#TeamFPP πŸ“‘
1.54K subscribers
918 photos
9 videos
46 files
221 links
This channel is provided to announce any informations to all Faculty of Business and Management members
Download Telegram
Forwarded from Encik Tam Empire
Selamat Datang kepada Mahasiswa/i Diploma Baharu sesi 2017/18

Kami dari PMFESP mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan pelajarΒ² baharu diploma

#TeamFESP #UniszaPastiTahu
Sekarang dilangsungkan taklimat bersama Mahasiswa/i Diploma Baharu bagi sesi 2017/18

#TeamFESP #UniszaPastiTahu
Assalamualaikum Wm. Wbt.,

Dimaklumkan bahawa tarikh bermula Pendaftaran Kursus dan Tambah/Gugur Kursus bagi program Diploma Kohort Baharu Semester Pendek Sesi 2017/2018 dan Program Diploma FP & FSK Semester I Sesi 2017/2018 dipinda daripada 11/06/2017 kepada 13/06/2017 selepas hebahan keputusan peperiksaan akhir Semester II Sesi 2016/2017.

Sekian, Harap Maklum

Terima Kasih.
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..

Dimaklumkan bahawa tarikh minggu tambah/gugur dan pendaftaran kursus bagi ISM dan Diploma Kohort Baharu Semester Pendek Sesi 2017/2018 dilanjutkan bermula 13 JUN 2017 sehingga 20 JUN 2017.

Sekian, Harap Maklum.

Terima Kasih.
*AWOK AWOK GANU MEH MAKANG BUBUR LAMBUK!!!*

*Islamic Finance Student Association* (IFSA), dengan kerjasama *Uptown Kontena Dapo Pata* ingin mengagihkan *Bubur Lambuk percuma* kepada warga Terengganu. Pakat mari ramai-ramai berbuka dengan bubur lambuk asli Terengganu.

*Tempat pengagihan* : Uptown Kontena Dapo Pata, Tok Jembal
*Tarikh* : 17 Jun 2017
*Waktu* : 6 Petang

Ajok belaka saing2 hok mana ada!! Dok try bubur ni rugi ahh. πŸ€—
Assalamualaikum, perhatian kepada pelajar yang telah habis belajar & meminjam PTPTN,

Sempena Bajet 2017, insentif-insentif berikut disediakan untuk peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik:

Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman.

Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikit Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan.

Tempoh kuat kuasa insentif ini ialah mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.

 Sumber : Portal Rasmi PTPTN

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/insentif_bajet_2017
Kami daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Sains Pengurusan (PMFESP) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Segala salah silap harap dimaafkan
Assalamualaikum. Disini kami ingin memaklumkan, Ziana Ameruddin, pelajar BBA RMT (4) (Ijazah Sarjana Muda Risiko Dan Takaful) telah kembali kerahmatullah petang tadi akibat kemalangan.

Salam takziah buat keluarga arwah.
Al-fatihah
|| Senarai Nama Pemohon KADS1M di Cawangan Gong Badak ||

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Perhatian,
Kepada semua pelajar yang telah membuat permohonan KADS1M di cawangan Gong Badak. Anda boleh membuat semakan nama di page *kaddebit Siswa Bank Rakyat Gong Badak* di Facebook. Senarai nama telah dilampirkan bagi memudahkan anda membuat semakan.


https://www.facebook.com/kaddebitsiswa/

Sekian, terima kasih

"Kepimpinan Mahasiswa, Asas Penyatuan"

Exco Akademik
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2016/17
Universiti Malaysia Terengganu
TUJUAN HARAMKAN GHARAR
=========================

Gharar adalah 'ambiguous' atau 'ketidakpastian'. Gharar adalah haram dalam kewangan Islam. Oleh yang demikian, 'kepastian' amat dituntut dalam urusan kewangan Islam.

Kenapa?

Dalam kewangan Islam, kewajiban urusan kewangan untuk bersifat 'pasti' adalah bertujuan untuk membasmi kemudaratan (harm) dan pertelingkahan (disputes) yang mungkin akan timbul di masa hadapan.

Indah Islam itu.

Allah knows best.

-Tuan Haji Razli Ramli
(Penasihat Utama, Penasihat Perniagaan Syariah di Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia)
ASAS KEWANGAN ISLAM
=====================

Kepada sahabat yang ingin mendalami kewangan Islam, ingin saya sarankan kepada mereka untuk hafal/khatam/tahu sepuluh (10) perkara amat basic ini:

1. Sistem kewangan Islam terdiri daripada perbankan, takaful, pasaran modal Islam dan pengurusan harta.

2. Yang membezakan sistem kewangan Islam daripada sistem kewangan sedia ada ialah sistem kewangan Islam WAJIB menepati kehendak Syariah, manakala sistem kewangan yg satu lagi tidak wajib menepati kehendak Syariah.

3. Syariah itu ialah undang-undang Islam.

4. Undang-undang Islam bersumber kepada Al Quran dan Sunnah.

5. Oleh itu sistem kewangan Islam bersumberkan kepada Al Quran dan Sunnah.

6. Sistem kewangan Islam adalah subset kepada sistem ekonomi Islam.

7. Objektif sistem ekonomi Islam adalah mencapai maqasid Syariah yg lima.

8. Penjagaan agama. Penjagaan nyawa. Penjagaan keturunan. Penjagaan harta. Penjagaan akal.

9. Ekonomi Islam subset kepada muamalat, yakni, aktiviti2 antara manusia.

10. Muamalat (bersama akidah) adalah subset kepada Islam, agama Allah yg shumul.

Kalau hafal, khatam dan tahu kesepuluh perkara ini, in sya Allah, anda akan capai kecemerlangan dalam penerokaan ilmu kewangan Islam nanti.

Allah knows best.

Sumber : Tuan Haji Razli Ramli