Raggie Jessy Rithaudeen
9.63K subscribers
4K photos
376 videos
41 files
12.4K links
Walking in truth, championing justice
Download Telegram
2 berita negatif tentang PPBM, 2 berita positif tentang UMNO.

Dalam 1 akhbar (BH), hari yang sama.

Petandanya jelas, terang lagi bersuluh

RJ Rithaudeen

Baca: https://www.facebook.com/share/p/1B8yaZtRDf/
Kronologi isu Loji Rawatan Air Sungai Limau, Kedah yang gagal disiapkan dan terpaksa diambil alih Kerajaan Persekutuan

(Tonton perkembangan terkini di YouTube Raggie Jessy Rithaudeen)

2020

MB Kedah umum Kedah terima RM900 juta daripada kerajaan Pusat (PN) untuk bina 4 LRA termasuk LRA Sungai Limau.

Janji masalah air Kedah akan selesai menjelang 2023.

2021

Kerajaan Kedah beri kontrak LRA Sungai Limau kepada Widad Builders Sdn Bhd bernilai RM89.8 juta.
Tempoh projek: 2 Mei 2021 hingga 28 Oktober 2023.

Sebulan kemudian, Widad dapat lagi kontrak LRA Bukit Selambau bernilai RM129.4 juta.

2023

Projek gagal siap ikut jadual.
Kerajaan negeri beri EOT (lanjutan masa).

2024

Spot check kementerian dapati ada bahagian projek langsung tak bergerak walaupun sudah 2 tahun.

Teguran diberikan kepada MB Kedah.
MB Kedah salahkan pelbagai pihak termasuk kontraktor dan pandemik. Janji baru dibuat, projek kononnya siap Januari 2025.

2025

Pemeriksaan lanjut dapati projek terus terbengkalai sejak Julai 2024.
MB Kedah salahkan kontraktor dan umum mahu tukar kontraktor baru.
Sekali lagi banyak alasan diberi, tetapi projek masih gagal disiapkan.

2026

Kerajaan Madani ambil alih projek bagi menyelamatkan LRA Sungai Limau.
Tender baru dibuka untuk “kontraktor penyelamat” dengan tambahan kos RM50 juta.

MB Kedah sebelum ini kata mahu “dedah satu persatu”, tetapi sampai hari ini tiada pendedahan dibuat.

RJ Rithaudeen

Baca: https://www.facebook.com/share/p/1GbQJ25GSA/
❤4
SPRM perlu siasat projek Loji Rawatan Air Sungai Limau, Kedah, yang terbengkalai dan terpaksa diambil alih pengurusannya oleh Kerajaan Madani.

(Tonton perkembangan terkini di YouTube Raggie Jessy Rithaudeen)

Siasatan perlu merangkumi, antara lain:

1. Perbelanjaan peruntukan RM900 juta yang Kerajaan Kedah terima daripada kerajaan Pusat (PN pada ketika itu, tahun 2020) untuk bina 4 LRA, termasuk LRA Sungai Limau, di mana Menteri Besar Kedah berjanji masalah air Kedah akan selesai menjelang 2023.

2. Proses penilaian, pertimbangan dan pemberian kontrak kepada Widad Builders Sdn Bhd, bagi:

a. LRA Sungai Limau, bernilai RM89.8 juta (bagi tempoh projek 2 Mei 2021 hingga 28 Oktober 2023), dan

b. LRA Bukit Selambau, bernilai RM129.4 juta.

Siasatan perlu meneliti "track record" Widad semasa kontrak diberikan, termasuk pegangan saham dan hubungkait, jika ada, dengan mana-mana pihak berkepentingan.

3. Kegagalan siap projek ikut jadual yang dijanjikan (sepatutnya siap 2023, tapi tak siap), alasan-alasan yang diberikan, di samping pertimbangan kerajaan negeri dalam memberi EOT (lanjutan masa), termasuk syarat-syarat EOT (janji baru: projek siap tahun 2025).

4.Sebab projek langsung tak bergerak berdasarkan spot check kementerian pada 2024, termasuk dakwaan MB Kedah yang menyalahkan kontraktor, pandemik dan sebagainya.

5. Sebab projek terus terbengkalai pada 2025 dan proses pemberhentian kontraktor lama, termasuk penilian dan pertimbangan terbabit, di samping jumlah dana yang disalurkan kepada kontraktor lama dan maklumat terperinci bagaimana dana tersebut dibelanjakan.

Ini perlu, antara lain, merangkumi sebarang perjanjian yang ada antara kerajaan negeri dan pihak kontraktor, termasuk terma-terma perjanjian, bagaimana jangkaan perbelanjaan projek dan mekanisme pembayaran diolah dan diputuskan, dan kepincangan yang mungkin ada.

Tanpa Prejudis,

RJ Rithaudeen

Baca: https://www.facebook.com/share/p/1RTo2upoHs/
👍2❤1🤩1😇1
Kenyataan-kenyataan Lim Guan Eng dan Tony Pua - yang jelas bukan sebahagian daripada kepimpinan utama DAP - sedang keruhkan keadaan dan menjejaskan hubungan PH dan BN.

Sebagai pemerhati, saya nampak seolah-olah wujud agenda halus untuk menggagalkan kepimpinan Anthony Loke dan hubungan Loke dengan Anwar dan juga Zahid.

Berdasarkan pemerhatian saya dan juga keputusan pemilihan terdahulu, kedua-dua Guan Eng dan Pua sudah lama ditolak oleh majoriti dalam DAP.

Saya rasa Anwar dan Zahid tahu perkara ini, dan saya berpendapat bahawa Loke perlu membuat satu pendirian muktamad dalam masa terdekat berhubung kedua-dua individu ini.

Sekadar berkongsi pandangan.

RJ Rithaudeen

Baca: https://www.facebook.com/share/p/1bED5aFbsP/
❤1