NOTA & KELAS Teacher Fara✨
15.9K subscribers
3.01K photos
254 videos
6 files
86 links
Download Telegram
HAH! AWALNYAA MULA KELAS!😳

Untuk kelas tuisyen,

Memang memilih untuk mula awal sebulan atau dua bulan sebelum masuk sesi persekolahan yang baru.

Bukan sebab nak cepat.
Tapi nak pastikan pelajar “ON TRACK”😍

Yang kedua, bila mula awal,
Kita boleh mengajar dengan MODERATE PACE
Ajar satu persatu, step bu step, level by level.

Sebab bayangkan lah satu tingkatan ada lebih dari 12 topik. Setahun ada 12 bulan sahaja. Itu pun belum tolak jumlah cuti tahunan sekolah.

Dan macam sesi lepas
Habis sesi persekolahan bulan 2

Tapi bulan 12 kena habiskan silibus dah sebab nak exam akhir tahun bulan 1. Jadi tolak tambah semua ada masa dalam kurang dari 8 bulan sahaja nak habiskan berbelas topik.

Jadi faham kan kenapa dekat sekolah biasanya cikgu akan pecut dan ada sekolah tak sempat habiskan silibus ?🥵

Semuanya sebab KEKANGAN MASA
Nak pecut tak boleh sebab tak semua pelajar laju.

Jadi sebab itulah AS A BACKUP,
Adanya kelas tambahan, kelas TUISYEN.

Kelas tuisyen bukan pengganti cikgu sekolah
Tapi untuk saling melengkapi.

Contoh dekat sekolah, bagi subjek SAINS.
Waktu pembelajaran sangat sangat terhad

Sebab kita perlu agihkan masa untuk EKSPERIMEN & PROJEK SAINS.

Jadi memang kadang kadang memang tak sempat nak explain satu persatu KONSEP dan monitor pelajar seorang demi seorang🫠

Sebagai seorang penuntut dalam bidang pendidikan dan sebagai guru dan yang pernah mengajar di sekolah, sebab itulah kelas tuisyen ni lebih kepada pembelajaran 2 way communication dan setiap konsep di ajar step by step, satu per satu sampai pelajar faham❤️

Dan setiap sesi kelas pula akan diberikan recording, nota & contengan supaya pelajar boleh belajar dan buat revision secara kendiri.

Teacher Fara,
Harini hari ke 3 bengkel MATEMATIK & KIMIA. Esok dah last sesi dah sesi bengkel untuk 2 subjek ni

Tak puas rasa sebab student semua jenis aktif🤣

Jenis suka respond. Form 1 yang kelas pukul 8 pagi pun kemain aktif! 7.15 pagi dah join zoom dah.

Nasib baik minggu depan ada lagi bengkel. Tapi minggu depan focus pada bengkel SAINS & BIOLOGI pulak untuk 4 sesi.

Apa apa pun,
Jom tengok sebahagian daripada contengan kelas harini!😍
Biasanya saya tunjukkan perbandingan topik bagi subjek SAINS vs BIOLOGI.

Kali ni kita tunjukkan pula perbandingan bagi subjek MATEMATIK vs KIMIA.

Sama sahaja sebenarnya.

FORM 1 anak anak belajar ALGEBRA.

FORM 5 anak anak akan apply balik ALGEBRA untuk kira nombor pengoksidaan.

Konsep yang sama. Cuma berbeza huruf je. Konsep semua sama sebijik.

Sekarang dah faham kan kenapa kebanyakkan guru selalu tekan kan nak untuk MULA AWAL.

MULA SEAWAL TINGKATAN 1. Baru la anak rasa tak terbeban dan rasa enjoy je belajar.

Nampak kan ,
Silibus sekolah menengah TAK SUSAH sebenarnya.

Yang penting kena keep monitor dari FORM 1

Dari gambar bawah ni kita boleh buat konklusi yang sebenarnya SUSAH atau TIDAK SPM bergantung pada ASAS PEMAHAMAN pelajar di TINGKATAN 1 -3.
.

Bagi yang nak anak anak mula awal, nak anak belajar melalui kelas yang mengajar satu persatu, step by step, subtopik by subtopik, boleh kalau nak mendaftar kelas online ya.

Bagi yang baru nak mula balik. Takpe, kita usaha balik sama sama buat yang terbaik untuk anak anak