respiratory
-Urinary
-Hematology/blood
-Central Nervous System/Neuroscience
-Musculoskeletal
-Reproductive
-Gastrointestinal
https://t.me/medicalstudentnotes
SUDAH โ€œTERTULISโ€: AKU HANYA SEORANG GRADUAN UNIVERSITI TEMPATAN
.
Tadi aku terbaca berkenaan student lepasan institusi MARA tak dapat fly ke oversea. Aku tak nak komen bab kenapa dia tak dapat fly ke universiti luar negara and blaยฒ tu sebab aku pun tak tau apa cerita sebenar disebalik kejadian.
.
Tapi cerita student tersebut mengingatkan diri aku 20 tahun lepas.
.
Aku seorang pelajar MRSM. Bila dah belajar di asrama penuh ni. Aim lepas SPM memang tak lain tak bukan untuk further study dekat oversea.
.
Bila nak belajar ke oversea dan aku bukan daripada keluarga yang senang. Tajaan biasiswa daripada pihak MARA, JPA, PETRONAS amatยฒlah diharapkan..
.
Namun, result SPM aku tak dapat membawa aku untuk further study ke luar negara๐Ÿ˜”
.
Aku hanya mampu untuk menghantar kawan2 aku ke luar negara di KLIA.
.
Kecewa? Manakan tidak kecewa.Tapi aku gagahkan juga buat muka gembira semasa menghantar kawan2 aku di KLIA. Namun, dalam hatiku penuh duka๐Ÿ’”
.
Dalam aku hanya mampu untuk menghantar kawan2 aku untuk menyambung pengajian ke luar negara, bermulalah episod aku untuk terus belajar di dalam negara.
.
Aku mulakan langkah di matrikulasi. Result final matriks aku biasa2 sahaja. Maka, aku dapat menyambung pengajian kejuruteraan elektrik aku di UTHM (dulu masa aku register, namanya masih KUiTTHO).
.
Aku bukan daripada keluarga yang senang. Maka, pinjaman pelajaran adalah alternatif yang ada pada masa itu. Nak mintak biasiswa, result matriks aku biasa2 sahaja๐Ÿ˜…
.
Jadinya, pada masa itu aku hanya mampu untuk memohon PTPTN. Masih aku ingat, pada masa itu. Aku dapat Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) daripada PTPTN sejumlah RM1,500. Sujud syukur aku. Dengan duit itulah aku bayar yuran kemasukan ke KUiTTHO. Duit tu juga aku beli kelengkapan nak masuk hostel dan lain2..
.
Kemudian aku memohon PTPTN. Alhamdulillah..lega..Aku dapat pembiayaan penuh RM3,500 satu semester. Dalam masa yang sama aku mencari alternatif pinjaman pelajaran lain sebab pada masa itu, faedah pinjaman PTPTN 4%. Bila dikira2 balik, jenuh jugak nak bayar balik PTPTN bila dah graduate nanti๐Ÿ˜…
.
Ditakdirkan aku dapat Pinjaman Pelajaran daripada Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS).
.
Selepas 2 semester aku dibiayai PTPTN, aku dibiayai pula oleh TKWBNS sebanyak RM3,250 satu semester (kurang RM250 daripada PTPTN).Bezanya, pembiayaan TKWBNS tiada kadar faedah. Berapa kau pinjam, banyak tu lah kau kena bayar balik. Kau pinjam 10k, bayar balik 10k.
.
Alhamdulillah, selepas 8 semester. Aku grad daripada UTHM sebagai graduan kejuruteraan.
.
Selepas aku graduate dari UTHM. Ini jumlah pembiayaan pelajaran yang aku perlu bayar balik:
.
PTPTN:
WPP: RM 1,500.
Sem 1 & 2: RM 7,000
Total: RM 8,500 (A)
.
.
TKWBNS:
8 Sem: RM 3,250 x 8 = RM 26,000 (B)
.
Grand Total (A) + (B) = RM 34,500.
.
Syukur Alhamdulillah, tak sampai 2minggu lepas aku konvo, aku ditawarkan kerja sebagai seorang Engineer.
.
Aku nekad masa tu, aku nak setelkan pinjaman PTPTN aku.Sebab kalau tak dibayar PTPTN, amount akan bertambah2 disebabkan ada 4% kadar faedah.
.
Aku ingat lagi, sebulan aku bayar ke PTPTN lebih kurang RM300++ sebulan. Lepas 2 tahun lebih..aku dapat setelkan PTPTN. Dalam masa yang sama aku bayar juga pinjaman pelajaran aku ke TKWBNS.
.
Finally, after 9 tahun lebih..Aku setel pula bayar pinjaman pelajaran TKWBNS.
.
Seiring dengan masa, gaji aku pun naik. Bila gaji naik. Caruman KWSP pun naik. Disebabkan dahagakan ilmu, aku guna Akaun 2 EPF aku untuk sambung Master pula di UiTM.
.
Sekarang, aku sambung PhD pula di UiTM. Pun guna EPF Akaun 2.
.
Bila dikenang2 balik aku tak dapat fly ke oversea dulu. Aku tersenyum sendiri.
.
Now aku faham..SUDAH โ€œTERTULISโ€: AKU HANYA SEORANG GRADUAN UNIVERSITI TEMPATAN.
.
Walaupun aku hanya lulusan universiti tempatan. Alhamdulillah, aku juga mampu untuk lulus di dalam penilaian Professional Certificate bertaraf antarabangsa.
.
Professional Cert yang aku maksudkan adalah Chartered Engineer & Chartered Marine Engineer daripada UK dan juga Project Management Professional (PMP) daripada US.
.
Now, aku setanding dengan Engineer dari UK, Project Manager daripada US walaupun aku hanya graduan universiti tempatan๐Ÿ˜Š
.
Apa yang aku dapat belajar dari pengalaman aku setakat ini?
.
Perjalanan hidup setiap orang itu unik.
.
Setiap orang ada jam kejayaan nya yang berbeza2. Yang penting apa? Yang penting kita usaha.
.
Sekadar berkongsi pengalaman.
#IrARB

Page FACEBOOK : Ir Abdul Rahman Bahasa Page
Forwarded from Deleted Account
Rasanya nak tulis panjang-panjang pun tak guna. Cukup kalau kami katakan: VAKSIN COVID-19 DIHANTAR DI DALAM PACKAGING BERISI AIS KERING.

Bukan aiskrim, ya? Ais kering (dry ice) berbeza dari ais biasa. Ia bukan air yang beku, tetapi karbon dioksida. Ais kering mempunyai suhu permukaan -78.5 darjah Celsius (-109.3 darjah Fahrenheit). Ia tidak bertukar menjadi cecair apabila panas, tetapi terus bertukar ke dalam bentuk gas.

Ini membuatkan ais kering sebagai kaedah yang sangat baik untuk pengangkutan bahan-bahan sejuk. Pernah beli kek aiskrim macam Baskin Robbins yang dibungkus untuk makan di rumah? Ia akan dibungkus bersama ais kering untuk memastikan kek tersebut tidak mencair.

Ini bukan sains roket. Dulu masa bersekolah tahun 80an admin suka beli ais kering dari penjual aiskrim, lepas tu masukkan dalam cawan berisi air. Apabila bersentuh dengan air, ia akan bertindak balas berbuih-buih lalu menghasilkan wap yang pekat. Seronok boleh buat effect macam-macam!

Mungkin budak-budak zaman sekarang banyak sangat main Facebook sampai tak pernah jumpa dengan ais kering agaknya. Takpelah, kita bantu mereka yang tak tahu.
#inisainsbeb #azarimy

Rujukan:

How Stuff Works, "How does dry ice work?", dirujuk 22 Feb 2021 https://science.howstuffworks.com/innovation/science-questions/question264.htm
COVID-19 Vaccine Pandemic Provider Educational Packet, Department of Health
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
Belajar rajin rajin jangan terpedaya dengan Antivaks ye๐Ÿ˜‚
Terima kasih kerana memberikan kerjasama melengkapkan Borang Maklumat Kerjaya Alumni KMPk.

Ayuh sebarkan borang ini kepada yang lain.

Link: https://forms.gle/vTY3CHBfkfdsXx1Y8

Subscribe channel Youtube Alumni KMPk https://youtube.com/user/MrAlumnikmpk

#kmpkdihatiku
#teamrindukmpk
sesiapa yang ada link Kemasukan UiTM boleh pm saya untk spread the link.. @halatujupendidikan
Forwarded from STUDENT CONFESSION via @like
al-kisah.. kawan sekolah kau yang lama dah tak contact.. akan selalu contact koranh suruh save number sbb nk suruh kite tgok status dia.. hahahah.. rupanyaยฒ dia adalah ejen jojojar dan marrykau ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
๐Ÿ‘
Assalamualaikum dan Salam sejahtera saya ADMIN group ALUMNI Matrikulasi se-Malaysia ingin mengumpulkan data tentang bagaimana keputusan PSPM 1&2 mempengaruhi keputusan Program Ijazah Sarjana Muda

Kajian ini adalah untuk membantu pelajar Matrikulasi sesi 20/21 yang bakal melanjutkan Pelajaran ke Universiti.

Jasa baik para Alumni sekalian amatlah Kami hargai.

Minta jasa baik Para Alumni semua untuk isi.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Alumni Matrikulasi Se-Malaysia๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
https://forms.gle/n2qMSCT13Anqiv2bA
hai. Admin harap Pelajar para alumni matrikulasi dapat meluangkan masa mengisi borang ini sebab sekarang Student matrik 20/21 sedang memilih jurusan degree. Jadi google form ini akan membantu mereka sedikit.
ada tak students yang ambik Biomedical Sc/ Bioperubatan/Biomedic dkt uni

boleh tak share tentang course awak ?
pm @halatujupendidikan
SEDIH ๐Ÿ˜ญ