NOTA & KELAS Teacher Fara✨
15.9K subscribers
3.01K photos
254 videos
6 files
86 links
Download Telegram
𝗧𝗜𝗡 𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚

Apa pun perkara akan wujudnya dua golongan.

Satu, golongan yang suka kondem dan terus bising.
Kedua, golongan suka kaji dulu & cari penyelesaian

Misalnya untuk silibus pendidikan kita, ada yang lebih suka terus mengeluh dan bising tanpa memahami nya dahulu, tapi ada yang suka kaji, dan fahamkan dahulu.

Dan alhamdulillah buat masa sekarang, Ibu ayah dan anak anak pelajar saya semuanya golongan yang kedua. Mereka lebih kepada fahamkan dahulu sebelum terus melenting.

Sebab mereka tahu,
Bising macam mana pun.

Tetap silibus tak boleh ditukarkan sekelip mata.
Masa terus berjalan. Dan kita hanya punya dua pilihan

Nak terus mengeluh atau bergerak seiring dengan masa.

Kalau ditanya pada saya mengenai silibus pendidikan bagi subjek sains, bagi saya saya agak suka dah ianya seiring dengan peredaran zaman. Tidak lah terlalu rendah, tidak lah terlalu tinggi.

Cuma kenapa ramai yang nampak silibus kita “tinggi” adalah disebabkan kita masih belum nampak bagaimana konsep silibus itu disusun dan kita lebih suka judge terus dengan melihat satu topik sahaja. Bila sorang sebut susah semua sebut susah.

Bila semua sebut susah.
Anak anak automatik akan set di otak yang :

Belajar ni “SUSAH”
Silibus “TINGGI”

Maka disitu dah ada “mental block” di minda mereka

Yang kedua, kalau sampai ke ibu ayah yang educated, mereka akan sedaya upaya juga fahamkan silibus dan usaha bantu anak anak

Tapi kalau sampai ke ibu ayah yang memang suka ambil perkara ni bulat bulat, mereka terus pegang benda tu. Anak tak skor bukan sebab anak tak pandai tapi sebab KEMENTERIAN KEJAM, SILIBUS TINGGI.

Kalau sampai ke anak anak yang memang tak minat belajar pula ? Senyum la mereka. Sebab benda ni akan jadi alasan untuk mereka tak skor dan tak belajar.

Silibus pendidikan kita sebenarnya disusun secara teratur mengikut tema dan setiap tema pembelajaran ni dipelajari secara berperingkat.

PENGENALAN > KONSEP > MEKANISMA

Sekolah rendah : Pengenalan
Menengah rendah : Belajar Konsep Asas
Menengah tinggi : Belajar Mekanisma

Misalnya macam gambar di bawah ni.

Contengan yang saya conteng kan pada student sebelum masuk topik pembahagian sel. Di situ juga saya akan contengan, darjah dan tingkatan berapa mereka dah belajar topik tersebut 😍

Nampak jelas kan disini yang sebenarnya bukan pelajar kita belajar semua sekaligus, tapi ianya berperingkat. Belajar sikit sikit. Satu per satu. Step by step.

Jadi sebenarnya, tak susah pun.
Cuma jadi susah bila tak konsisten belajar.

Sama la konsep kalau kita tengok cerita drama.

Tak tengok episod 1,2,3 tup tup terus tengok episod 20. Memang pening n haru biru la jadinya tak faham cerita🤣

Begitulah.

Jadi apa apa fahamkan dahulu,
Jangan terus jadi tin kosong.

Bukan apa,

Risau perkara yang nampak remeh ni akan mempengaruhi minda anak anak. Bila dah ada ‘mental block’ di minda anak anak, bukan mudah nak clear kan balik. Dan bukan mudah nak betulkan balik mentaliti seseorang😢

Perkara ni yang buatkan pendidikan makin mencabar sebenarnya. Sebab ramai yang lebih cepat jadi TIN KOSONG. Sorang bunyi semua berbunyi juga. Bunyi lebih tapi, usaha tiada

Bukan kata usaha tiada,
Nak cuba fahamkan pun tidak.

Kalau tak boleh sumbangkan sesuatu, kita cuba fahamkan dahulu sebelum berkata kata pun dah cukup bagus.

Teacher Fara,
Harini kelas MATEMATIK TINGKATAN 1 akan bermula dengan sesi PART 1 bagi topik algebra persamaan linear. Boleh kalau mana mana ibu ayah nak daftarkan lagi anak untuk bulan ni.

Untuk ibu ayah yang ada anak tingkatan selain dari tingkatan satu yang masih lemah algebra pun boleh saja kalau nak join😍 Sayang pula kalau tak war war kan sebab harini dimulakan dengan peringkat paling asas.

Kemudian baru akan naik step by step sampai ke peringkat yang lebih tinggi. Untuk topik ni saya akan go through satu persatu sebab algebra persamaan linear ni merupakan ASAS SEGALA MATEMATIK.

Macam biasa,

Dalam kelas saya akan go through ikut step by step dan ikut “pace” student. Dah betul betul faham setiap stage baru move ke next stage supaya anak anak betul betul menguasai topik ni

𝗣𝗔𝗥𝗧 𝟭 : 𝗞𝗢𝗡𝗦𝗘𝗣 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗜𝗡𝗘𝗔𝗥
Stage1 : Asas tambah tolak persamaan linear
Stage2 : Darab bahagi persamaan linear
Stage3 : Tambah tolak darab bahagi persamaan linear

𝗣𝗔𝗥𝗧 𝟮 : 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗜𝗡𝗘𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗥𝗘𝗡𝗧𝗔𝗞
Stage 1 : Kaedah Graf
Stage 2 : Kaedah Penghapusan
Stage 3 : Kaedah Penggantian

𝗣𝗔𝗥𝗧 𝟯 : 𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗔𝗥𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 & 𝗞𝗕𝗔𝗧

Bagi yang nak mendaftar,
Boleh terus klik link ni ya😉

www.wasap.my/60194470814/daftarmathalgebra