#TeamFPP πŸ“‘
1.54K subscribers
918 photos
9 videos
46 files
221 links
This channel is provided to announce any informations to all Faculty of Business and Management members
Download Telegram
[SELAMAT HARI PEKERJA 2020]

Kami daripada barisan Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, UniSZA mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh pekerja sama ada kakitangan awam mahupun swasta serta rakyat Malaysia yang sedang berkhidmat di dalam ataupun luar negara terutamanya kepada petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus membasmi penularan wabak COVID-19.

#TeamFPP
[SELAMAT HARI IBU]

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kami barisan pimpinan Fakulti Perniagaan & Pengurusan ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita bergelar ibu.

Terima kasih melahirkan, menyusukan serta membesarkan kami dengan sempurna. Semoga Tuhan membalas jasa2 anda yang tiada tandingannya.

#TeamFPP
[ SELAMAT HARI GURU 2020 ]

" Berguru Demi Ilmu ,
Bina Generasi Baharu "

Kami barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Perniagaan dan Pengurusan ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang mempunyai kerjaya amat mulia iaitu 'Guru' berkhidmat sebagai pendidik sama ada di sekolah, universiti, kolej serta di tempat pengajian yang lain.

Tanggal 16 Mei setiap tahun Sambutan Hari Guru disambut untuk memperingati dan menghargai jasa para guru yang tidak jemu untuk mendidik anak muridnya.

Guru mampu melahirkan ribuan masyarakat yang hebat, tanpa guru tiadalah orang2 yang bekerjaya.

Terima kasih Guru, Jasamu Dikenang.

#TeamFPP
Assalamualaikum wbk dan Salam Sejahtera.

Berikut merupakan Notis yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan setelah perbincangan secara teliti dilakukan bersama pihak pengurusan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan.

Demi kebaikan semua pihak, pihak fakulti telah bersetuju untuk memutuskan pelajar yang berada di luar Terengganu meminta bantuan rakan yang berada di Terengganu untuk menghantarkan bahan ilmiah atau komputer riba secara pos demi kelangsungan PdP atas talian yang bakal dilaksanakan kelak. Resit kos penghantaran perlu disimpan dan di hantar ke β€˜Google Form’ yang telah disediakan.

Kami berharap dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar mendapatkan PdP yang berkualiti. Stay Home and Stay Safe.

_Productive, Prestige, Persistent_
Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Sesi 2019/2020
Fakulti Perniagaan dan Pengurusan
Universiti Sultan Zainal Abidin
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pihak pengurusan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan akan mengadakan satu taklimat secara webinar berkaitan System Kajian Pengesahan Graduan (SKPG) kepada semua pelajar FPP yang menduduki tahun akhir. Diharapkan semua pelajar tahun akhir dapat memberi perhatian kepada tarikh yang telah ditetapkan seperti jadual diatas. Link kepada webinar akan diberikan kemudian.

Productive, Prestige, Persistent
Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Sesi 2019/2020
Universiti Sultan Zainal Abidin

Follow dan Like kami di sosial media berikut untuk hebahan lanjut

Facebook : Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA | Persatuan Mahasiswa FPP
Instagram : @fpp.unisza
Telegram : #TeamFPP
πŸ“’πŸ“’ *TAKLIMAT WEBINAR SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)- FPP*πŸ“’πŸ“’

πŸ“ *TARIKH : 8 JULAI 2020 (Rabu)*

πŸ“ *MASA : 2.00 PTNG - 4.00 PTNG*

πŸ“ *LINK Cisco WebEx* : https://unisza.webex.com/unisza/onstage/g.php?MTID=eb6acfb63bb6bb3a6e322be5abaa4d7d8


πŸ“ *EVENT NUMBER :*
166 309 1092

πŸ“ *EVENT PASSWORD :* 123456789

Jangan lupa temu janji kita
πŸ“’πŸ“’ *TAKLIMAT WEBINAR SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)- FPP*πŸ“’πŸ“’

πŸ“ *TARIKH : 9 JULAI 2020 (KHAMIS)*

πŸ“ *MASA : 10.00 PG - 12.00 TGHR*

πŸ“ *LINK Cisco WebEx* : https://unisza.webex.com/unisza/onstage/g.php?MTID=e727db1c500b1ac806723e7c061b76c78


πŸ“ *EVENT NUMBER :*
166 862 4643

πŸ“ *EVENT PASSWORD :* 123456789

Jangan lupa temu janji kita
πŸ“’πŸ“’ *TAKLIMAT WEBINAR SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)- FPP*πŸ“’πŸ“’

πŸ“ *TARIKH : 9 JULAI 2020 (KHAMIS)*

πŸ“ *MASA : 2.00 PTG - 4.00 PTG*

πŸ“ *LINK Cisco WebEx* : https://unisza.webex.com/unisza/onstage/g.php?MTID=eddfd688234cc173b8dbed471e9ee2fce


πŸ“ *EVENT NUMBER :*
166 702 7223

πŸ“ *EVENT PASSWORD :* 123456789

Jangan lupa temu janji kita
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

*Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir*

Barisan ahli kabinet PMFPP ingin mengucapkan selamat maju jaya bagi semua pelajar UniSZA khususnya daripada Fakulti Perniagaan dan Pengurusan. Di norma baru ini, kita akan mengadakan peperiksaan dengan cara baru atau β€˜on-line’. Jangan kita jadikan norma baru ini sebagai penghalang untuk kita kekal cemerlang dalam akademik. Kami mendoakan supaya semua pelajar dapat menjalani peperiksaan dengan lancar.

Productive, Prestige, Persistent
Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Sesi 2019/2020
Universiti Sultan Zainal Abidin

Follow dan Like kami di sosial media berikut untuk hebahan lanjut

Facebook : Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA | Persatuan Mahasiswa FPP
Instagram : @fpp.unisza
Telegram : #TeamFPP
Assalamualaikum saudara dan saudari. Kita akan menempuh peperiksaan akhir mulai 13 Julai ini dalam suasana norma baharu. Ia takdir Allah ke atas kita. Pasti ada hikmah di sebalik takdir ini. Kami mendoakan saudara dan saudari diberi kemudahan dan kejayaan. Kami juga berharap mulai semester ini, tiada lagi pelajar FPP dihadapkan ke mahkamah atas tindakan meniru atau memberi tiru. Jika sebaliknya, pihak fakulti akan mengesyorkan tindakan buang universiti walau sekecil apa pun kesalahan meniru atau memberi tiru. Kami yakin saudara dan saudari amat mementingkan keberkatan dalam menimba ilmu ini. Ke hadrat Ilahi, semoga saudara dan saudari berjaya membuatkan orang tua tersenyum melihat kejayaan masing-masing.

Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan
UniSZA
11.7.2020
Jam 5.55 petang