Raggie Jessy Rithaudeen
9.63K subscribers
4K photos
376 videos
41 files
12.4K links
Walking in truth, championing justice
Download Telegram
Saya setuju dengan Lokman Adam bahawa PH dan BN perlu elakkan pertembungan di Negeri Sembilan untuk kekalkan kestabilan di pusat

RJ Rithaudeen

Baca: https://www.facebook.com/share/p/1BRxFKagRs/
❤1
Selama lebih 3 tahun, PAS tidak serik menyerang kepimpinan Anwar bertubi-tubi dan telah cuba pelbagai cara untuk tumbangkan kerajaan.

Namun, kerajaan pimpinan Anwar paling stabil sejak PRU14 (2018), malah berlipat kali ganda lebih stabil berbanding kerajaan rapuh PN yang didirikan menerusi tebuk atap.

Malah, kerajaan PN tumbang sebelum PRU15, dan kini, PN hancur lebur dan menjadi lubuk perpecahan paling membinasa dalam sejarah politik tanah air.

Apa yang menarik, lubuk perpecahan ini telah menjaja 'penyatuan ummah' selama lebih tiga tahun, namun pemimpin lubuk inilah yang terlibat dalam aksi tikam menikam, pijak memijak dan perbalahan gara-gara kuasa dan kedudukan.

Apa yang saya ceritakan bukannya khayalan.

Sebaliknya, ianya fakta yang terang lagi bersuluh dan disaksikan segenap lapisan masyarakat.

Akhirnya, Anwar kekal PM dalam keadaan kewangan dan ekonomi negara makin mengukuh dan kerajaan cukup stabil, manakala PAS terhegeh-hegeh merayu kepada UMNO untuk 'talian hayat' bagi mengelakkan kejatuhan parti itu pada PRN dan PRU16.

Tidak ada masalah dengan kepimpinan Anwar-Zahid. Yang bermasalah ialah pembangkang Malaysia.

RJ Rithaudeen

Baca: https://www.facebook.com/share/p/177wrXDCiY/
❤4😱1
SEKALI LAGI, PENDEDAHAN SAYA TERBUKTI BENAR

Hadi sahkan Hamzah kembali sebagai ketua pembangkang. Saya dah lama dedah PAS mahu Hamzah sebagai Ketua Pembangkang dan calon PM. Ada sesiapa lagi nak kata saya tipu?

Tonton video bertajuk "Sebab sebenar PAS merayu kepada UMNO yang ramai tidak tahu" di YouTube Raggie Jessy Rithaudeen.

RJ Rithaudeen

Baca: https://www.facebook.com/share/p/1CQpniDP18/
❤1👍1
RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAKUT SEPERTI YANG DIDAKWA TUN MAHATHIR

Saya amat menghormati Tun Mahathir, namun kenyataan terkininya bahawa "terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat bahawa sesuatu yang buruk boleh berlaku kepada diri mereka seperti hilang, ditemui mati atau diculik" tidak benar sama sekali.

Malah, saya boleh beritahu secara yakin, bahawa masyarakat diluar sana tidak terfikir pun perkara ini atau membincangkannya, berdasarkan pengalaman saya selama ini dan juga perbualan saya secara 'random' (rawak) dengan orang-orang di luar hari ini.

Mungkin Mahathir sedang merujuk kepada satu-satu insiden atau individu tertentu, saya tidak tahu. Tapi untuk katakan ini adalah sentimen masyarakat secara am adalah tidak benar sama sekali.

"You can't generalise or make a general assumption based on one incident, and state that assumption as a matter of fact. It's irresponsible."

(Anda tidak boleh buat satu kesimpulan am atau andaian berdasarkan satu insiden dan nyatakan andaian itu sebagai fakta. Ianya tidak bertanggungjawab.)

RJ Rithaudeen

Baca: https://www.facebook.com/share/p/1LDj7pHs3N/
👍1
STATUS BERSATU DALAM PN: DAKWAAN MUHYIDDIN LANGSUNG TAK MASUK AKAL

Bersatu dakwa parti itu tidak boleh disingkirkan sewenang-wenangnya daripada PN kerana keputusan Majlis Presiden perlu ada konsensus.

Namun, pada masa sama, Muhyiddin membuat kenyataan bercanggah, kononnya Bersatu "akan menggunakan logo PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri SEMBILAN."

Kalau kita bersandar pada logik Muhyiddin, bukankah soal penggunaan logo PN pada Pilihan Raya turut memerlukan konsensus, memandangkan pencalonan untuk bertanding di Pilihan Raya atas tiket PN memerlukan kelulusan Majlis Presiden?

Nyata sekali wujud unsur putarbelit (samada disengajakan atau tidak) dalam tafsiran Muhyiddin.

Biar saya jelaskan beberapa perkara:

Secara am:

Majoriti = keputusan boleh dibuat walaupun ada yang tidak bersetuju, asalkan yang tidak bersetuju kurang jumlahnya daripada yang bersetuju.

Konsensus = keputusan dicapai apabila tiada bantahan yang menghalang keputusan tersebut.

Sebulat suara (unanimous) = semua orang mesti bersetuju secara aktif.

Dalam amalan organisasi, "konsensus" sering berada di antara majoriti dan sebulat suara.

Seseorang boleh mempunyai keraguan atau tidak menyokong sepenuhnya sesuatu keputusan, tetapi tidak membantah sehingga menggagalkan keputusan itu.

Namun, jika persoalannya ialah menyingkirkan sebuah parti daripada gabungan, dan presiden parti yang hendak disingkirkan secara jelas membantah keputusan itu, maka timbul persoalan:

a. Adakah beliau sebahagian daripada pihak yang perlu memberikan konsensus?

b. Adakah beliau perlu dikecualikan kerana mempunyai kepentingan langsung dalam perkara tersebut?

Jika perlembagaan tidak menjawab persoalan ini dengan jelas, kedua-dua tafsiran boleh dihujahkan, dan perkara ini boleh ditafsir oleh Mahkamah atas prinsip konflik kepentingan.

Memandangkan Muhyiddin sudah putuskan secara unilateral bahawa Bersatu akan guna logo PN sebelum ada 'konsensus,' saya pertikai tafsiran beliau bahawa perlu ada konsensus Majlis Presiden dalam membuat keputusan berhubung status keahlian Bersatu.

Malah, kalau di rujuk kenyataan pegawai politik beliau, Marzuki Mohamad, apa yang diperlukan ialah keputusan "sebulat suara," bercanggah terus dengan penjelasan Muhyiddin dan membawa maksud yang amat berbeza, sepertimana yang telah saya jelaskan di atas.

Pokoknya, bukan hanya Muhyiddin sanggah tafsirannya sendiri, nampaknya wujud unsur putarbelit berhubung tafsiran Perlembagaan perikatan nasional oleh kepimpinan tertinggi Bersatu.

Jadi, saya saranan agar Muhyiddin samada menerbitkan fasal-fasal berkaitan dari Perlembagaan Perikatan Nasional untuk tatapan umum atau berhenti mengelirukan rakyat dengan penjelasan yang bercanggah-canggah dan tidak masuk akal.

RJ Rithaudeen

Baca: https://www.facebook.com/share/p/1EQgUQdMxj/
❤2
❤4😱1