#TeamFPP 📡
1.54K subscribers
918 photos
9 videos
46 files
221 links
This channel is provided to announce any informations to all Faculty of Business and Management members
Download Telegram
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera 🌸

Kami masih mencari pemain SAF bagi mewakili team FESP. Mari sertai kami

Sesiapa yang berminat untuk menyertai Ping Pong SAF. Sila hubungi no yang tertera:

Tarikh: 24 - 25/11/2017

Pingpong (P) : 013-636 6920 (Syazwani)
Pingpong (L) : 010-574 9267 (Faiq)


🔅 PROGRAM SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM TV1 🔅

Berikut merupakan maklumat tentang program di atas:

Tarikh: 23/11/2017
Masa: 8 malam
Tempat: DABS
Peserta: SEMUA PELAJAR KEWANGAN ISLAM TAHUN 1 & 2

Sehubungan dengan itu, pelajar berkenaan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.

#teamFESP
🔅PENCALONAN SISWAPRENUER MAKERTHON CHALLENGE @ GLOBAL ENTREPRENEURSHIP COMMUNITY SUMMIT 2017🔅

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Siswaprenuer Makerthon Challenge bersempena dengan Global Entrepreneurship Community Summit 2017 (GECommunity) yang akan diadakan pada 12 hingga 13 Disember 2017 di Kuala Lumpur Convention Centre.

3. Objektif Siswaprenuer Makerthon Challenge ini diadakan adalah untuk meningkatkan daya kreativiti dan inovatif pelajar dalam projek keusahawanan yang bertemakan 'Smart City, Smart Community'. Selain itu, program ini memupuk minat pelajar terhadap keusahawanan dengan pembelajaran melalui pengalaman dan aktiviti praktikal.

4. Sehubungan itu, Kementerian berbesar hati menjemput Institusi YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk mencalonkan seramai 2 orang pelajar yang terdiri daripada sekurang-kurangnya pelajar tahun kedua pengajian yang terlibat aktif dalam program keusahawanan dan mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang baik. Pelajar dikehendaki untuk melapor diri ke program ini pada ketetapan berikut:


Tarikh Pendaftaran: 11 Disember 2017 (Isnin)
Masa: 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat: Kuala Lumpur International Hotel
Tarikh Daftar Keluar: 14 Disember 2017 (Khamis)




Tarikh tutup permohonan adalah 24 November 2017 (Jumaat)
Sebarang info boleh hubungi :
Danial : 0142566951
Hajar : 01119414922


#teamFESP
🔅 KARNIVAL KEUSAHAWANAN, INDUSTRI DAN KERJAYA UNISZA (IECC@UNISZA) 2017🔅

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat makluman semua, pihak UniSZA akan mengadakan KARNIVAL KEUSAHAWANAN, INDUSTRI DAN KERJAYA UNISZA (IECC@UNISZA) 2017 pada hari berikut:

Tarikh: 24, 25 & 26 November 2017
Hari: Jumaat, Sabtu & Ahad
Tempat: Dewan al-Mukhtafi Billah Shah & Dewan Perdana


Peserta seramai 40 orang Mahasiswa Tahun Akhir bg fakulti FESP diperlukan bagj menyertai program ini.

Bagi sesiapa yg berminat menyertai program IECC@UNISZA, boleh serahkan NAMA, NO MATRIK & KOS kpd:

Hamizah- 0179269321

*pengecualian kuliah akan diberi bagi peserta yang menyertai 3 hari program ini.
Sekian terima kasih.

#teamfesp
Semoga berjaya kepada semua wakil FESP. BERUSAHA !
🔅PRAPENDAFTARAN KURSUS SEM II SESI 2017/2018🔅

PERHATIAN KEPADA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA KOHORT BARU

PraPendaftaran Kursus (Atas Talian)
26 November 2017 - 9 Disember 2017

PERHATIAN

1. Prapendaftaran kursus secara 'online' tidak dibenar menggunakan telefon pintar.

2. Bayaran DENDA dikenakan sebanyak RM 100.00 bagi pelajar yang TIDAK MEMBUAT PRAPENDAFTARAN KURSUS dan bayaran denda dibuat kepada Bendahari UniSZA.

3. Sebarang kesilapan prapendaftaran kursus adalah tanggungjawab pelajar.

4. Pelajar dikehendaki 'SAVE & PRINT' slip semasa prapendaftaran untuk semakan


"Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2017/2018 UniSZA


Puteri Wan Nur 'Izzati Binti Azhari
Alya Zulaikha Binti Abd Kadir
EXCO AKADEMIK DAN INTEGRITI

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MppUniSZA
Tahniah FESP kerana berjaya mendapat tempat ke-3 untuk sukan SAF kali ke-9. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam sukan SAF kali ini.
🔅MENTOR MENTEE FESP🔅

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga FESP.

Sukacita dimaklumkan bahawa MINGGU MENTOR MENTEE FESP yang bermula pada 26/11/17 - 30/11/17 dilanjutkan sehingga 3/12/17 - 7/12/7.

Semua pelajar DIWAJIBKAN untuk berjumpa mentor masing-masing untuk mengemaskini status pelajar serta membuat pengesahan bagi semester depan. Senarai nama mentor dan mentee boleh dilihat di papan kenyataan laluan Blok Aishah.

❗kegagalan pelajar berbuat demikian akan menyebabkan pendaftaran kursus tidak akan disahkan oleh mentor masing-masing
❗ Sila cakna dan bertindak untuk mengelak dari didenda atas kelewatan

Sekian, terima kasih

Exco Akademik dan Kecemerlangan
Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan (PMFESP) 2017/2018
Forwarded from #TeamFPP 📡

🗣 Program Public Speaking dan Debat

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FESP. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan akan mengadakan pertandingan public speaking dan debat peringkat fakulti. Sehubungan dengan itu, setiap kos adalah WAJIB menghantar wakil bagi mewakili persatuan masing-masing.

Berikut adalah butiran program:

📌 MASA : 8 pagi hingga 11 malam
📌 TARIKH : 15 dan 16 Disember 2017 (Jumaat dan Sabtu)
📌 TEMPAT : BA dan DKU
📌 PENYERTAAN BAGI SETIAP KOS :
1) Public Speaking - 2 peserta
2) Debat - satu kumpulan (3 peserta)


❗Nama peserta yang bertanding, boleh serahkan kepada YDP kos masing-masing sebelum 12hb Disember 2017 (selasa).

🎊 Mahasiswa/i FESP dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan✌🏼😄

Sekian terima kasih.

Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Sesi 2017/2018

#teamFESP
ASSALAMU'ALAIKUM

Jom kita like POSTER saudara Amirul Syafiq yang mewakili FESP di pertandingan POSTER SHABAS UniSZA...

1. Tekan link di bawah
2. Tekan gambar yang terpapar
3. Tekan like & share kepada org lain...

4. Jangan lupa sebarkan kepada rakan-rakan d group yang lain

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1629244827119163&id=100001009847762

#teamFESP #JomSupport #sejiwaFESP
🗣 Program Public Speaking dan Debat

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FESP. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan akan mengadakan pertandingan public speaking dan debat peringkat fakulti.
Berikut adalah butiran program:

📌 MASA :
8 pagi hingga 11 malam
📌 TARIKH :
15 Disember 2017 (Public speaking)
16 Disember 2017 (Debat)
📌 TEMPAT :
BA dan DKU

🎊 Mahasiswa/i FESP dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Sokonglah wakil PERSATUAN anda✌🏼😄

Sekian terima kasih. .

Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Sesi 2017/2018
.
#teamFESP
💻 Program KURSUS REKA GRAFIK PHOTOSHOP

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga UNISZA, kursus reka grafik photoshop akan diadakan dan terbuka kepada semua pelajar UniSZA. Tempat adalah terhad untuk 30 orang peserta sahaja! Mari sertai kami 🙆🏻🙆🏻‍♂

Berikut adalah butiran program:

📌 TARIKH : 23 DIS 2017 (Sabtu)
📌 MASA : 8:00 pagi - 10:30 malam
📌 PENCERAMAH: Amirul Syafiq B Che Ajizi (Tam)
📌 TAJUK CERAMAH : Tools and Graphic Design
📌 TEMPAT : Makmal Komputer Blok KH
📌 YURAN PENYERTAAN:
RM17
RM15 untuk 10 org pertama

✅ Sijil disediakan
✅ Makanan disediakan
✅ Software boleh install pada hari berkenaan
❗Laptop hak milik persendirian

**tarikh akhir pendaftaran (21/12/17) 9 MALAM

🎊 Mahasiswa/i UniSZA marilah sertai kami! Tempat adalah terhad.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

http://www.wasap.my/60179269321 - HAMIZAH
http://www.wasap.my/601119805880 - HUZAILI

Sekian terima kasih.

Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Sesi 2017/2018
#teamFESP