NOTA & KELAS Teacher Fara✨
15.9K subscribers
3.01K photos
254 videos
6 files
86 links
Download Telegram
Harini kelas MATEMATIK TINGKATAN 1 akan bermula dengan sesi PART 1 bagi topik algebra persamaan linear. Boleh kalau mana mana ibu ayah nak daftarkan lagi anak untuk bulan ni.

Untuk ibu ayah yang ada anak tingkatan selain dari tingkatan satu yang masih lemah algebra pun boleh saja kalau nak join😍 Sayang pula kalau tak war war kan sebab harini dimulakan dengan peringkat paling asas.

Kemudian baru akan naik step by step sampai ke peringkat yang lebih tinggi. Untuk topik ni saya akan go through satu persatu sebab algebra persamaan linear ni merupakan ASAS SEGALA MATEMATIK.

Macam biasa,

Dalam kelas saya akan go through ikut step by step dan ikut “pace” student. Dah betul betul faham setiap stage baru move ke next stage supaya anak anak betul betul menguasai topik ni

𝗣𝗔𝗥𝗧 𝟭 : 𝗞𝗢𝗡𝗦𝗘𝗣 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗜𝗡𝗘𝗔𝗥
Stage1 : Asas tambah tolak persamaan linear
Stage2 : Darab bahagi persamaan linear
Stage3 : Tambah tolak darab bahagi persamaan linear

𝗣𝗔𝗥𝗧 𝟮 : 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗜𝗡𝗘𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗥𝗘𝗡𝗧𝗔𝗞
Stage 1 : Kaedah Graf
Stage 2 : Kaedah Penghapusan
Stage 3 : Kaedah Penggantian

𝗣𝗔𝗥𝗧 𝟯 : 𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗔𝗥𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 & 𝗞𝗕𝗔𝗧

Bagi yang nak mendaftar,
Boleh terus klik link ni ya😉

www.wasap.my/60194470814/daftarmathalgebra
“𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦, 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗦𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚”
Jadi kena bagi anak anak JELAS dalam belajar.

Otak anak anak kita ibarat macam span. Mereka mudah menyerap apa sahaja yang mereka lihat, dengar, bau, rasa. Senang kata, mereka mudah FAHAM sebenarnya.

Mereka mudah faham, mudah terima.

Tapi mereka tak mudah nak fahamkan maksud yang tersirat. Sebab otak mereka masih mentah sebab mereka belum lagi lalui fasa fasa hidup yang berliku liku.

Jadi anak anak kita ni perlukan PENERANGAN yang JELAS, yang DIRECT, yang diterangkan SATU PERSATU.

Sebab tu dalam mendidik, kita sebagai ibu ayah perlu explain secara jelas dan kalau join kelas perlu guru yang terangkan secara JELAS & SATU PERSATU.

Bila mereka dah nampak,
Tiada yang susah sebenarnya.

Misalnya untuk kelas saya,

Selalu saya tunjukkan comparison buat anak anak dan selalu saya pesan, “ingat tau, soalan aras tinggi bukan soalan pusing pusing” tapi soalan tu jadi aras tinggi sebab kita kena gabungkan konsep antara topik (topik form 1 + form 2) @ (form 2 + form 3).

Biasanya di jawapan saya akan labelkan yang ini konsep FORM berapa, untuk apa ? Untuk anak anak nampak JELAS.

“Jadi kalau kita faham konsep form 1, senang je form 2 ni” Sambil tu kita pesan siap siap sambil puji.

“Jadi sebab tu kita kena konsisten belajar tau, macam tadi jawab soalan ni, laju je masing masing jawab. Sebab apa ? sebab semua faham konsep form 1. Itu yang memasing rasa senang laju je jawab “

Tambah lagi “Jadi faham kan kenapa mama kita hantar kita tuisyen awal tau, belajar dari awal”😍

Bila kita explain dan labelkan secara jelas,
Pelajar & ibu ayah juga akan nampak & tahu

Yang anak mereka bukan tak pandai.
Tapi sebab terlepas konsep asas

Contoh untuk soalan dibawah ni :

Kalau soalan TP1, TP2 anak anak boleh jawab,
Itu makna nya anak faham topik FORM 2

Tapi kalau soalan TP3, TP4 tak boleh jawab,
Itu maknanya konsep ALGEBRA FORM 1 belum kukuh

Jadi mereka tahu,
Anak anak kena ulangkaji konsep ALGEBRA

Baru la disini IBU AYAH & ANAK ANAK PELAJAR tahu nak buat apa. Tahu apa SOLUTION untuk bantu selesaikan masalah anak anak.

.

Jadi nak anak KUASAI sesuatu:

Kena bagi anak anak nampak JELAS

Bila JELAS,
mereka akan RASA SENANG

Bila RASA SENANG
mereka SERONOK BELAJAR

Bila SERONOK BELAJAR,
mereka akan study lagi

Bila selalu study (usaha),
insyaAllah dapat A

Bila dapat A,
mereka YAKIN mereka BOLEH

Bila mereka dah start YAKIN,
mereka akan buat LEBIH BAIK LAGI

Jadi, faham kan pentingnya kelas yang guru mengajar menerangkan secara JELAS, yang explain SATU PERSATU dan bagi pelajar nampak KAITAN ANTARA TOPIK ❤️.

Teacher Fara,
Nampak simple, tapi besar impaknya.