NOTA & KELAS Teacher Fara✨
15.9K subscribers
3.01K photos
254 videos
6 files
86 links
Download Telegram
Sebenarnya, susah atau senang spm bergantung pada pemahaman pelajar semasa di tingkatan 1-3.

Sebab untuk silibus kita, topik yang pelajar belajar semasa peringkat menengah atas adalah sama sahaja dengan menengah rendah. Cuma dibahagikan kepada dua peringkat.

𝗞𝗢𝗡𝗦𝗘𝗣 𝗔𝗦𝗔𝗦
Belajar semasa di TINGKATAN 1-3

𝗠𝗘𝗞𝗔𝗡𝗜𝗦𝗠𝗔
Belajar semasa di TINGKATAN 4 & 5.

Misalnya,

𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗼𝗽𝗶𝗸 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗔𝗞𝗔𝗡,
Konsep asas : Sains tingkatan 1 - BAB 4
Mekanisma : Biologi tingkatan 4 - BAB 15

𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗼𝗽𝗶𝗸 𝗔𝗦𝗜𝗗 & 𝗕𝗘𝗦
Konsep asas : Sains tingkatan 2 - BAB 6
Mekanisma : Kimia tingkatan 4 - BAB 6

𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗼𝗽𝗶𝗸 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗥𝗜𝗞
Konsep asas : Sains ting.2 (BAB 7) & ting. 3 (BAB 6)
Mekanisma : Fizik tingkatan 5 - BAB 3

Ramai yang ingat soalan SPM hanya merangkumi soalan tingkatan empat dan lima. Tapi hakikat sebenarnya soalan SPM itu menguji kefahaman anak anak kita sepanjang TINGKATAN 1 -5.

Jadi faham kan, sebenarnya anak anak yang dapat result cemerlang semasa spm ni majoritinya adalah ibu ayah yang memang dah monitor anak anak dari awal.

Bermula dari tingkatan 1 lagi anak anak dah konsisten join kelas sebab nak pastikan kefahaman anak anak on track. Dan bila mula awal, anak anak pun tak stress sebab belajar step by step, satu per satu mengikut fasa umur mereka😉

Boleh refer topik sains tingkatan 1-3 dibawah ni ya. Teacher labelkan siap siap topik dengan warna merah, kuning & hijau.

Merah : Topik sains (biologi)
Kuning : Topik sains (kimia)
Hijau : Topik sains (fizik)

Untuk silibus sains tingkatan 1-3,

Pelajar akan mula belajar topik biologi dahulu, diikuti dengan kimia kemudian topik fizik.

Sebenarnya semua pelajar dari tahun 1 - tingkatan 3 dah belajar sains biologi, kimia dan fizik. Semua belajar topik yang sama. Cuma ada sekolah asingkan siap siap dari tingkatan 1 sains ni kepada tiga kelas : bio, kimia & fizik.

Teacher Fara,
.


.