Muhammad Izzat Farhan & Cikgu AL
587 subscribers
4.98K photos
276 videos
1 file
2.23K links
Channel Telegram rasmi saya untuk share tip, panduan, motivasi & info terkini tentang emas, kewangan dan bisnes.

Muhammad Izzat Farhan
Master Dealer Public gold di bawah mentor Tuan Zulkifli Syafie.

PG00129887
https://pg2u.my/Izzat
Download Telegram
Set autodebit GAP ni memang strategi bijak untuk:

✅ Disiplinkan diri simpan emas bulanan walaupun serendah RM100.
✅ Tak perlu risau harga emas naik turun – tetap simpan ikut bajet.
✅ Tak ada penalti kalau akaun tak cukup – PG cuma skip bulan tu je.
✅ Statement GAP boleh jadi sokongan kalau nak beli rumah/hartanah nanti
✅ Bila konsisten, gram makin bertambah tanpa sedar

Lagi satu, bila set autodebit — tanda kita serius bina simpanan jangka panjang

Kalau dah masuk gaji, boleh je terus set.

Boleh ikut tutorial di bawah untuk aktifkan auto-debit GAP:
👉 https://www.publicgoldofficial.com/izzat/gap-autodebit
TABUNG KERETA 🚗

Semalam baru je balik dari NDO Nadi Tunggal Kuala Terengganu, tengah sedap bawa kereta…
tiba-tiba aircond buat hal. ❌

Sekejap ada, sekejap tak ada.
Lepas lama jalan, okay balik.
Berhenti kejap — rosak balik.

Hati mula tak sedap.
Bukan sebab panas je, tapi sebab fikir apa lagi nak rosak lepas ni.

Hari ni pergi check.
Rupanya blower motor rosak.

Inilah yang orang selalu terlepas pandang.
Ramai fikir bila ada kereta, komitmen cuma ansuran bulanan.
Padahal kos bela kereta ni… lagi menyakitkan kepala.

Haritu aircond bocor.
Hari ni blower motor pula.
Entah esok apa lagi.

Kalau tak ada persediaan, memang auto cemas.
➡️ Esok nak gerak balik Kelantan
➡️ Minggu depan pula nak ke KL untuk MDC 9.0

Syukur satu benda, dah ready siap-siap TABUNG SINKING FUND khas untuk kereta.

Bila jadi benda macam ni,
tak perlu korek simpanan lain,
tak perlu hutang,
tak perlu stres berpanjangan.

Terus guna apa yang memang dah disediakan.

Kereta rosak tu biasa.
Yang luar biasa bila kita tak bersedia.

Doakan urusan dipermudahkan,
harap boleh settle cepat-cepat. 🤲
Siapa sangka, hutang PTPTN yang selama ni rasa berat di bahu
Akhirnya selesai lebih awal, asbab simpanan emas.

Tahniah Tuan Che Rosli

Bukan tunggu gaji naik,
bukan tunggu rezeki jatuh dari langit,
tapi mula kumpul emas sedikit demi sedikit dengan satu matlamat jelas:

👉 bebas hutang.
Untuk yang masih ada hutang PTPTN dan rasa macam tak nampak hujungnya,
jangan tunggu “nanti”.

Mula simpan emas hari ini, tetapkan target, dan biar emas bekerja untuk kita.

Bila hutang selesai lebih awal,
duit yang dulu keluar untuk bayaran hutang
kini boleh ditukar jadi tabungan.

Tabungan bertambah✅
aset meningkat ✅
hutang makin berkurang✅

Di situlah rasa tenang mula datang.

Inilah maksud sebenar kaya dengan emas ✨
Bukan kejar untung jangka pendek,
tapi bina kekayaan yang perlahan, konsisten dan berkat.

Emas bukan sekadar simpanan.

Emas adalah alat untuk percepatkan bebas hutang dan ubah masa depan kewangan kita.

InshaAllah. 🤲
Tahun 2016 gold bar 10gram berharga RM1,852
Hari ini hampir RM7,000.

Bezanya bukan pada siapa kaya.
Bezanya pada siapa pilih simpan aset bernilai.

Kalau setiap tahun tukar:
📱 Handphone baru
👜 Bag baru
👗 Baju baru
🚘 Kereta baru

Nilainya makin susut.

Tapi orang yang tukar kepada emas?

Nilainya berkembang ikut masa.

Emas bukan magik.
Ia cuma lindungi kuasa beli dari dirompak inflasi.

Yang kaya emas bukan sebab banyak duit.
Tapi sebab konsisten tukar duit kepada emas.

Harga emas semakin tinggi, jangan takut nak bermula public gold ada menyediakan tabungan emas GAP bermula serendah RM100. Simpan sikit-sikit lama-lama makin banyak gram emas dalam simpanan.

#SimpanEmasDenganIlmu
#publicgoldmalaysia
🌙 Salam Ramadan Al-Mubarak 🌙

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rezeki yang melimpah buat kita semua.

Moga Allah gandakan pahala setiap amal, lapangkan urusan, dan kuatkan istiqamah kita. Bukan sahaja dalam ibadah, tetapi juga dalam mendisiplinkan diri mengurus kewangan dan membina simpanan emas untuk masa depan yang lebih terjamin.

Semoga Ramadan ini menjadi titik perubahan yang lebih baik untuk kita semua. 🤲
Saya nak kongsikan 𝟒 𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬. Saya amalkan 4 tips ini sejak tahun 2015 lagi..

𝟏. 𝐋𝐞𝐭𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐭𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬

✅ Simpanan Emas untuk apa?
👉 Contoh simpan Emas untuk Dana Kecemasan

✅ Berapa gram Emas nak simpan?
👉 Perlukan 100g Emas sebagai Dana Kecemasan

✅ Bila nak capai target simpanan Emas?
👉 Nak capai 100g Emas dalam tempoh 3 tahun

“Hidup tanpa matlamat ibarat kapal yang belayar tanpa nakhoda”

𝟐. ⁠𝐊𝐨𝐧𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐧 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚.

Jika kita nak kumpul 100g Emas dalam tempoh 3 tahun. Bermakna kita perlu 𝐤𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥 𝟑𝐠 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧.

Jadi kita perlu ikat perut, tahan nafsu dan paksa diri untuk konsisten simpan 3g Emas setiap bulan tanpa gagal…

“Tiada perkara mudah untuk berjaya”

𝟑. ⁠𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐄𝐦𝐚𝐬

Kita perlu obses belajar (𝟏) 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐦𝐚𝐬 dan (𝟐) 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐤𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 dengan betul.

Sejak dari Tadika hingga ke Universiti, kita hanya diajar cara cari duit dengan banyak tapi kita tidak pernah diajar 2 ilmu itu.

Kita mesti baca dan faham betul-betul 2 buah buku tulisan Mentor Tn Hj Mohd Zulkifli Shafie keluaran Galeri Ilmu:
✅ Misi Bebas Hutang
✅ Wang Emas Bertahan Ketika Gawat

“Bukan Emas yang buatkan kita kaya tapi ILMU”

𝟒. ⁠𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢 𝐦𝐚𝐭𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧

Jangan jual Emas sebab harga Emas tinggi.
Jangan jual Emas sebab suka-suka.
Jangan jual Emas sebab rumours.
Selagi matlamat simpanan Emas tak tercapai, selagi itu jangan fikir tentang jual Emas walau apa jua keadaan.

Terus jual Emas bila sudah capai matlamat simpanan Emas…

“Kita akan gembira bila matlamat tercapai dengan simpanan Emas”

Dapat sesuatu 🫡 Semoga bermanfaat 👍

Kredit Tn Bashir

Posting asal: https://www.facebook.com/share/p/188nfSypqx/?mibextid=wwXIfr
BUAT PERSEDIAAN AWAL BARU TAK KALUT.
.

Setiap tahun benda sama berlaku…Anak-anak seronok dapat duit raya Ibu ayah pun tumpang gembira.

Tapi lepas seminggu…Mainan bertambah. Jajan bertambah. Duit raya…hilang entah ke mana.

Persoalannya, Kita nak kenangan Raya saja… atau kita nak bina masa depan anak sekali?

Emas boleh bantu Urus Kewangan Keluarga. Dalam pengurusan kewangan keluarga, ada 3 benda penting:

1️⃣ Duit belanja harian.

2️⃣ Simpanan kecemasan.

3️⃣ Aset jangka panjang.

Ramai keluarga berhenti pada nombor 1.

Sebab itu mentor Walid Tuan Haji Mohd Zulkifli Shafie selalu tekankan,

"Simpan dulu, baru belanja. Simpan di tempat yang susah bocor seperti emas."

Emas bantu disiplinkan keluarga kita sebab,

✔️ Tak mudah terguna.

✔️ Nilai lebih stabil jangka panjang.

✔️ Sesuai untuk simpanan pendidikan & masa depan anak.

✔️ Boleh mula dengan jumlah kecil
Platform seperti Public Gold pula ada akaun emas yang boleh dibuka atas nama anak (akaun junior).

Jadi, tahun ni kita buat Strategi Bijak Musim Raya nanti.

Bayangkan buat macam ni,

1️⃣ Anak dapat duit raya.

2️⃣ Alihkan kepada simpanan, TH, ASB dan Emas.

3️⃣ Minima emas RM100 selebihnya boleh diversify ke akaun lain.

10 tahun akan datang…bukan sekadar gambar Raya yang kita simpan.

Tapi aset sebenar untuk anak. Kesan Jangka Panjang Anak belajar 3 perkara,

✅ Nilai duit
✅ Disiplin menyimpan
✅ Faham beza kehendak & keperluan

Dengan strategi awal, Ibu ayah dah mulakan legasi. Raya bukan sekadar baju baru tapi
Raya boleh jadi titik mula bina aset keluarga.

Kita usahakan, Allah tentukan nanti. In shaa Allah.

Kredit : Azinuddin Abdullah
𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗜 𝗚𝗔𝗣

Ibu bapa bijak mulakan langkah tabung pendidikan anak bentuk aset emas 999.

Tukarkan duit raya anak-anak kita kepada emas. Nilai emas yang kekal dalam jangka panjang sangat sesuai untuk tabungan pendidikan anak-anak kita.

Tiba masa nanti, emas tu boleh digunakan untuk menampung pelbagai kos mereka masuk universiti atau kolej nanti.

Emas juga adalah aset kalis inflasi dan sesuai mengikat nilai duit RM daripada kejatuhan nilai dalam jangka panjang.

Walaupun 10 tahun kita menyimpan duit raya anak-anak kita dalam bentuk emas, nilainya dapat membeli barang yang sama masa akan datang.

Mulakan 1gram atau RM100 hari ini.

Kepada ibu bapa yang mahu buat tabungan anak-anak kita kepada emas walaupun dengan hanya RM100, boleh menabung melalui kaedah #AkaunEmasGAP.

Jom tukar duit raya anak-anak kepada simpanan emas!

Nak mula menabung emas dengan ilmu? Jom saya bantu sebaiknya.

http://www.wasap.my/601133402560/nakakaunemasjuniortl
“RM100 dulu penuh troli… sekarang penuh angin.”

Inflasi tak pernah menunggu sesiapa tapi kita masih ada pilihan untuk selamatkan nilai wang kita.

KESAN INFLASI YANG RAMAI TAK SEDAR

Tahun 2000, RM100 boleh beli satu troli penuh.

Tahun 2010, troli dah mula “mengecil”.

Masuk 2025… RM100 cuma mampu isi sekadar cukup-cukup.

Itulah realiti inflasi — musuh senyap yang setiap tahun “makan” kuasa beli duit kita.

Tapi yang menariknya…

Kalau kita simpan emas:
Tahun 2000 → RM100 bersamaan 3 gram
Tahun 2010 → RM100 bersamaan 1 gram
Tahun 2025 → RM100 cuma dapat 0.12 gram

Apa maksudnya?

➡️ Emas naik nilainya sebab duit jatuh nilainya.

➡️ Emas kekalkan kuasa beli, duit tak boleh.

➡️ Siapa simpan emas, dia selamat. Siapa tak simpan… dia bayar harga inflasi.

Emas bukan untuk kaya cepat.
Emas untuk menyelamatkan nilai harta kita daripada dicuri perlahan-lahan oleh inflasi.
Kalau bukan mula sekarang… bila lagi?

Untuk lebih faham dan start menyimpan emas, in shaa Allah saya dan team sudi bantu

Boleh mula di sini :

P/s : Daftar dan buat belian minimum RM100. Support group disediakan untuk belajar lebih banyak ilmu kewangan & emas, in shaa Allah
Sudah tiba!

*Gold bar Hari Raya 2026 dengan design ketupat emas* 🥰

Tahun lepas design ketupat ini sold out.

Istimewa tahun ini, Public Gold bawakan kembali 1g Gold Bar Ketupat Emas 999.9

💛 Rekaan eksklusif anyaman ketupat — simbol syukur, tradisi dan kasih sayang, kini dalam bentuk aset emas fizikal bernilai.

Kenapa pilih Ketupat Emas?

✨ Rekaan unik berbentuk ketupat
✨ Emas tulen 999.9 bernilai sebenar
✨ Hadiah raya bermakna untuk insan tersayang

🔥 Edisi terhad — hanya 10,000 unit seluruh dunia.

Rekaan gold bar yang sentiasa jadi rebutan.

Boleh keluar dari akaun GAP anda.

Top up GAP sekarang!

🚨 Nantikan tarikh pelancaran rasmi Ketupat Emas 2026 🚨
Inilah 1 dinar.
Kalau ada 10 keping, umpama ada 10 ekor kambing yang tak perlu dijaga makan atau minum.

Emas ni simple, simpan jadi harta, jual jadi duit. Lagi lama simpan, lebih untung.

Jom mulakan tabungan emas hari ini! Ada bajet RM100 pun dah boleh mula. Hubungi saya untuk saya guide sebaiknya.

https://www.wasap.my/601133402560/simpanemasTL
📈 Trend Harga Emas Minggu Ini
Trend keseluruhan: NAIK (bullish)

Pergerakan global (anggaran):
• Awal minggu: sekitar USD 2,0xx – 2,1xx/oz
• Tengah minggu: naik perlahan
• Hari ini: capai paras tertinggi minggu ini (3-week high)
👉 Maksudnya: pembeli lebih banyak daripada penjual sekarang.
Kenapa Harga Emas Naik Minggu Ini?

1. Ketidakpastian dasar ekonomi oleh Donald Trump

Minggu ni market risau tentang:
• Cadangan tarif import baru
• Risiko trade war
• Kesan pada ekonomi global

Bila polisi ekonomi tak jelas → pelabur takut → lari ke emas (safe haven).

2. Jangkaan kadar faedah turun oleh Federal Reserve
Data ekonomi AS agak perlahan → market jangka:
• Interest rate mungkin dipotong
• Dollar jadi lemah

Interest rendah + USD lemah = emas naik

3. Permintaan selamat (risk-off sentiment)

Minggu ni:
• Saham global agak volatile
• Ketegangan geopolitik masih ada
• Bank pusat dunia terus tambah simpanan emas

yang pasti? emas akan naik  dan semakin naik.
siapa yang dapat manfaat dari emas?
yang terus konsisten menabung!