Muhammad Izzat Farhan & Cikgu AL
587 subscribers
4.98K photos
276 videos
1 file
2.22K links
Channel Telegram rasmi saya untuk share tip, panduan, motivasi & info terkini tentang emas, kewangan dan bisnes.

Muhammad Izzat Farhan
Master Dealer Public gold di bawah mentor Tuan Zulkifli Syafie.

PG00129887
https://pg2u.my/Izzat
Download Telegram
๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐Ÿ”ฅ

๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ก, ๐—›๐—”๐—ฃ๐—จ๐—ฆ ๐—›๐—จ๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ ๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆโ€ผ๏ธ

Duit yang banyak boleh jadi sedikit tanpa ilmu. Duit yang sedikit boleh jadi banyak dengan ilmu emas dan kewangan.

Jangan lepaskan peluang hadir ke ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ (๐— ๐Ÿญ๐—๐—ฃ) yang akan diadakan pada:

๐Ÿ“… 17 Oktober 2026 | Sabtu
โฐ 9:30 pagi โ€“ 12:30 tengah hari
๐Ÿ“ Dewan Ilmuwan, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu

โš ๏ธ Terhad kepada 200 peserta sahaja.

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang sebelum terlepas!

๐Ÿ”— Link pendaftaran dealer:
https://pg2u.my/app/page/m1jp-terengganu

๐Ÿ”— Link pendaftaran peserta:
https://pg2u.my/app/event/reg/1098/

#M1JP
#MisiUbahHidup1000Keluarga
Siapa berminat nak belajar cara jana pendapatan pasif RM5,000 - RM10,000 sebulan (dalam masa 24 bulan dari sekarang) sambil simpan emas, saya recommend join program ni.

Belajar terus daripada speaker yang dah proven success.

Register segera di link ni. Saya suggest ambil Combo PLT + NDO (purple).

Register ๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://g100.my/plt/
โ€œUmur 46 tahun, baru dapat kesedaran untuk menyimpan emas.โ€

Tak mengapa.

Tak pernah terlambat untuk mula menyimpan emas. Sebaik sahaja kita sedar tentang kepentingan menyimpan, terus ambil tindakan. Jangan tunggu sampai ada duit lebih, sebab duit lebih itu belum tentu ada.

Bayangkan, kita dah bekerja bertahun-tahun. Gaji masuk setiap bulan, tetapi simpanan masih belum cukup RM1,000.

Dana kecemasan untuk menampung perbelanjaan selama 3 bulan pun masih belum tersedia.
Kenapa jadi macam ni?

โŒ Simpan sikit-sikit, tapi sampai bertahun-tahun masih tak banyak.
โŒ Simpan awal bulan, hujung bulan terpaksa keluarkan semula.
โŒ Setiap bulan berazam nak menyimpan, tetapi akhirnya ulang perkara yang sama.
Masalahnya mungkin bukan sebab kita tak cukup duit. Tetapi cara kita menyimpan perlu diubah.
Kalau kita terus mengulangi cara yang sama, jangan terkejut apabila hasilnya juga masih sama.

UBAH KAEDAH, UBAH CARA!

Cuba tukar sebahagian simpanan tunai kepada simpanan emas.
Konsepnya mudah.

Kita tetap menyimpan duit hasil titik peluh sendiri, cuma sebahagiannya ditukarkan kepada aset emas supaya kita lebih berdisiplin untuk menyimpan bagi matlamat jangka panjang.
Contohnya, mulakan dengan sasaran #1Gram1Bulan.

๐ŸŽฏ Sebulan: 1 gram
๐ŸŽฏ Setahun: Sasaran 12 gram

Tak perlu tunggu kaya untuk mula menyimpan. Mulakan ikut kemampuan, kemudian bina tabiat secara konsisten.

Hari ini, bersama Public Gold, kita boleh mula menyimpan emas melalui akaun GAP serendah RM100.

Tak perlu tunggu gaji besar. Tak perlu tunggu umur 50 tahun.


Yang penting, mula hari ini. Biar sedikit, asalkan kita sedang membina simpanan untuk masa depan. ๐Ÿ’ช
GILIRAN HAJI MUNGKIN MASIH JAUH, TAPI USAHA JANGAN PERNAH BERHENTI.

Ada impian yang tak mampu kita capai dalam sekelip mata. Perlu masa, kesabaran dan usaha yang berterusan.

Begitulah kisah inspirasi Pn. NoraNajiha Rosli.

Beliau memilih untuk mengumpul emas sedikit demi sedikit. Bukan terus banyak, tetapi konsisten menyimpan mengikut kemampuan.

Alhamdulillah, daripada 32 gram emas yang dikumpul, akhirnya simpanan tersebut menjadi salah satu ikhtiar untuk mencukupkan dana haji bagi Tabung Istitoah.

Ini hasil perjalanan simpanan emas beliau:

Modal asal: RM10,525
Hasil jualan emas: RM18,000
Perbezaan nilai: RM7,475
Peningkatan nilai: sekitar 71%

Bayangkan, simpanan yang dikumpul sedikit demi sedikit akhirnya dapat membantu merealisasikan satu impian yang sangat besar, menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

Inilah yang saya selalu kongsikan kepada penyimpan emas.

Tak perlu tunggu ada duit banyak.
Tak perlu tunggu kewangan sempurna.
Mulakan dengan kemampuan yang ada, kemudian bina disiplin untuk terus menyimpan.

Kerana kadangkala, sesuatu yang kita simpan hari ini, itulah yang bakal membantu kita capai matlamat kewangan kita pada masa yang akan datang.

Kalau kita ada impian besar, jangan hanya berdoa. Mulakan juga usaha untuk mencapainya.

Mudah-mudahan suatu hari nanti, giliran kita pula menjadi tetamu Allah.
Anak muda usia 21 tahun, berjaya kumpul simpanan 42g emas..

Fuh, Dasyat!!

Ini testimoni salah seorang anak muda di bawah bimbingan saya, Encik Iman.

42 Gram emas hari ini sekitar RM25,000++

Di saat anak muda lain fikir tentang Iphone 18, fikir tentang membeli itu dan itu, Encik Iman konsisten membina kekayaan dan tambah simpanan sehingga saving 5 angka hari ini.

Ini adalah sangat luar biasa bagi majority anak muda di luar sana, nak ada saving yang banyak di usia 20-an.

Saya terbayangkan berapa banyak simpanan beliau di saat berada di umur 30 tahun nanti kalau.

Bagi anak muda yang mana dah buat saving, tapi tiada hasil, saving sikit-sikit, lama-lama masih sedikit.

Boleh cuba contohi Encik Iman untuk tukarkan simpanan kepada simpanan emas, Inn Shaa Allah lebih selamat dan bertahun dari keborosan.

#inspirasi
Bila circle berubah, minat berubah

Long-long time ago, saya memang bukan kaki baca buku, buku bahasa melayu pun tak baca, apatah lagi buku orang puteh.

Nak ada buku di tangan pun susah, inikan pula nak spent masa membaca.

Tapi bila tukar circle, berada dalam circle yang sangat mahal, dipenuhi oleh orang-orang hebat, yang suka membaca, sampai saya jadi terikut-ikut sekali walaupun asalnya bukan jiwa saya.

Tahun pertama jadi dealer Public Gold, rasanya saya dah khatam lebih 10 buah buku tentang emas dan kewangan, alhamdulilah..

Pergi ke mana-mana, dalam beg mesti ada sebuah buku, tinggal nak buka dan baca sahaja.

inilah didikan mahal dari Mentor saya, Tn Mohd Zulkifli Shafie mengubah mindset circle G100 kepada mindset yang tekankan ilmu dan minat membaca.

Bila dah circle yang betul, hidup kita tanpa berubah tanpa sedar dan tak perlu di paksa-paksa.
Pencen bukan soal umur. Tapi kedudukan kewangan. Kalau kewangan kita baik, umur 30-an pun dah boleh pencen. Tapi kalau kewangan teruk, umur 60 tahun pun masih kena kerja untuk teruskan hidup.

Jadi masa umur masih muda, masa masih ada lagi, fokus cukupkan tabungan, tutup hutang dan bina harta. Berpada-padalah kalau nak bermewah selagi tahap kewangan masih lagi "kais sebulan makan sebulan".

Sebab kalau dah tak mampu 'kais', yang masih berbaki dengan kita ialah apa yang kita tabungkan selama mana kita masih ada gaji.

Mudah-mudahan kisah-kisah sedih begini jadi iktibar buat kita semua. InsyaAllah...
#TipKewanganPeribadi

Kredit Tuan Mohd Zulkifli Shafie
BARU BELI EMAS, KENAPA NILAI JUAL BALIK LEBIH RENDAH? RUGI KE?

Bayangkan kita baru beli 100 gram emas hari ini.

Bila tengok harga jual balik, ehโ€ฆ kenapa nilainya lebih rendah daripada harga yang kita bayar?

Terus rasa macam rugi, kan?

Sebenarnya, keadaan ini berkait dengan apa yang dipanggil sebagai SPREAD EMAS.

Spread ialah perbezaan antara harga kita membeli emas dengan harga yang kita boleh jual semula pada waktu yang sama.

Sebab itulah, kalau beli emas hari ini dan terus jual semula pada hari yang sama, biasanya kita akan menerima nilai yang lebih rendah sekitar 7โ„….

Cuma apa yang kita kene faham adalah, emas adalah long term saving, bukan beli hari ini, jual hari ini, atau minggu depan atau tahun depan.

Simpanan emas adalah simpanan min 2-3 tahun ke atas.

Kalau kita flashback harga emas 5 tahun lalu, harga 100 gram emas adalah sekitar RM25,900.

Hari ini, kita nak jual semula emas tersebut dengan harga RM53,627.00.

Adakah kita masih rugi?

Kalau kita hanya melihat spread hari ini, kita nampak seolah-olah rugi.

Tetapi apabila kita melihat perjalanan harga emas dalam tempoh 5 tahun, gambaran keseluruhannya boleh jadi sangat berbeza.

SEBAB ITULAH EMAS LEBIH SESUAI UNTUK SIMPANAN JANGKA PANJANG.

Namun, bagi mereka yang mempunyai matlamat kewangan jangka panjang, emas boleh menjadi salah satu pilihan untuk mempelbagaikan simpanan.

Jangan beli emas dengan niat nak untung esok.

Beli emas untuk membina simpanan sedikit demi sedikit, dengan matlamat yang jelas dan disiplin yang konsisten.

Ingat 3 perkara ini:

โœ… Fahami spread sebelum membeli emas.

โœ… Pilih emas yang sesuai dengan matlamat dan tempoh simpanan kita.

โœ… Simpan emas sebagai penyimpan nilai, bukan "Buy Low, Sell High"

Emas bukan skim cepat kaya. Emas ialah salah satu alat untuk membantu kita membina kekayaan dalam jangka panjang.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kenapa Kena Dapatkan Benchmark Harga Dahulu?

Ketika seminar emas ini diadakan, harga emas RM189 per gram!

Waktu terbaik beli emas ialah 10-30 tahun yang lalu.

Waktu kedua terbaik ialah HARI INI.

Yang dah daftar tapi belum bermula,
Jom mulakan simpanan emas pada harga benchmark harini!

Yang dah bermula, teruskan konsisten menabung untuk dapatkan harga purata emas yang lebih rendah! ๐Ÿ’ช๐Ÿป
๐ŸŸ  Dapatkan inspirasi daripada kisah En Bashir ni yang dulunya terbelengu dengan masalah hutang. Hutang kad kredit saja cecah RM100k dan masuk AKPK.

Lepas beberapa tahun, asbab menabung emas dengan ilmu, beliau bebas masalah hutang, ada tabungan yang kukuh, berjaya beli tanah dan buat 4 buah rumah sewa secara tunai.

Boleh tengok video sharing (13 minit) beliau di link ni.
๐Ÿ‘‰๐Ÿปhttps://www.youtube.com/watch?v=pHrbWO-KpT8
Kita dah penat menangung hutang belajar, pastikan anak rasa sebaliknya.

Sebenarnya, untuk simpanan dana pendidikan anak tak perlu tunggu anak besar baru nak mula menyimpan.

Mula awal. Simpan sedikit. Konsisten.

Bayangkan kalau anda buat begini...

โœ… Simpan RM500 sebulan dalam Akaun Simpanan Emas GAP.

Ibu : RM250
Ayah : RM250

โœ… Dalam setahun, anda berjaya kumpul sekitar 10 gram emas.

โœ… Teruskan dengan disiplin yang sama selama 10 tahun.

Hasilnya?

Anak anda berpotensi memiliki 100 gram emas.

Jika dikira pada harga emas hari ini, nilainya sekitar RM58,800.

Tetapi...

Kalau 10 tahun akan datang harga emas mencecah RM1,000 segram, nilai simpanan itu boleh menjadi sekitar RM100,000.

Itulah kuasa masa + konsisten.

Sedikit demi sedikit yang disimpan hari ini, mampu menjadi dana pendidikan yang besar pada masa hadapan.

Mungkin bukan untuk menampung keseluruhan kos pengajian, tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dan mengurangkan kebergantungan kepada hutang pendidikan.

Anak tak perlukan ibu bapa yang kaya.
Anak perlukan ibu bapa yang merancang kewangan mereka lebih awal.

Kalau anda belum mulakan tabungan emas untuk anak, hari ini adalah masa yang terbaik.

Tak perlu tunggu ada ribuan ringgit.

Dengan serendah RM100, anda sudah boleh mula membina dana pendidikan anak melalui Akaun Simpanan Emas GAP.
6 Teknik Mudah Menabung

Pernah tak kita berazam nak menyimpan setiap bulan, tapi bila hujung bulan tibaโ€ฆ duit entah ke mana?

Bukan tak ada niat nak menyimpan. Kadang-kadang kita cuma belum jumpa cara yang sesuai dengan diri sendiri.

Jom cuba 6 teknik menabung yang boleh kita praktikkan!

1. Teknik Tabung Berwarna

Pilih satu warna duit untuk dijadikan duit simpanan. Contohnya, setiap kali dapat duit RM5 berwarna hijau, asingkan terus ke dalam tabung.

Pilih satu warna sahaja ya. Jangan semua warna nak simpan, nanti sebelum sempat kaya, pokai dulu kita!

2. Teknik Simpan Tanpa Sedar

Ini antara cara paling mudah!

Tetapkan arahan pindahan automatik setiap kali gaji masuk. Boleh pertimbangkan simpanan ke ASB atau Tabung Haji mengikut kesesuaian.

Kalau duit dah diasingkan awal-awal, kita tak sempat nak tergoda menggunakannya.

Prinsipnya mudah: Simpan dahulu, baki barulah belanja.

3. Teknik Paksa Rela

Ada orang memang susah nak menyimpan kalau tiada komitmen.

Sebab itu, ada yang memilih pembiayaan ASB sebagai salah satu cara membina aset. Tetapi ingat, pembiayaan tetap melibatkan hutang, kos dan komitmen bulanan.

Pastikan faham risikonya dan benar-benar mampu membayar. Jangan sampai niat nak kaya, tidur malam pula tak lena!

4. Teknik Minta Bantuan Pasangan

Kalau diri sendiri selalu terlupa menyimpan, apa kata minta pasangan jadi pengingat?

โ€œSayang, bulan ni duit tabung nak beli rumah dah simpan belum?โ€

Kalau pasangan rajin mengingatkan, kita pula kena rajin melaksanakan. Jangan rajin mengangguk sahaja!

5. Teknik โ€˜Rom pakโ€™ Dompet Sendiri

Setiap kali sampai pejabat, cuba asingkan RM10 atau RM20 untuk simpanan.

Nampak kecil, tetapi kalau dibuat secara konsisten, jumlahnya boleh menjadi besar.

Contohnya, RM10 sehari selama 20 hari bekerja bersamaan RM200 sebulan.

Setahun boleh kumpul RM2,400, belum termasuk apa-apa pulangan. Boleh tahan juga, kan?

6. Teknik Simpan Emas Melalui GAP

Kalau nak bina simpanan jangka panjang, boleh pertimbangkan untuk memperuntukkan RM100 setiap bulan bagi membeli emas melalui akaun GAP Public Gold.

Bila gaji masuk, terus asingkan bahagian simpanan. Jangan tunggu duit lebih, sebab kadang-kadang duit lebih itu memang tak pernah muncul!

Emas juga mempunyai turun naik harga dan perbezaan harga beli-jual. Jadi, fahami cara pengeluaran serta kos berkaitan dan gunakan wang yang tidak diperlukan dalam masa terdekat.

Kesimpulannyaโ€ฆ

Sebenarnya, banyak cara untuk menyimpan. Tak semestinya kena bermula dengan jumlah yang besar.

Yang penting, pilih satu cara yang sesuai, tetapkan sasaran dan buat secara konsisten.

Jangan tunggu gaji besar baru nak menyimpan. Mulakan dengan apa yang ada hari ini.

Ingat, bukan berapa besar kita bermula, tetapi berapa lama kita mampu istiqamah.

Dan satu lagi gadis suka lelaki yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan hati mereka.

Bukan sekali mencuba, tak berjaya, terus mengalah!

Bab menyimpan pun sama. Jangan gagal sekali, terus berhenti!
๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐€๐˜๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐„๐Œ๐€๐’ (๐’๐Š๐ƒ๐„)

Esok 24 Oktober 2026 #G100 akan mengadakan Seminar Kaya Dengan Emas (SKDE) di seluruh negara.

GAC SUNGAI PETANI

PUBLIC GOLD BRANCH, MELAKA

G100 ACADEMY, KULAI JOHOR

TAMAN ILMU, KLUANG JOHOR

BILIK EUREKA UMSKAL, LABUAN

PUBLIC GOLD BRANCH, KUANTAN

PUBLIC GOLD BRANCH, KUALA TERENGGANU

PUBLIC GOLD BRANCH, TAWAU, SABAH

PUBLIC GOLD BRANCH, RELAU

PUBLIC GOLD BRANCH MIRI

PUBLIC GOLD BRANCH SEREMBAN

BILIK SEMINAR UTC KANGAR, PERLIS

PUBLIC GOLD BRANCH IPOH, PERAK

HOTEL MEDAN BETONG, SARAWAK

PUBLIC GOLD BRANCH, KUCHING SARAWAK

LI HUA HOTEL BINTULU
(TERMINAL BAS MEDAN)

Belajar cara mengukuhkan kewangan dengan simpanan emas, sekaligus mencapai #FinancialFreedom sambil menabung emas bersama #PublicGold.

Ambil peluang untuk tanya apa sahaja persoalan tentang emas dan Public Gold kepada speaker.

Ajak ahli keluarga dan kawan-kawan untuk hadir sekali. โ€œBukan emas yang menjadikan kita kaya, tapi ilmu...โ€

Sila datang awal untuk dapatkan seat selesa.
๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—๐—จ๐— ๐—ฃ๐—” ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”, ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ

Tadi masa kemas laci, saya terjumpa satu resit lama, resit belian emas Public Gold bertarikh 11 April 2018.

Masa tu harga emas cuma RM183/gram ๐Ÿ˜ฑ

Belian RM100 pun dah boleh dapat 0.5464 gram dalam akaun GAP.

Saya tersenyum sendiri ๐Ÿ˜Œ
Siapa sangka, 8 tahun lebih berlalu, harga emas hari ini dah cecah RM587/gram.
Dan tahu tak, tahun ni harga tertinggi yang pernah direkodkan ialah RM764/gram (January 2026).

Bayangkan, daripada RM183 ke RM587, itulah bukti kukuh betapa emas ni tak pernah mengecewakan sesiapa yang sabar menyimpannya ๐Ÿ˜Š

Sebab itu Mentor saya selalu pesan,
harga emas memang akan turun naik dalam jangka pendek,
tapi untuk jangka panjang, InsyaAllah nilainya tetap naik.

Kalau dulu nak beli kena ke cawangan, sekarang semuanya boleh online saja.
Dari mana pun, bila-bila masa pun, kita boleh tambah simpanan emas dengan mudah.

Yang penting, teruskan menyimpan, walaupun sedikit.
Sebab hari ini mungkin nampak kecil, tapi 5โ€“10 tahun akan datang, nilainya boleh buat kita tersenyum besar ๐Ÿ˜Š

Kredit Tn Mohd Safix Ahmad