#TeamFPP πŸ“‘
1.54K subscribers
918 photos
9 videos
46 files
221 links
This channel is provided to announce any informations to all Faculty of Business and Management members
Download Telegram
πŸ—£ Program Public Speaking dan Debat

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FESP. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan akan mengadakan pertandingan public speaking dan debat peringkat fakulti.
Berikut adalah butiran program:

πŸ“Œ MASA :
8 pagi hingga 11 malam
πŸ“Œ TARIKH :
15 Disember 2017 (Public speaking)
16 Disember 2017 (Debat)
πŸ“Œ TEMPAT :
BA dan DKU

🎊 Mahasiswa/i FESP dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Sokonglah wakil PERSATUAN andaβœŒπŸΌπŸ˜„

Sekian terima kasih. .

Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Sesi 2017/2018
.
#teamFESP
πŸ’» Program KURSUS REKA GRAFIK PHOTOSHOP

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga UNISZA, kursus reka grafik photoshop akan diadakan dan terbuka kepada semua pelajar UniSZA. Tempat adalah terhad untuk 30 orang peserta sahaja! Mari sertai kami πŸ™†πŸ»πŸ™†πŸ»β€β™‚

Berikut adalah butiran program:

πŸ“Œ TARIKH : 23 DIS 2017 (Sabtu)
πŸ“Œ MASA : 8:00 pagi - 10:30 malam
πŸ“Œ PENCERAMAH: Amirul Syafiq B Che Ajizi (Tam)
πŸ“Œ TAJUK CERAMAH : Tools and Graphic Design
πŸ“Œ TEMPAT : Makmal Komputer Blok KH
πŸ“Œ YURAN PENYERTAAN:
RM17
RM15 untuk 10 org pertama

βœ… Sijil disediakan
βœ… Makanan disediakan
βœ… Software boleh install pada hari berkenaan
❗Laptop hak milik persendirian

**tarikh akhir pendaftaran (21/12/17) 9 MALAM

🎊 Mahasiswa/i UniSZA marilah sertai kami! Tempat adalah terhad.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

http://www.wasap.my/60179269321 - HAMIZAH
http://www.wasap.my/601119805880 - HUZAILI

Sekian terima kasih.

Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Sesi 2017/2018
#teamFESP
#TeamFPP πŸ“‘ pinned Β«πŸ’» Program KURSUS REKA GRAFIK PHOTOSHOP Assalamualaikum dan salam sejahtera warga UNISZA, kursus reka grafik photoshop akan diadakan dan terbuka kepada semua pelajar UniSZA. Tempat adalah terhad untuk 30 orang peserta sahaja! Mari sertai kami πŸ™†πŸ»πŸ™†πŸ»β€β™‚ Berikut…»
[PENGENALAN MEDIA SOSIAL FESP UNISZA]

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FESP UNISZA.

Buat makluman semua, sebanyak tiga saluran perhubungan MEDIA SOSIAL FESP UNISZA telah diwujudkan bagi menyalurkan maklumat mengenai info semasa, hebahan, dan program-program yang akan atau telah dianjurkan oleh pihak FAKULTI DAN PMFESP.

Para pelajar boleh mengikuti kesemua media sosial agar maklumat terkini dapat disampaikan secara terus.

Antara saluran media sosial pihak FESP adalah:
1) Facebook: FESP UniSZA
https://facebook.com/fespunisza/
https://facebook.com/PMFESPUniSZA
2) Instagram: @fesp.unisza
https://instagram.com/fesp.unisza/
3) Telegram: #TeamFESP
https://t.me/TeamFESP

Jadi, para pelajar bolehlah LIKE dan FOLLOW media sosial di atas supaya maklumat yang akan disampaikan tidak terlepas.

Sekian.

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN 17/18
#teamFESP
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Isnin | 15 Januari 2018

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada sahabat kita, saudara Fadil Asyraf, pelajar Diploma Pengurusan Sumber Manusia, semester 5 dari Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan, telah meninggal dunia sebentar tadi.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sekian.

Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan (PMFESP), 17/18
[PERINGATAN UNTUK MELENGKAPKAN MAKLUMAT PELAJAR DALAM PORTAL PELAJAR]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua ahli Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan UNISZA.

Buat peringatan semua, para pelajar WAJIB mengisi maklumat peribadi, keluarga, dan nombor telefon waris yang boleh dihubungi terutamanya. Hal ini kerana, jika berlaku sebarang kes terhadap pelajar terutamanya kecederaan atau kemalangan, kes tersebut akan mendapat perhatian daripada pihak UNISZA terutamanya HEPA UNISZA dan FAKULTI. Ini supaya pelajar berkenaan diberi bantuan daripada pelbagai sudut.

Buat makluman juga, jika ada sebarang kecederaan atau kemalangan yg berlaku terhadap pelajar terutamanya pelajar FESP, kalian perlu maklumkan kepada mana-mana ahli jawatankuasa FESP yang dikenali atau yang berdekatan dengan anda.

Sebarang kerjasama daripada pelajar-pelajar amatlah dihargai.

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN SESI 2017/2018
|MAKLUMAN SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2017/2018|

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Kohort Baharu.

Semakan keputusan peperiksaan akhir bagi semester 1 sesi 2017/2018 sudah boleh mula disemak hari ini.

Sehubungan dengan itu, para pelajar boleh mengakses melalui Portal Pelajar > Menu > Info Pelajar > Keputusan Peperiksaan

Anda diingatkan agar save as PDF untuk sebarang urusan penting.

Sekian, harap maklum.

Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan

Puteri Wan Nur 'Izzati binti Azhari
Alya Zulaikha binti Abd Kadir
Exco Akademik & Integriti
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2017/2018

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MPPUniSZA