QuoteTalks
4.49K subscribers
1.03K photos
27 videos
2 files
222 links
The Quote ,
Motivational ,
LoveQuotes,
Tips ,

Lets spread the positive vibes together๐ŸŒท

Warning: Promotion only available on Friday
๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

for promote pm @RiYahaya / @MamaFiyah

Share quote here๐Ÿ‘‰ @QTFC_bot
Download Telegram
Kerana rasa nie aku jumpa ustaz kebetulan dia datang beri tazkirah disurau aku. Dan aku menceritakan apa yang berlaku.

Ustaz tu cakap, itulah kelebihan seorang suami jika melayani isterinya. Mengalas tanggungjawab dan menunaikan nafkah sepatutnya.

Bukan hanya wang ringgit menjadi keutamaan, tapi dari segi rohani juga amat penting.

Jika hati isteri senang, maka urusan suami juga akan senang.

Aku bukanlah nak tunjuk yang aku mithali. Tidak sama sekali. Tapi ini pengalaman seorang suami yang melayani rohani isteri.

Kita tidak tahu bang, penat penat kita cari rezeki. Penat juga mereka melayani kita. Ada pula tu yang cari rezeki bersama. Lepas tu layan kau bang. Layan anak lagi. Layan rumah lagi. Penat.

Kita suami janganlah asyik menganggap isteri sahaja perlu taat pada suami. Tapi tanggungjawab kita yang sebenar benarnya kita tutup sebelah mata.

Lagi kalau sembang pasal poligami, semua nak tunjuk jaguh walhal yang satu pun terumbang ambing lagi. Ada pulak yang jenis melepak dengan kawan2. Ingat ingatlah. Isteri dan anak perlu perhatian kita.

Jangan macam tu ya para suami.

Tugas yang selama nie isteri buat itu hanya kerana dia membantu sahaja, kerana niat nak tolong kita. Lagipun hal ehwal urus keperluan rumah nie sunnah. Taknak pulak suami ikut ya.

Ingat, kebahagian suami terletak pada hati seorang isteri yang gembira.

Jadi inilah sebabnya kehidupan aku rasa teratur bila salah satunya aku telah melayani rohani isteri aku. Sungguh wanita itu memang perhiasan dunia.

Harap cerita nie dapat manfaat untuk semua para suami ya. So pilihan kita nak hidup dalam harmoni atau kucar kacir.

Sayangi isteri bukan hanya dengan ucapan tapi dengan perbuatan.

Begitulah.

-Saiful Bahari-
Saya sayang isteri saya

@QuoteTalks
Apa tanda-tanda lalai?

๐Ÿ”˜ Kurang membaca Al-Quran
๐Ÿ”˜ Kurang berzikir
๐Ÿ”˜ Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah, tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
๐Ÿ”˜ Banyak membuang masa untuk hiburan
๐Ÿ”˜ Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, main hafal je
๐Ÿ”˜ Memanjang sibuk dengan urusan dunia, cepat stress
๐Ÿ”˜ Cara hidupnya tak macam Muslim
๐Ÿ”˜ Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram

Ustaz kata, "Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al-Quran"

Ustaz pesan, beli Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia

Lalai, apa akibatnya pulak?

๐Ÿ”˜ Kurang semangat nak beribadah, tak suka baca Quran
๐Ÿ”˜'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama
๐Ÿ”˜ Hilang fokus dalam hidup
๐Ÿ”˜ Mudah lesu dan buntu, sentiasa rasa esok masih ada

Sebab apa boleh lalai?

๐Ÿ”˜ Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
๐Ÿ”˜ Berkawan dengan orang-orang yang lalai
๐Ÿ”˜ Berada dalam persekitaran 'rosak' (contohnya, pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
๐Ÿ”˜ Tidak berzikir
๐Ÿ”˜ Terjerat dalam perancangan-perancangan licik kaum yang kufar (contohnya, berlebihan dalam mendengar lagu, tengok filem dan rancangan sukan)

Cara mengatasinya:

โ˜‘๏ธ Cari sahabat yang baik
โ˜‘๏ธ Hadiri majlis ilmu
โ˜‘๏ธ Bangun malam dan solat
โ˜‘๏ธ Banyakkan zikir
โ˜‘๏ธ Rajin baca Quran
โ˜‘๏ธ Bersangka baik dengan orang lain

Sumber : Pesanan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

@QuoteTalks
Ketika menghadapi kesempitan hidup, bacalah zikir ini

@QuoteTalks
Supaya rezeki tak terasa sempit

@QuoteTalks
Selagi dalam hati ada rasa dengki

@QuoteTalks
Memang mak tak pandai macam kita tapi dia lah yang didik kita sampai pandai

@QuoteTalks
Pasangan adalah rezeki

@QuoteTalks
CARA MENGHITUNG TASBIH DGN JARI

Berdasarkan hadis yg diriwayatkatkan oleh Imam Muslim dari sahabat Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu โ€™alaihi wa sallam bersabda,

‎ู…ูŽู†ู’ ุณูŽุจูŽู‘ุญูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูููŠ ุฏูุจูุฑู ูƒูู„ูู‘ ุตูŽู„ูŽุงุฉู ุซูŽู„ูŽุงุซู‹ุง ูˆูŽุซูŽู„ูŽุงุซููŠู†ูŽ ูˆูŽุญูŽู…ูุฏูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุซูŽู„ูŽุงุซู‹ุง ูˆูŽุซูŽู„ูŽุงุซููŠู†ูŽ ูˆูŽูƒูŽุจูŽู‘ุฑูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุซูŽู„ูŽุงุซู‹ุง ูˆูŽุซูŽู„ูŽุงุซููŠู†ูŽ ููŽุชู’ู„ููƒูŽ ุชูุณู’ุนูŽุฉูŒ ูˆูŽุชูุณู’ุนููˆู†ูŽ ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุชูŽู…ูŽุงู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูุงุฆูŽุฉู ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ ุบูููุฑูŽุชู’ ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุงู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ู…ูุซู’ู„ูŽ ุฒูŽุจูŽุฏู ุงู„ู’ุจูŽุญู’ุฑู

โ€œBarang siapa yg bertasbih sebanyak 33x, bertahmid sebanyak 33x, dan bertakbir sebanyak 33x setelah melaksanakan shalat fardhu sehingga berjumlah 99, kemudian menggenapkannya untuk yg keseratus dgn ucapan laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku walalhul hamdu wahuwa โ€˜ala kulli syai-in qodiir.

"Maka kesalahannya akan diampuni meskipun sebanyak buih di lautan.โ€ (HR. Muslim no. 597).

‎ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง ูˆุจุฑุงูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู…ุŒุŒ
Kredit: dakwah sentap

@QuoteTalks
Kita ni hidup untuk menunggu mati.

Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tahu bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan. Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit, harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang.

Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat.

Begitulah kita.
Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah bekalkan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (takhta), sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat.

Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Seperti budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis๐Ÿ˜ญ

Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta, kita menangis dan mengatakan Allah tak adil.

Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah ๐Ÿ˜”

Muhasabah.

@QuoteTalks
Kisah menghalalkan hutang 80K selepas 3 tahun lamanya . Tak mudah . Tapi alhamdulillah Allah permudahkan .

Selepas 3 tahun tiba-tiba โ€˜diaโ€™ muncul balik . Kalau diingat cerita dulu memang perit sangat . Perit tu kenapa ? Dah la duit ditipu , bila Syu nak up cerita tentang kena scam dengan company dia , dia failkan saman malu . Sedangkan tujuan Syu tulis adalah supaya orang lain alert and tak kena tipu oleh dia . And yes , rupanya ramai yang kena tipu sampai beratus ribu pun ada .

So apa jadi selepas dia saman Syu ? Of course Syu bayar lawyer to protect me . Instead of dia nak bayar hutang dia pada Syu, dia sanggup bayar lawyer untuk saman Syu. Ya Allah, sakit hati tu tuhan je yang tahu . Then kes berjalan , but tiba-tiba lawyer dia tarik diri taknak fight . But still , Syu dah pun berhabis lagi sebab bayar lawyer .

Then , masa berganti masa , hari berganti hari . Selepas 3 tahun , Syu dapat whatsapp dia . I was so shocked . Syu tahu apa yang jadi kat dia lepas terperangkap dengan hutang yang banyak. Orang berhutang ni memang takkan hidup senang bukan je kat dunia , akhirat jugak mereka takkan terlepas .

At first Syu marah sangat kat dia . Syu bagitau apa yang dia buat kat Syu tu memang sangat2 tak baik . Then Syu ignore je whatsapp dia , bimbang makin balas takut Syu terkeluar ayat2 yang tak sepatutnya .

I called my ustaz . Syu tanya apa yang Syu kena buat . Syu bagitau Syu susah nak halalkan duit tu tapi Syu jugak taknak continue bisness tu balik. Syu sangat takut kalau berhubungan lagi , akan datang lebih banyak masalah . And seriously , Syu taknak dah apa-apa masalah dengan manusia .

Ustaz bagitau โ€Syuhada , tarik nafas dalam-dalam and bagitau dia SAYA HALALKAN SEMUANYA DUNIA AKHIRATโ€. At first , susah Syu nak terima . Then ustaz kata , last few weeks baru je belajar Surah Al-Insyirah. Dan 2 ayat dalam surah tu ada sebut

โ€œOleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.โ€

โ€œSekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.โ€

Maksudnya di sini , nak halalkan satu hutang yang besar tu memang sukar . Tapi kalau kita manusia yang percaya dengan Al-Quran , yakinlah dalam hati bahawa setiap kesukaran itu akan ada kemudahan atau rezeki yang lebih besar Allah akan bagi. Ustaz sambung lagi โ€œSelepas doa , mintak pada Allah moga Allah gantikan yang lebih baik selepas niโ€.

Seriously , serentak jatuh air mata ni masa ustaz bagitau tu . Bukanlah berdendam , cuma bila orang buat jahat kat kita of course kita rasa sakit hati kan ? Cuma itulah, bila sakit hati, memang kita susah nak tenang . So alhamdulillah today Syu berjaya overcome my ego and bagitau dia yang Syu dah halalkan kesemua hutang dan setiap perbuatan yang dia buat tu. Seriously takde sekelumit dendam dah and trust me โ€œThis is the best feeling everโ€ โค๏ธ

So my advice :

1. Jangan ajar diri berhutang atau ambik duit orang. Hidup takkan senang dan tenang. Sentiasa akan ada masalah hidup sampai satu tahap kita rasa hidup ni terlalu susah .

2. Percaya yang setiap kesusahan tu akan ada hikmahnya . Syu sangat percaya apalah sangat 80K tu dibanding dengan ganjaran yang Allah nak bagi .

3. Nak memaafkan orang tu memang susah . But once you dapat memaafkan orang , insyaAllah u akan dapat satu ketenangan yang luar biasa . Sebab tu orang kata , orang yang paling kuat adalah orang yang dapat memaafkan orang yang buat jahat kat dia.

Sorry terpanjang pulak coretan Syu malam ni . Syu tulis ni bukan sebab nak bagitau yang Syu ni baik, no jauh sekali . Syu tahu yang ramai dalam dilema perasaan sebab orang berhutang pastu tak bayar, dan kita pulak susah hati mengharapkan orang bayar balik sampaikan jadi gaduh-gaduh, menyumpah mencerca and hati sendiri tak tenang . So yes maybe u dapat sesuatu dari my story. Doa selalu, insyaAllah Allah bantu.

psttttt As usual, yang baik korang boleh ambik , yang tak baik jangan ambik ok โค๏ธ

DAN SELEPAS KESUSAHAN , PASTI AKAN ADA KEMUDAHAN, PASTI AKAN DIGANTIKAN DENGAN GANJARAN YANG LEBIH BAIK DARI ALLAH . yakin tu !

Love,
syusyu.

@QuoteTalks
TIPS REZEKI MELIMPAH

1. DHUHA
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. TAHAJJUD.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. AL-QURAN.
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

4. ZIKIR
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. BERSEDEKAH.
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

8. SOLAT AWAL WAKTU. Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.

โ— Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
โ— Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
โ— Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
โ— Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:

1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYAA-ALLAH

@QuoteTalks
Tahajud Itu Sumber Ketenangan Hidup

Ustaz, saya ada 9 org anak. Anak-anak saya semua hebat-hebat. Saya tak bangga langsung dengan mereka kecuali yang ke sembilan ustaz.

Saya mula bangun tahajud sebab anak yang kesembilan Ustaz. Dia baru darjah 6.

Suatu malam ustaz, saya dengar bunyi air pukul 3 pagi dari bilik air saya. Saya bingkas bangun, saya tengok anak perempuan saya ustaz dalam keadaan ambil wuduk.

Saya tunggu kat luar.

Apabila dia keluar saja, tengok saja dia dan tanya

"Kenapa dik?"

"Saya ambil wuduk abah."

"Kenapa ambil wuduk?"

"Adik tak solat isyak lagi?"

"Adik nak solat tahajud bah."

Dengar sahaja nak solat tahajud saya diam. Saya pun biarkan dia. Kemudian anak saya solat di ruang tamu.

Saya tengok dia berdiri ustaz.

Lama-lama dia menangis dalam qiam dia. Saya terdiam tengok anak perempuan saya menangis dalam tahajud dia.

Waktu mana saya terdiam tengok dia menangis, saya pun duduk dibelakangnya .

Namun selesai sahaja dia solat ustaz, dia angkat tangan. Dia berdoa pada Allah. Waktu mana dia berdoa pada Allah, menggigil-gigil tangan dia sambil menangis.

Saya dengar dia sebut pada Allah dalam bisikan dia,

"Ya Allah, ampunkan dosa ayah saya Ya Allah, dosa ibu saya, dosa keluarga saya Ya Allah. Ayah saya tak bangun Ya Allah.

Ayah saya tak tahajud Ya Allah. Ibu saya tak. Dia sebut nama saya dalam doa dia Ustaz.

Saya datang, saya peluk, saya cium anak saya Ustaz. Saya tanya kenapa adik menangis?

"Adik nak tengok abah solat dengan adik. Bangun malam dengan adik."

Berjurai air mata saya Ustaz.

"Ya Allah anak aku darjah 6, dah bangun tahajud. Tapi aku darjah 44 tak bangun-bangun lagi."

Saya kesat air mata dan janji dengan dia, akan bangun selalu dan solat dengan dia.

Sahabat,

Bila kita diuji dengan penyakit, diuji dengan kehidupan yang susah tak seperti yang lain, kita rasa kehidupan dunia ini tidak adil untuk kita.

Kita rasa kurang. Tapi bila kita bangun tahajud, kita rasa hati kita tenang. Hati kita menang untuk kehidupan akhirat. Dan kita kenal mana yang kita nak tuju sebenarnya.

Dosa banyak mana pun kita, bila kita buat dosa pada siang hari, Allah tunggu malam hari untuk ampunkan dosa kita.

Bila kita buat dosa malam hari, Allah tunggu siang hari untuk ampunkn dosa kita. Selagi tidak sampai nyawa di halqum, Allah masih mahu ampunkan dosa kita.

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

@QuoteTalks
Zikir zikir pembuka rezeki

@QuoteTalks
7 SEBAB HILANGNYA REZEKI
(suami, isteri dan keluarga)

Tersentuh hati saya, apabila terbaca perkongsian tentang โ€˜7 SEBAB HILANGNYA REZEKI (suami, isteri dan keluarga)โ€™.
Betapa tersisanya keringat selama ini, andai perkara semudah dan seberkat ini disia2kan. Rezeki adalah hak Allah swt, hanya dengan mematuhiNya saja mampu untuk kita mendapatkannya dengan berkat. Bekerjalah kerana Allah swt, bukan kerana manusia, kerana manusia juga mengharapkan rezeki dari Allah swt.

1. SERING BERGADUH.
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lebih2 lagi soal duit. Berbincanglah, dan carilah persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah puncanya rezeki tersekat.

2. SERING MERUNGUT DAN RASA TERBEBAN.
Berikan kasih sayang kepada anak2 kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Sebagai ibubapa, adalah perlu diusahakan rezeki untuk mereka tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. SERING MENGELUH DENGAN APA YANG TIDAK DIMILIKI.
Perbanyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki, bukannya mengeluh dengan apa yang tidak dimiliki. Tidak kira banyak atau sedikit yang dimiliki, bersyukurlah, kerana syukur itu adalah kunci kepada segala rezeki.

4. KEDEKUT DAN BERKIRA.
Janganlah terlalu berkira dalam perkara2 yang baik untuk keluarga. Perlulah bertolak ansur dan membentuk persefahaman sesama pasangan, kerana rezeki yang Allah swt. berikan adalah untuk dikongsikan.

5. GAGAL MENGAWAL EMOSI DAN AMARAH.
Janganlah sesekali meninggikan suara, dan gunakanlah kata2 yang terbaik sahaja sesama suami, isteri dan anak2. Buangkan cara yang menakut2kan ahli keluarga, dan tanamkan sifat dan layanan yang penuh mesra.

6. KURANG SABAR.
Adakalanya kita perlu menerima dan mengakui sesuatu walaupun ianya tidak disukai. Fahamilah keadaan, memberi dan menerima pendapat, dan cari penyelesaian secara baik. Bersabarlah dengan kerenah suami, isteri dan anak2, kerana sabar itu menjemput rezeki.

7. KURANG BERDOA.
Sentiasalah mengucapkan perkataan yang baik, kerana setiap ucapan adalah doa. Berdoalah yang terbaik untuk suami, isteri dan anak2. Ingatilah mereka dalam setiap doa, di sepanjang masa, kerana kuasa doa adalah luar biasa dan tidak pernah dijangka.

Kredit: Nur Zyella

@QuoteTalks
[FUTUH DAN HIJAB DALAM MENUNTUT ILMU]

Kata seorang sahabat, ada dikalangan penuntut ilmu yang hanya belajar selama 2-3 tahun sudah boleh digelar alim.

Sebaliknya ada yang telah puluhan tahun lamanya menuntut ilmu bertalaqi dan mentelaah, namun tetap tidak alim-alim.

Mengapa?

Kerana ilmu itu adalah milik Yang Maha 'Alim. Guru, kitab dan pengajian hanyalah asbab semata-mata. Sekiranya Allah berkehendak untuk memberi futuh pada yang baru menuntut ilmu, nescaya Allah akan beri walaupun ia tidak banyak gurunya, tidak banyak telaahnya, tidak lama tempoh pengajiannya.

Dan sekiranya Allah Ta'ala tidak berkehendak memberi futuh dan keberkatan pada yang telah lama mencari ilmu, maka belajarlah dan mengajilah puluhan tahun lamanya pun tak akan menjadi alim.

Kerana itulah kita tidak boleh menganggap ilmu itu diraih dengan usaha diri semata-mata. Tidak boleh berkata, "Cukuplah aku belajar di Mesir 10 tahun, aku pasti menjadi alim."

Seolah-olah tempoh pengajian dan usaha dirinya telah menjamin keilmuannya. Sedangkan yang memberi ilmu dan futuh itu hanyalah Allah Ta'ala.

Walau ramai mana gurunya, talaqqi yang dihadhirinya, jutaan kitab yang ditelaahnya, bertahun-tahun lamanya ia menuntut ilmu, namun sekiranya Allah tidak memberikan futuh padanya, tidak membuka pintu ilmu dan makrifat untuknya, maka ia masih lagi terhijab dari ilmu.

Kita boleh mendakwa kita sudah khatam pelbagai kitab, berguru dengan ramai guru, melazimi pengajian dalam pelbagai ilmu, namun ingatlah, segala perkara tersebut tidak langsung menjamin kita menjadi alim yang rabbani.

Sekiranya kita ada merasakan walaupun sedikit bahawa daya dan kemampuan dalam mencari ilmu, mencari kebenaran, membaca dan mengkaji adalah daripada diri sendiri semata-mata, begitu juga selagi kita merendahkan orang lain, menganggap diri kita lebih hebat dan alim dari orang lain, seolah-olah ilmu itu diperoleh oleh dirinya sendiri dan bukan dari Allah Ta'ala, selagi itu dirinya telah menjadi hijab daripada ilmu dan Allah Ta'ala. Bahkan ilmu yang diperolehinya selama ini telah menjadi hijab antara dirinya dengan Allah Ta'ala.

'KeAKUan' itu telah menjadi hijab.

Aku banyak berguru.
Aku lama mengaji.
Aku rajin menuntut ilmu.
Aku kuat muzakarah.
Aku sudah berilmu.
Aku bersusah payah mencari ilmu.

Aku aku dan aku.

Tanpa sedar, ia telah bergantung dengan dirinya. Dengan usahanya semata-mata.

Ia sudah alpa bahawa yang memberi ilmu dan membuka jalan ilmu hanyalah Allah Ta'ala.

Ilmu itu cahaya.

Sejauh mana ia sidiq, khidmat dan menjaga adab dengan Allah Ta'ala, dengan Nabi SAW, dengan masyaikh dan gurunya, dengan ibu bapanya dan dengan dirinya sendiri, menjaga amal dan hubungan dengan Allah Ta'ala, sejauh itulah ia akan diberikan pembukaan/futuh dan barokah dalam perjalanan ilmunya..

ุงู„ุนุจุฑุฉ ู„ู…ู† ุตุฏู‚ ูˆู„ูŠุณ ู„ู…ู† ุณุจู‚..

#ุงู„ู„ู‡ู…_ุงูุชุญ_ุนู„ูŠู†ุง_ูุชูˆุญ_ุงู„ุนุงุฑููŠู†
Cc SentapTalaqiers

Telegram @QuoteTalks
Lakukan kebaikan diam-diam. Ibarat tangan kanan memberi, tangan kiri tak mengetahui.

Kebaikan yang ikhlas adalah dalam pengetahuan kita dan Allah SWT sahaja.

@QuoteTalks
IKHLAS ITU RAHSIA

Kita memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-Nya jua

Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita...

Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-Mu
Bila terasa segalanya dari-Mu
Rebahlah segala dariku yang hina

Tuhan...
Dunia ini tidak panjang
Tahun terasa detik diputaran usia
Mengharap yang abadi
Kan lenyap segala ilusi
Bantulah aku
Dalam memahami rahsia itu!
Cc pahrol Mohamad

@QuoteTalks
"Soon, when all is well, you're going to look back on this period of life and be so glad that you never give up. "

@QuoteTalks
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah sesungguhnya Engkalulah Tuhan Maha Pemaaf, Engkau mencintai kemaafan, maafkanlah kami.

Ya Allah, Ya Rabbul berilah kami sihat sejahtera, jauhkan kami daripada malapetaka, bencana dan penyakit.

Ya Allah jauhkan kami daripada seksa kubur, seksa neraka, fitnah hidup dan mati.

Ya Allah pilihlah kami dapat menyebut kalimah Lailahailallah diakhir hayat kami dan mendapat husnul khatimah.

Ya Allah jadikanlah lubang - lubang kubur kami adalah daripada taman - taman syurgaMu.

Ya Allah sucikanlah diri kami dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah kami kesabaran atas apa yang telah Engkau tetapkan.

Ya Allah anugerahkan kepada kami ketakwaan dan persahabatan dengan orang-orang yang baik dengan pertolongan-Mu.

Ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat, rahmat dan kurniaanmu. Jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dalam kebaikan. Jadikanlah hidup kami hari ini penuh dengan keberkatan. Lindungilah kami hambaMu dengan kasih sayangMu.

Ya allah jadikanlah kami hari ini penuh bersemangat, dipermudahkan rezeki, tubuh badan yang sihat, mendapat ilmu yang bermanfaat, keimanan yang teguh dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang tidak pernah lupa untuk bersyukur kepada Mu atas semua nikmat dan anugerahMu.

ูYa Allah kami berlindung padaMu Ya Allah dari kekejaman manusia yang kejam, dari perdaya manusia yang dengki dan dari kezaliman manusia yang zalim.

Ya Allah bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan kami mencapai redhaMu.

Ya Allah bantulah kami untuk metaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu.

Ya Allah kasihanilah kami, palingkanlah kami dari melakukan maksiat pada-Mu, tuntunlah kepada kami apa yang bermanfaat bagi kami.

Ya Allah dengan kitab-Mu, legakan dada kami, dengan bacaannya, ringankan beban kami.

Ya Allah kurniakan pada kami keselamatan agama dan diri kami.

Ya Allah dekatkan kami dengan semua orang yang menjadi kerinduan kami.

Ya Allah sempurnakanlah kebaikan-Mu pada kami, pada seluruh sisa umur kami, seperti Engkau telah berbuat baik pada umur kami dimasa yang telah lalu.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang.

Ya Allah.. terimalah taubat kami dan sayangilah kami..

Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.

HT
@QuoteTalks
Sepatutnya lagi lama tempoh perkahwinan, lagi rapat kita dengan pasangan...

Sebaliknya, lagi lama tempoh tu, lagi renggang kita dengan pasangan...

Tahu tak kenapa...?

Ada perkahwinan yg masih bertahan sehingga ke hari ini hanya atas dasar tanggungjwb sahaja...bukan dasar rasa syg, rasa cinta terhadap pasangan...tapi semata2 tanggungjwb utk membesarkan anak dlm keadaan dia ada ibubapa mcm org lain dan tak nak anak tu terjejas ataupun terkesan jika dia ambik keputusan utk berpisah dengan pasangan...

Mereka yg berpegang kpd alasan ini, kebiasaannya dia hanya tumpu pada dirinya sendiri...pasangan nak buat apa, jd mcm mana, terpulanglah pada dia...dia bahagiakan perasaan sendiri, dia gembirakan hati sendiri...

Majoriti orang makin renggang dlm hubungan sebab banyak makan hati...makan hati dengan sikap, perangai dan perbuatan pasangan sendiri...

Bukan baru sebulan dua pasangan jd mcm tu, tapi dah bertahun2 dan xnmpk perubahan langsung utk berubah...

Perbuatan yg menyakitkan hati, kata2 yg melukakan hati dan perangai yg membuatkan hati jadi tawar-setawarnya...

Dia fokus kpd amal ibadatnya, dia perbaiki hubungan dgn Allah, dia cari syurga dan jadi solehah dengan caranya sendiri dan bukan kerana pasangannya...

Sebab tu ada org lama dah berkahwin, tp tak rapat dan mesra pun dgn pasangan sendiri...

Masing2 bawa haluan sendiri walaupun tinggal dibawah satu bumbung...

Kredit Penulisan : Firdaus Shakirin

@QuoteTalks