NOTA & KELAS Teacher Fara✨
15.9K subscribers
2.98K photos
254 videos
6 files
86 links
Download Telegram
“𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦, 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗦𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚”
Jadi kena bagi anak anak JELAS dalam belajar.

Otak anak anak kita ibarat macam span. Mereka mudah menyerap apa sahaja yang mereka lihat, dengar, bau, rasa. Senang kata, mereka mudah FAHAM sebenarnya.

Mereka mudah faham, mudah terima.

Tapi mereka tak mudah nak fahamkan maksud yang tersirat. Sebab otak mereka masih mentah sebab mereka belum lagi lalui fasa fasa hidup yang berliku liku.

Jadi anak anak kita ni perlukan PENERANGAN yang JELAS, yang DIRECT, yang diterangkan SATU PERSATU.

Sebab tu dalam mendidik, kita sebagai ibu ayah perlu explain secara jelas dan kalau join kelas perlu guru yang terangkan secara JELAS & SATU PERSATU.

Bila mereka dah nampak,
Tiada yang susah sebenarnya.

Misalnya untuk kelas saya,

Selalu saya tunjukkan comparison buat anak anak dan selalu saya pesan, “ingat tau, soalan aras tinggi bukan soalan pusing pusing” tapi soalan tu jadi aras tinggi sebab kita kena gabungkan konsep antara topik (topik form 1 + form 2) @ (form 2 + form 3).

Biasanya di jawapan saya akan labelkan yang ini konsep FORM berapa, untuk apa ? Untuk anak anak nampak JELAS.

“Jadi kalau kita faham konsep form 1, senang je form 2 ni” Sambil tu kita pesan siap siap sambil puji.

“Jadi sebab tu kita kena konsisten belajar tau, macam tadi jawab soalan ni, laju je masing masing jawab. Sebab apa ? sebab semua faham konsep form 1. Itu yang memasing rasa senang laju je jawab “

Tambah lagi “Jadi faham kan kenapa mama kita hantar kita tuisyen awal tau, belajar dari awal”😍

Bila kita explain dan labelkan secara jelas,
Pelajar & ibu ayah juga akan nampak & tahu

Yang anak mereka bukan tak pandai.
Tapi sebab terlepas konsep asas

Contoh untuk soalan dibawah ni :

Kalau soalan TP1, TP2 anak anak boleh jawab,
Itu makna nya anak faham topik FORM 2

Tapi kalau soalan TP3, TP4 tak boleh jawab,
Itu maknanya konsep ALGEBRA FORM 1 belum kukuh

Jadi mereka tahu,
Anak anak kena ulangkaji konsep ALGEBRA

Baru la disini IBU AYAH & ANAK ANAK PELAJAR tahu nak buat apa. Tahu apa SOLUTION untuk bantu selesaikan masalah anak anak.

.

Jadi nak anak KUASAI sesuatu:

Kena bagi anak anak nampak JELAS

Bila JELAS,
mereka akan RASA SENANG

Bila RASA SENANG
mereka SERONOK BELAJAR

Bila SERONOK BELAJAR,
mereka akan study lagi

Bila selalu study (usaha),
insyaAllah dapat A

Bila dapat A,
mereka YAKIN mereka BOLEH

Bila mereka dah start YAKIN,
mereka akan buat LEBIH BAIK LAGI

Jadi, faham kan pentingnya kelas yang guru mengajar menerangkan secara JELAS, yang explain SATU PERSATU dan bagi pelajar nampak KAITAN ANTARA TOPIK ❤️.

Teacher Fara,
Nampak simple, tapi besar impaknya.
Makin nak dekat SPM,
Makin padat jadual

Bila ditanya, susah tak mengajar ni.
Mengajar ni sama saja macam pekerjaan yang lain

Bila ditanya susah ke tak
Jawapan ni “subjektif” sebenarnya

Sebab nak kata senang pun tak,
Nak kata susah pun tak.

Cuma CABARAN terbesar bola “killer subject” dan mengajar subjek yang ada banyak topik ni adalah nak
habiskan dan nak pastikan student faham berbelas topik dalam masa yang singkat🥵😂

Jadi bila nak SPM ni,
Lagi 6 bulan nak SPM

Memang kenal all out.

Sebab nak kuasai A solid & A+ untuk subjek sains & biologi ni tak semudah yang disangka. Ada banyak peringkat kena “go through”.

Fasa 1: Concept
Fasa yang memerlukan kita explain satu persatu, ajar step by step supaya pelajar fahamkan konsep betul betul. Sebab bila 1 subjek ada banyak topik, once dah move ke topik yang lain, memang takda masa dah nak patah balik ulang explain pada pelajar. So kena pastikan mereka betul betil faham.

Fasa 2: Fasa Experiment
Kena pastikan pelajar tahu untuk topik ni apa je eksperimen yang terlibat. Dan eksperimen tu pula nak kaji mengenai apa. Tak boleh skip part ni. Lagi lagi bila kat sekolah ramai guru tak sempat buat experimen & spm pula ada paper 3

Fasa 3: Fasa summarisation
Fasa ni kena summarisation semua subtopik dalam satu kertas supaya pelajar kuasai keseluruhan subtopik

Next ke

Fasa ke- 4: Relation between topics
Dah faham setiap part, kena gabung semua summarisation untuk bagi pelajar nampak kaitan antara topik. Fasa ni penting untuk pelajar dapat kuasai soalan KBAT sebaiknya.

Fasa ke -5: Question
Fasa pulun buat soalan KBAT/ESSAY banyak banyak.

Banyak kan step dia ?
Sebab tu sangat tekan kan ibu ayah daftar anak dari awal dan pelajar kena konsisten join kelas dan mula awal.

Jadi konklusinya,
Apa apa pekerjaan, dia bukan mengenai senang @ susah
Tapi iainya mengenai komitmen & tanggunjawab🥹

Teacher Fara,