Muhammad Izzat Farhan & Cikgu AL
587 subscribers
4.98K photos
276 videos
1 file
2.22K links
Channel Telegram rasmi saya untuk share tip, panduan, motivasi & info terkini tentang emas, kewangan dan bisnes.

Muhammad Izzat Farhan
Master Dealer Public gold di bawah mentor Tuan Zulkifli Syafie.

PG00129887
https://pg2u.my/Izzat
Download Telegram
6 Teknik Mudah Menabung

Pernah tak kita berazam nak menyimpan setiap bulan, tapi bila hujung bulan tiba… duit entah ke mana?

Bukan tak ada niat nak menyimpan. Kadang-kadang kita cuma belum jumpa cara yang sesuai dengan diri sendiri.

Jom cuba 6 teknik menabung yang boleh kita praktikkan!

1. Teknik Tabung Berwarna

Pilih satu warna duit untuk dijadikan duit simpanan. Contohnya, setiap kali dapat duit RM5 berwarna hijau, asingkan terus ke dalam tabung.

Pilih satu warna sahaja ya. Jangan semua warna nak simpan, nanti sebelum sempat kaya, pokai dulu kita!

2. Teknik Simpan Tanpa Sedar

Ini antara cara paling mudah!

Tetapkan arahan pindahan automatik setiap kali gaji masuk. Boleh pertimbangkan simpanan ke ASB atau Tabung Haji mengikut kesesuaian.

Kalau duit dah diasingkan awal-awal, kita tak sempat nak tergoda menggunakannya.

Prinsipnya mudah: Simpan dahulu, baki barulah belanja.

3. Teknik Paksa Rela

Ada orang memang susah nak menyimpan kalau tiada komitmen.

Sebab itu, ada yang memilih pembiayaan ASB sebagai salah satu cara membina aset. Tetapi ingat, pembiayaan tetap melibatkan hutang, kos dan komitmen bulanan.

Pastikan faham risikonya dan benar-benar mampu membayar. Jangan sampai niat nak kaya, tidur malam pula tak lena!

4. Teknik Minta Bantuan Pasangan

Kalau diri sendiri selalu terlupa menyimpan, apa kata minta pasangan jadi pengingat?

“Sayang, bulan ni duit tabung nak beli rumah dah simpan belum?”

Kalau pasangan rajin mengingatkan, kita pula kena rajin melaksanakan. Jangan rajin mengangguk sahaja!

5. Teknik ‘Rom pak’ Dompet Sendiri

Setiap kali sampai pejabat, cuba asingkan RM10 atau RM20 untuk simpanan.

Nampak kecil, tetapi kalau dibuat secara konsisten, jumlahnya boleh menjadi besar.

Contohnya, RM10 sehari selama 20 hari bekerja bersamaan RM200 sebulan.

Setahun boleh kumpul RM2,400, belum termasuk apa-apa pulangan. Boleh tahan juga, kan?

6. Teknik Simpan Emas Melalui GAP

Kalau nak bina simpanan jangka panjang, boleh pertimbangkan untuk memperuntukkan RM100 setiap bulan bagi membeli emas melalui akaun GAP Public Gold.

Bila gaji masuk, terus asingkan bahagian simpanan. Jangan tunggu duit lebih, sebab kadang-kadang duit lebih itu memang tak pernah muncul!

Emas juga mempunyai turun naik harga dan perbezaan harga beli-jual. Jadi, fahami cara pengeluaran serta kos berkaitan dan gunakan wang yang tidak diperlukan dalam masa terdekat.

Kesimpulannya…

Sebenarnya, banyak cara untuk menyimpan. Tak semestinya kena bermula dengan jumlah yang besar.

Yang penting, pilih satu cara yang sesuai, tetapkan sasaran dan buat secara konsisten.

Jangan tunggu gaji besar baru nak menyimpan. Mulakan dengan apa yang ada hari ini.

Ingat, bukan berapa besar kita bermula, tetapi berapa lama kita mampu istiqamah.

Dan satu lagi gadis suka lelaki yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan hati mereka.

Bukan sekali mencuba, tak berjaya, terus mengalah!

Bab menyimpan pun sama. Jangan gagal sekali, terus berhenti!
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐄𝐌𝐀𝐒 (𝐒𝐊𝐃𝐄)

Esok 24 Oktober 2026 #G100 akan mengadakan Seminar Kaya Dengan Emas (SKDE) di seluruh negara.

GAC SUNGAI PETANI

PUBLIC GOLD BRANCH, MELAKA

G100 ACADEMY, KULAI JOHOR

TAMAN ILMU, KLUANG JOHOR

BILIK EUREKA UMSKAL, LABUAN

PUBLIC GOLD BRANCH, KUANTAN

PUBLIC GOLD BRANCH, KUALA TERENGGANU

PUBLIC GOLD BRANCH, TAWAU, SABAH

PUBLIC GOLD BRANCH, RELAU

PUBLIC GOLD BRANCH MIRI

PUBLIC GOLD BRANCH SEREMBAN

BILIK SEMINAR UTC KANGAR, PERLIS

PUBLIC GOLD BRANCH IPOH, PERAK

HOTEL MEDAN BETONG, SARAWAK

PUBLIC GOLD BRANCH, KUCHING SARAWAK

LI HUA HOTEL BINTULU
(TERMINAL BAS MEDAN)

Belajar cara mengukuhkan kewangan dengan simpanan emas, sekaligus mencapai #FinancialFreedom sambil menabung emas bersama #PublicGold.

Ambil peluang untuk tanya apa sahaja persoalan tentang emas dan Public Gold kepada speaker.

Ajak ahli keluarga dan kawan-kawan untuk hadir sekali. “Bukan emas yang menjadikan kita kaya, tapi ilmu...”

Sila datang awal untuk dapatkan seat selesa.
𝗧𝗘𝗥𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗧 𝗟𝗔𝗠𝗔, 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

Tadi masa kemas laci, saya terjumpa satu resit lama, resit belian emas Public Gold bertarikh 11 April 2018.

Masa tu harga emas cuma RM183/gram 😱

Belian RM100 pun dah boleh dapat 0.5464 gram dalam akaun GAP.

Saya tersenyum sendiri 😌
Siapa sangka, 8 tahun lebih berlalu, harga emas hari ini dah cecah RM587/gram.
Dan tahu tak, tahun ni harga tertinggi yang pernah direkodkan ialah RM764/gram (January 2026).

Bayangkan, daripada RM183 ke RM587, itulah bukti kukuh betapa emas ni tak pernah mengecewakan sesiapa yang sabar menyimpannya 😊

Sebab itu Mentor saya selalu pesan,
harga emas memang akan turun naik dalam jangka pendek,
tapi untuk jangka panjang, InsyaAllah nilainya tetap naik.

Kalau dulu nak beli kena ke cawangan, sekarang semuanya boleh online saja.
Dari mana pun, bila-bila masa pun, kita boleh tambah simpanan emas dengan mudah.

Yang penting, teruskan menyimpan, walaupun sedikit.
Sebab hari ini mungkin nampak kecil, tapi 5–10 tahun akan datang, nilainya boleh buat kita tersenyum besar 😊

Kredit Tn Mohd Safix Ahmad
🪔 𝟏𝐠 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐆𝐎𝐋𝐃 𝐁𝐀𝐑 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍! 💛

𝘊𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘪𝘵𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘢𝘴𝘢𝘯𝘢,
𝘬𝘪𝘭𝘢𝘶𝘢𝘯 𝘦𝘮𝘢𝘴 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘱𝘦𝘴𝘰𝘯𝘢.
𝘋𝘦𝘦𝘱𝘢𝘷𝘢𝘭𝘪 𝘥𝘪𝘳𝘢𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢,
𝘩𝘢𝘥𝘪𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘬𝘯𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘪𝘬𝘢𝘵 𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢.

✨ Memperkenalkan 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐜 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝟏𝐠 𝐃𝐞𝐞𝐩𝐚𝐯𝐚𝐥𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐁𝐚𝐫 (𝐀𝐮 𝟗𝟗𝟗.𝟗)!
Diinspirasikan daripada keindahan pelita tradisional, emas berbentuk diya ini meraikan cahaya, kasih sayang dan kebersamaan. Koleksi istimewa untuk diri sendiri atau pemberian penuh makna buat insan tersayang. 🪔💛

🔥 Edisi terhad — hanya 𝟏𝟎,𝟎𝟎𝟎 unit di seluruh dunia!
📌 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐆𝐀𝐏: 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈, 𝟐𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐦𝐮𝐥𝐚𝐢 𝐣𝐚𝐦 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢.

✨ Top up GAP sekarang dan jadikan 𝟏𝒈 𝑫𝒆𝒆𝒑𝒂𝒗𝒂𝒍𝒊 𝑮𝒐𝒍𝒅 𝑩𝒂𝒓 sebahagian daripada koleksi emas anda.

💛 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒉 𝒄𝒂𝒉𝒂𝒚𝒂. 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒉 𝒎𝒂𝒌𝒏𝒂.
𝗧𝗘𝗥𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗧 𝗟𝗔𝗠𝗔, 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

Tadi masa kemas laci, saya terjumpa satu resit lama, resit belian emas Public Gold bertarikh 11 April 2018.

Masa tu harga emas cuma RM183/gram 😱

Belian RM100 pun dah boleh dapat 0.5464 gram dalam akaun GAP.

Saya tersenyum sendiri 😌
Siapa sangka, 8 tahun lebih berlalu, harga emas hari ini dah cecah RM587/gram.
Dan tahu tak, tahun ni harga tertinggi yang pernah direkodkan ialah RM764/gram (January 2026).

Bayangkan, daripada RM183 ke RM587, itulah bukti kukuh betapa emas ni tak pernah mengecewakan sesiapa yang sabar menyimpannya 😊

Sebab itu Mentor saya selalu pesan,
harga emas memang akan turun naik dalam jangka pendek,
tapi untuk jangka panjang, InsyaAllah nilainya tetap naik.

Kalau dulu nak beli kena ke cawangan, sekarang semuanya boleh online saja.
Dari mana pun, bila-bila masa pun, kita boleh tambah simpanan emas dengan mudah.

Yang penting, teruskan menyimpan, walaupun sedikit.
Sebab hari ini mungkin nampak kecil, tapi 5–10 tahun akan datang, nilainya boleh buat kita tersenyum besar 😊

Kredit Tn Mohd Safix Ahmad
𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐑𝐌𝟏,𝟎𝟎𝟎, 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐑𝐌𝟖𝟎𝟎 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧. 𝐑𝐮𝐩𝐚𝐧𝐲𝐚, 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐌𝐢𝐬𝐬 𝐀𝐥𝐢𝐜𝐞 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐞𝐧𝐭𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚.

13 tahun bekerja dalam bidang F&B, dengan gaji RM1,000 sebulan, Miss Alice mampu menyimpan RM500 hingga RM800 setiap bulan.

Bayangkan, dengan gaji yang tak besar, beliau tetap berusaha untuk menyimpan. Sampailah satu masa, beliau dikurniakan anak yang memerlukan perhatian kesihatan. Disebabkan perlu berulang-alik ke hospital, Miss Alice terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak.

Sepanjang 8 tahun menjadi suri rumah, mereka masih mampu meneruskan kehidupan kerana ada simpanan yang dikumpulkan ketika bekerja dahulu. Waktu itu, beliau belum mengenali emas pun.

Betul apa yang mentor selalu pesan. Jaminan bagi seseorang yang makan gaji hanya ada dua, sama ada dia diberhentikan kerja atau dia sendiri berhenti kerja.

Bila anak semakin besar, pada usia 47 tahun, Miss Alice mula mengenali Public Gold melalui TikTok. Dari situ, beliau mula menyimpan emas pula untuk mempelbagaikan simpanan supaya kewangan keluarga lebih kukuh. Terus upgrade dari customer biasa kepada dealer dan unlock income 5 angka dengan public gold setiap bulan.

MasyaaAllah, betapa luasnya peluang dalam bisnes Public Gold!

Kita bantu orang bina simpanan emas untuk jangka panjang, bantu mereka menjaga nilai simpanan daripada inflasi, dan dalam masa yang sama kita juga berpeluang menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga. ❤️

#seminarkayadenganemas
GOLDBAR vs DINAR EMAS — APA BEZANYA?

Ada yang suka simpan goldbar. Ada yang lebih tertarik dengan dinar emas.

Tapi tahukah anda, apa sebenarnya perbezaan antara kedua-duanya?

Jom kita tengok 3 perbezaan goldbar dan dinar emas! 👇

1️⃣ BENTUK

Goldbar (jongkong emas) — Biasanya berbentuk segi empat tepat.

Dinar emas — Berbentuk bulat seperti syiling.

2️⃣ BERAT EMAS

Goldbar biasanya ditawarkan dalam pelbagai berat seperti 1g, 5g, 10g dan 20g.

Manakala dinar emas mempunyai denominasi tertentu, antaranya:

🔸 1 dinar = 4.25g
🔸 5 dinar = 21.25g
🔸 10 dinar = 42.5g

3️⃣ SEJARAH PENGGUNAAN

Dinar emas mempunyai sejarah penggunaan sebagai mata wang sejak zaman dahulu.

Goldbar pula lebih dikenali sebagai jongkong emas untuk simpanan dan pelaburan.

JADI, MANA SATU LEBIH BAIK UNTUK SIMPANAN?

Sebenarnya, kedua-duanya boleh menjadi pilihan untuk menyimpan emas!

Nak simpan goldbar boleh, nak simpan dinar pun boleh. Nak kumpul kedua-duanya sekali pun tiada masalah!

Paling penting, mulakan simpanan mengikut kemampuan dan konsisten menambah gram emas dari semasa ke semasa.
Seronoknya tengok harga emas harini!

Semalam saya berjaya bantu 5 orang pertama mulakan simpanan emas, harini special sikit sempena harga emas turun ni!

Saya nak bantu 15 orang terawal untuk simpan emas minima RM100. Cepat tau harga emas tak turun lama. Dah ready terus whatsapp saya

Jom bermula! http://www.wasap.my/601133402560/NakBukaAkaunEmastele
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berita baik untuk sesiapa yang baru nak bermula atau dah bermula !!

https://vt.tiktok.com/ZSgcx17Ys/
Hari terakhir bulan Oktober!

Harga emas tengah rendah hari ni. 😍
Apa kata ambil peluang tambah sikit gram untuk simpanan?

Tak perlu banyak, ikut kemampuan masing-masing. Yang penting konsisten!

1 GRAM SEBULAN, 10 GRAM SETAHUN! ❤️

Jom tutup Oktober dengan tambahkan simpanan emas! ✨

Nak mula simpan emas?

Boleh rujuk di sini untuk bermula: 📌 https://pg2u.my/izzat/cara-bermula
Ada orang (bukan saya) cakap:

Kalau nak beli emas, beli masa harganya rendah.

Namunnn….

Kalaulah dia boleh bagitau berapa RM harga rendah, tarikh dan masa kejadian tu akan berlaku maka senanglah hidup pembaca dia.

Sebab setahu saya, takde orang yang tahu benda tu.

Kalau dia ada ilmu tu, dia dah jadi multi millionaire dalam bidang emas dan dia tak perlu susah payah buat bisnes lain.

Sebab itulah, kita orang biasa-biasa nie kena pakai formula yang biasa.

1. Think long term dan beli secara konsisten. Janji gram bertambah.

2. Kalau tahu basic support, resistance, momentum, MACD baguslah.

3. Kalau rasa nak belajar chart pattern pun bagus. Tapi itu level atas sikit lah.

Yang pasti, orang yang boleh konsisten dengan emas, InsyaAllah akan menang.

Ps: Ini adalah perkongsian dari saya yang start tahun 2008, waktu emas RM96 segram.

Jadi, walaupun sekarang harga emas turun dari Mac 2026, ia takkan sampai RM96 segram.

RM96 segram adalah harga kenangan untuk saya 🥳

Sekian.

#NotaEmasSyukorHashim
AWAS: POSTER PALSU

Tuan puan, ada poster "Kenyataan Rasmi" kononnya daripada Amanie Advisors yang sedang tular hari ini.

Saya nak tegaskan, poster ini PALSU. Jangan percaya dan jangan kongsi.

Kenapa ia di katakan palsu?

1. Ejaan nama salah
Nama beliau dieja "Bakarr" dengan dua huruf R. Nama sebenar ialah Bakar. Takkan sebuah syarikat salah eja nama pengerusinya sendiri dalam kenyataan rasmi.

2. Gelaran salah
Poster menulis "Datuk Dr. Mohd Daud Bakar". Sedangkan gelaran beliau sekarang ialah Tan Sri. Kenyataan rasmi pasti menggunakan gelaran yang betul.

3. Kenyataan rasmi tidak dikeluarkan dalam poster AI dan pada hari Ahad.
Kenyataan rasmi ada format khasnya sendiri, dan akan diumumkan melalui saluran media rasmi syarikat. Bukan poster berwarna-warni yang nampak jelas dijana AI dan hanya tersebar di media sosial.

Kenyataan rasmi tidak akan ada ejaan salah, tidak akan ada gelaran salah, dan pasti diumumkan melalui saluran rasmi.

Jika tuan puan terima poster atau berita seperti ini, semak dahulu di saluran rasmi. Atau terus WhatsApp saya, kita semak sama-sama.

Simpan emas dengan ilmu, bukan dengan emosi.

#simpanemasdenganilmu #misiubahhidup1000keluarga