#TeamFPP πŸ“‘
1.55K subscribers
915 photos
9 videos
46 files
221 links
This channel is provided to announce any informations to all Faculty of Business and Management members
Download Telegram
[MAKLUMAN KEPADA PELAJAR FPP YANG TIDAK MENERIMA KELENGKAPAN MMS 2020/2021]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada mana-mana pelajar Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP) yang tidak menerima barang-barang kelengkapan MMS bagi sesi 2020/2021 yang lepas, anda diminta untuk mengisi Google Form di bawah bagi mengenal pasti jumlah bilangan pelajar yang tidak menerima barang-barang tersebut. Nama-nama ini akan dibawa ke pihak pengurusan HEPA untuk tindakan lanjut.

Pautan Google Form;
πŸ“Œ https://forms.gle/DBXkDU6R37FYSptz8

Tempoh yang diberikan untuk mengisi data anda adalah sehingga 2 Jun 2022

Kami mohon kerjasama dan tindakan yang segera daripada para pelajar berkaitan. Kerjasama dan perhatian pelajar FPP yang berkenaan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sebarang persoalan;
Muhammad Nor Syabirin:
https://wa.me/+60129907670
Nadiah Solehah:
https://wa.me/+601135699185

Sekian, terima kasih.

*"Productive, Prestige, Persistent"*

Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Sesi 2021/2022
Universiti Sultan Zainal Abidin

Follow dan Like kami di media sosial berikut untuk hebahan lanjut.

Facebook : Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA | Persatuan Mahasiswa FPP
Instagram : @fpp.unisza
Telegram : #TeamFPP
Assalamualaikum and greetings from PMFPP!

We're here to tell you that we've got a VERY exciting programme coming up, and it's called the GLOBAL ISLAMIC ECONOMICS FORUM (GIEF) featuring international panelists that will shed light on the Islamic Economics scene around the world as well as giving some career tips for students like us!

Details of the event are as follows:-

πŸ—“οΈDate: 3rd June 2022 (Friday)
⏱️Time: 9:00pm (Malaysia), 8:00pm (Jakarta), 4:00pm (Manama)
πŸ“ŒPlatform: Live on PMFPP's official Facebook page

If you're interested in joining, do fill up the Google Form in the following link to secure your e-certificate:-
https://forms.gle/3Rcywz2ha5SAeAt46

We're BEYOND excited to share this project with you guys, and we certainly can't wait to see you there!

This programme is organized by the Faculty of Business & Management Student Association of UniSZA in cooperation with the management team at the Faculty of Business & Management of UniSZA.

This programme also involves a strategic collaboration with Pejabat TNC HEPA UniSZA, Pusat Alumni UniSZA, Persatuan Alumni FPP UniSZA, Pusat Kerjaya Teknousahawan & Jaringan Pintar UniSZA, Institute for Development of Economics & Finance Jakarta, and the University College of Bahrain.

-----------------------------

*"Productive, Prestige, Persistent"*

Follow and like our social media pages for more information:
πŸ“² Facebook : Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan
πŸ“² Instagram : Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan

#Team PMFPP UniSZA
#Team Persatuan Alumni FPP UniSZA
PRAPENDAFTARAN KURSUS BAGI SEMESTER PENDEK DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SESI 2022/2023

1. Adalah dimaklumkan prapendaftaran semester pendek sesi 2022/2023 bagi yang terlibat telah dibuka seperti ketetapan berikut:

πŸ—“οΈ 05 Jun hingga 18 Jun 2022
πŸ“ Portal Pelajar UniSZA di bahagian Pendaftaran Kursus > Pra daftar

2. Semua pelajar yang terlibat diwajibkan membuat prapendaftaran kursus.

3. Sekiranya pelajar masih terdapat yuran tertunggak @ yuran berbaki bagi semester I sesi 21/22 - pelajar wajib menyelesaikan yuran tersebut sebelum membuat pradaftar.

4. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan kursus yang ditawar @ kursus yang akan diambil, dipohon pelajar merujuk dengan KPP masingΒ².

5. Jika terdapat sebarang masalah dengan sistem pendaftaran ,dipohon untuk merujuk dengan Seksyen Penjadualan, Rekod dan Pendaftaran Kursus.

6. Slip prapendaftaran WAJIB dicetak atau dimuat turun untuk simpanan sebagai bukti jika berlaku sebarang masalah yang tidak diigini.

Sekian, terima kasih.

"Productive, Prestige, Persistent"

Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Sesi 2021/2022

Ikuti kami di laman sosial rasmi kami di:

Facebook: Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA | Persatuan Mahasiswa FPP
Instagram: @fpp.unisza
Telegram: TeamFPP
DIRGAHAYU TUANKU SEMPENA HARI KEPUTERAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga FPP.

Kami dari pihak Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (PMFPP) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Semoga Allah melanjutkan usia Tuanku dengan kebaikan dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Daulat Tuanku!

Sekian, terima kasih.

"Productive, Prestige, Persistent"

Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Sesi 2021/2022

Ikuti kami di laman sosial rasmi kami di:

Facebook: Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA | Persatuan Mahasiswa FPP
Instagram: @fpp.unisza
Telegram: TeamFPP
*DIRECT PLACEMENT ENGLISH TEST (DEPT) PERKESO*

πŸ‘©πŸ»β€πŸŽ“Anda *bakal graduan/alumni UniSZA* ?

πŸ‘¨πŸ»β€πŸ’»Ingin *Networking bersama Majikan* dan *peluang bekerja dgn majikan* yg berdaftar dibawah *PERKESO*.

➑️Program akan bermula *bulan Jun/Julai 2022 secara online*

πŸ“£ *Pelajar tahun akhir FPP WAJIB sertai program ini & penyertaan percuma.*

Link utk pelajar maklumat diri adalah seperti berikut:

https://forms.gle/ZKKAGBxEFD8kgg386

#tingkatkanGEUniSZA
JEMPUTAN MAHASISWA UNTUK MENGHADIRI PROGRAM KEPIMPINAN KELUARGA MALAYSIA MAHASISWA UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) akan mengadakan Program Kepimpinan Keluarga Malaysia Mahasiswa UniSZA kepada pelajar UniSZA termasuklah Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP). Ianya merupakan salah satu inisiatif latihan untuk memberi pendedahan kepada golongan mahasiswa agar mereka aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan meningkatkan kemahiran berkaitan kepimpinan altruistik.

Butiran program seperti berikut:

πŸ—“οΈ Tarikh/Hari: 25 Jun 2022 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.00 pagi - 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Al-Mukhtafi Billah Shah UniSZA Kampus Gong Badak

🍽️ Makanan disediakan

Dengan itu, Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (PMFPP) menjemput para pelajar FPP yang berada di dan berdekatan dengan kampus untuk hadir ke program ini. Kami mengharapkan sambutan daripada setiap persatuan di bawah PMFPP untuk menghantar wakil sekurang-kurangnya seramai 10 orang. Nama peserta hendaklah dihantar melalui google form yang disediakan selewat-lewatnya 18 Jun 2022 (Sabtu).

πŸ‘‰πŸΌ Pautan untuk mendaftar nama: https://forms.gle/RcLnqzWnP4mrmysz5

Sekian, terima kasih.

"Productive, Prestige, Persistent"

Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Sesi 2021/2022

Ikuti kami di laman sosial rasmi kami di:

Facebook: Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA | Persatuan Mahasiswa FPP
Instagram: @fpp.unisza
Telegram: TeamFPP
πŸ“Œ [PROGRAM MENTOR MENTEE, BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT PERDANA FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan, kami daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (PMFPP UniSZA) menganjurkan BACAAN MENTOR MENTEE, BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT PERDANA. Program ini merupakan inisiatif daripada Pengurusan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan untuk memberi penekanan kepada pelajar-pelajar berkaitan disiplin menimba ilmu dengan pengurusan masa yang efektif dan juga sebagai wadah pertemuan secara Virtual diantara Mentee bersama Mentor akademik di FPP yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ—“οΈ Tarikh : 23 Jun 2022 (Khamis)
πŸ•š Masa : 10.30 AM - 12.00 PM
πŸ“Tempat : Live di PMFPP UniSZA & Cisco Webex
πŸ”— Link Webex: https://unisza.webex.com/unisza/j.php?MTID=m96ef5d75446e85e8577899bbe589fb20

Semua mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA diwajibkan untuk menyertai program ini bagi menjayakan program ini. Harap semua mahasiswa/I dapat menghadirkan diri keprogram ini. Link kehadiran mahasiswa/i adalah seperti berikut:
πŸ”— https://forms.gle/jXuTQBzkWLDAQw9H9

Bagi sesi perjumpaan secara maya mentee bersama mentor masing-masing, mentor perlu muat naik bukti screenshot perjumpaan tersebut di link Google Drive mengikut pusat pengajian masing-masing yang disediakan berikut:
πŸ”— https://drive.google.com/drive/folders/1gJbg-PeGfFfWS2PG1f0qm5zfmM2FMKuJ

Program ini akan dianjurkan oleh Pengurusan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan dan melibatkan kerjasama bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Pejabat TNC HEPA UniSZA, Pusat Kerjaya Teknousahawan & Jaringan Pintar UniSZA, Pusat Alumni UniSZA & Persatuan Alumni FPP UniSZA

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi no dibawah πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
☎️ Aina : https://wa.me/01161112560
☎️ Shaktiswari : https://wa.me/0163193670

Sekian, terima kasih.

"Productive, Prestige, Persistent"

Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Sesi 2021/2022

Follow and like our social media for more infomation:
πŸ“² Facebook : Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan
πŸ“² Instagram : Persatuan Mahasiswa Fakulti
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera kepada semua warga FPP

Kami dari Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (PMFPP) sesi 2021/2022 ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir kepada seluruh pelajar Fakulti Perniagaan dan Pengurusan yang akan bermula pada 03 Julai sehingga 20 Julai 2022.

Semoga semua pelajar diberikan ketenangan dan kelapangan dada semasa menjawab peperiksaan.

Sekian, terima kasih.

"Productive, Prestige, Persistent"

Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Sesi 2021/2022

Ikuti kami di laman sosial rasmi kami di:

Facebook: Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA | Persatuan Mahasiswa FPP
Instagram: @fpp.unisza
Telegram: TeamFPP
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga FPP.

Kami daripada pihak Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (PMFPP) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai 2022 M bersamaan 10 Zulhijah 1443 H.

Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan yang terkenal dengan ibadah korban yang sentiasa dijalankan setiap kali perayaan ini tiba dan sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita untuk melakukan ibadah korban binatang ternakan yang halal dimakan seperti lembu, kambing, biri-biri, unta.

Semoga Allah menerima segala amalan dan ibadah korban yang kita lakukan.

Sekian terima kasih,

"Productive, Prestige, Persistent"

Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Sesi 2021/2022

Ikuti kami di laman sosial rasmi kami di:

Facebook: Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA | Persatuan Mahasiswa FPP
Instagram: @fpp.unisza
Telegram: TeamFPP