Raggie Jessy Rithaudeen
9.63K subscribers
4K photos
376 videos
41 files
12.4K links
Walking in truth, championing justice
Download Telegram
DAH LAMA SAYA RAMAL KEJATUHAN PN, TERNYATA SAYA BENAR

Mohamad Sabu (Amanah) baru ini dipetik sebagai berkata (komen saya di bawah):

“Membela Melayu bukan dengan mengulang naratif bahawa Melayu sentiasa terancam.

“Jika kita terus menanam rasa lemah, bila kita nak membina kekuatan?"

Komen saya:

Tepat sekali!

Malah, naratif pembangkang kebelakangan ini kononnya Melayu terancam tidak lebih dari putarbelit politik yang tidak berserta sebarang fakta atau bukti.

Sebaliknya, ianya bersandar kepada syak wasangka dan 'kebimbangan' semata-mata yang sengaja 'diada-adakan' untuk menakut-nakutkan Melayu terhadap DAP.

Setiap kali naratif ini dimainkan, hujah balas pemimpin kerajaan yang berserta fakta dan bukti akan dihayati oleh pengundi muda (39 tahun ke bawah).

Segmen pengundi ini sememangnya terdedah dengan pelbagai maklumat dari semua pihak dan merupakan majoriti.

Mereka tidak ta'asub kepada mana-mana pemimpin atau parti pembangkang dan tidak cenderung menerima retorik cetek semata-mata.

Lama-kelamaan, segmen pengundi ini akan mula bezakan naratif kerajaan dan pembangkang dan beransur-ansur tidak hiraukan atau percaya lagi pemimpin dan aktivis pembangkang setelah sedar wujud gejala putarbelit lampau.

Itulah yang sedang berlaku, menyebabkan PN makin ditolak pengundi Melayu-Islam.

Malangnya, dinosaur dinosaur pembangkang tidak sedar-sedar lagi dan terus menerus berkempen dengan cara lama, menyebabkan mereka hangus di Sabah dan Johor dan bakal hangus pada PRU16.

Saya dah lama ramal perkara ini dan memberi amaran kepada pembangkang sejak dua tahun lepas.

Untuk 'tutup' penolakan Melayu-Islam terhadap mereka, PAS memainkan skrip kononnya "kalah tak apa, asalkan BN menang dan kerajaan Melayu-Islam tertubuh."

Dengan skrip ini mereka barangkali berharap Umno bersimpati dan melibatkan mereka dalam kerajaan sekiranya BN berjaya bentuk kerajaan dengan kekuatan sendiri.

PAS sememangnya parti paling hipokrit dalam sejarah tanah air dan tidak pernah tahu malu.

RJ Rithaudeen

BACA: https://www.facebook.com/share/p/1EVS2foarG/
❤8👍6😱1😭1
ANTHONY LOKE SEMEMANGNYA MANGSA FITNAH JAHAT

Berikut adalah ringkasan petikan kenyataan Anthony Loke yang dilaporkan oleh FMT (komen saya di bawah) :

(Anthony Loke) berkata, saingan untuk (Chennah) paling sukar sepanjang 22 tahun beliau bertanding dalam pilihan raya.

“Ia adalah kempen paling sukar dalam sejarah pilihan raya saya selama 22 tahun. Banyak serangan peribadi, banyak fitnah dan tuduhan tidak berasas, termasuk dakwaan saya mahu merampas kuasa politik orang Melayu dan menguasai kerajaan negeri.

“Dakwaan sedemikian mencetuskan sentimen negatif dalam kalangan penduduk kampung dan pengundi Melayu,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi DAP (CEC) di ibu pejabat parti itu di sini.

Jelasnya, beliau secara peribadi ditanya pengundi Melayu sama ada mahu menjadi menteri besar dan ini menunjukkan kesan kempen fitnah terhadapnya.

------

Komen saya:

Ya, saya terpaksa mengaku bahawa fitnah-fitnah sebegini telah dilontarkan di media sosial sepanjang tempoh kempen.

Loke sememangnya mangsa putarbelit dan fitnah jahat, itu tidak dapat dinafikan.

Taktik kotor ini meracuni pemikiran orang Melayu-Islam di Negeri Sembilan menentang kepimpinan DAP.

Perkara ini tidak seharusnya berlaku, lebih-lebih lagi memandangkan kempen menentang PH di NS dilihat berpaksikan perjuangan Agama dan Bangsa.

RJ Rithaudeen

Baca: https://www.facebook.com/share/p/14iZpdvDnN3/
❤7🎉3