#TeamFPP 📡
1.54K subscribers
918 photos
9 videos
46 files
221 links
This channel is provided to announce any informations to all Faculty of Business and Management members
Download Telegram
🎉PUNGUTAN PINGAT MINGGU PERTAMA SAF 🎉


⚽FUTSAL (L) / (P) - GANGSA

🏸BADMINTON BEREGU (L) - EMAS & GANGSA

🏸BADMINTON INDIVIDU (L) - EMAS

🏐BOLA TAMPAR (P) - GANGSA

🏏WOODBALL (P) - SILVER

🏏WOODBAL (L) - KEEMPAT

🏸BADMINTON BEREGU (P) - EMAS

🏐BOLA BALING (L) - EMAS

🏐 BOLA BALING (P) - EMAS
PUNGUTAN PINGAT FESP MINGGU 1

EMAS - 5
PERAK - 1
GANGSA - 4
ASSALAMU'ALAIKUM

Tahniah di ucapkan kepada semua atlet FESP yang telah berjuang d karnival SUKAN ANTARA FAKULTI 2016...

Setakat FASA pertama ini, keputusan yg amat memberangsangkan dengan kutipan pingat yg sngat membanggakan...

TERIMA KASIH di ucapkan kepada semua pengurus dan atlet yg terlibat...

Bagi yg x bernasib baik, kita cuba d lain masa dan terus memberi sokongan kepada team2 yg akan berentap pada FASA 2 nanti...

TAHNIAH!!!

#teamFESP #FESPstyle #KamiFESP #Gayakami #carakami
Ingatan buat semua. Esok jangan lupa buat pra pendaftaran kursus, 20 November 2016 sehingga 3 Disember 2016

Boleh isi seperti biasa di Portal Pelajar UniSZA.

Maklumat lanjut mengenai proses pra pendaftaran boleh lihat di portal.

Terima kasih 😊
Susah nak khusyuk dalam solat? Baca ini.
Fresh graduate beli rumah pertama selepas 6 bulan mula bekerja! Ada yang kata mustahillah, menipulah, sembanglah. Korang boleh teruskan dengan cara korang dan tengok saja orang lain buat.

Muhamad Iqbal Hafifi
Beli 3 rumah selepas 16 bulan mula bekerja. Masa tu Iqbal dia berumur 25 tahun.

Lothfi Ishak
Beli 3 rumah selepas 4 bulan mula bekerja. Masa tu Lothfi berumur 22 tahun.

Syafieqah A'lya
Beli rumah pertama (superlink) selepas 18 bulan bekerja. Masa tu Syafieqah berumur 23 tahun. Rumah tu dibeli untuk keluarga.

Afiqah Nabilah
Beli rumah pertama selepas 5 bulan mula bekerja. Masa tu, Afiqah berumur 24 tahun.

Harith Faisal
Beli _ rumah selepas _ bulan mula bekerja. Masa tu, Harith berumur _ _ tahun.

Nak tau lebih lanjut kisah dorang? Korang boleh Google. InsyaAllah nanti jumpalah. Sebab kisah dorang memang pernah viral kat page dan website popular dulu-dulu. Boleh jadi motivasi kat korang.

Nak merungut lagi? Iyalah, korang kan pandai pandai. Buat hutang rumah tak bagus, tapi buat hutang kereta bagus. Kumpul 10% deposit rumah tu mustahil, tapi perabis duit kat rokok dan vape takpa pula.

Beli fon mahal-mahal dan selfie dekat tempat makan mahal sanggup, tapi keluar duit beli buku pasal urus kewangan atau pergi seminar hartanah tak sanggup. Bawah RM100 pun kau kata mahal!

Apasal susah-susah nak beli rumah, nak berjimat, nak korbankan masa muda korang. Teruskan saja merungut dan buat apa yang korang buat sekarang. Nanti cerahlah masa depan tu. Haha! - HF

#harithfaisal

SHARE lelaju tanpa was-was.
Assalamualaikum,

kepada pelajar FESP yang mohon kad Diskaun Siswa, minta ambil di pejabat Fakulti dengan segera.

segala permasalahan boleh rujuk di sana

sekian harap maklum
Aiman Banna:
Mencarut?
Mengutuk?
Bash // Hentam?

Apa salahnya? Jom kita telusuri satu persatu ya :)

[1] Mencarut.

"Isu besar ke? Biar je lah kan? Mulut je jahat. Yang penting hati baik. So it's okay la..."

Zaman Nabi dulu, ada wanita yang terkenal dengan solat, puasa dan sedekah. Tapi Nabi kata dia ahli Neraka.

Sebab apa?

Apakah solatnya tidak berjaya memasukkan dia dalam Syurga? Puasanya atau sedekahnya; tidak cukupkah menjadi tiket untuk dirinya menjadi ahli Syurga yang mulia?

Paseipa dia kena masuk Neraka..?

Kerana apa? Hanya kerana menyakiti orang lain yakni tetangganya dengan lidah.

Ya, hanya kerana lidah yang suka mengutuk dan mencaci orang lain jadi asbab masuk Neraka.

Tapi, hadis ini tidak terhenti di sini sahaja;

"Wahai Rasulullah, ada seorang wanita yang terkenal dengan sedikit puasa, sedekah dan solatnya, dia hanya bersedekah dengan sepotong keju, tetapi dia tidak menyakiti tetangganya dengan lisannya, "

Apakah respon Rasulullah?

"Dia di Syurga."

[Hadis Ahmad; 9298]

SubhanaAllah. Mudahnya untuk masuk Syurga dengan lisan TETAPI amat mudah juga untuk masuk Neraka hanya dek kerana lisan juga.

Anda yang pilih, adakah lidah pinjaman Allah ini kita ingin gunakan sebagai tiket ke, Syurga // Neraka. Anda pilih. Jika nak ke Syurga Allah, janganlah mencarut, berkata kasar dan kesat.

Muhasabah, apakah mulut kita banyak mengumpat atau selawat? Banyak mencarut kasar-kasar atau baca quran dengan lancar? Banyak memaki mencaci atau banyak 'mencuci hati'?

Tak sembang bab mengumpat lagi. Lagi besar ceritanya. Ha...

Oleh itu, pilihlah 'tiket' anda dengan bijak.
Anda mampu mengubahnya!

---

[2] Mengutuk, bash & menghentam.

Bila kita mencarut dan mengutuk seseorang, sebenarnya kitalah lagi busuk dan teruk daripada apa yang kita kutukkan.

Jom telusuri sebuah hadis yang sohih daripada Nabi kecintaan kita;

"Apabila ada seseorang yang berkata; 'Celakalah manusia', maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka."
HR Muslim, 4755.

Islam mengajar kita supaya jaga lisan, kerana antara asbab mudah masuk Neraka ialah kerana lisan. Jagalah hubungan dengan manusia di sekelilingmu sebaiknya kerana di akhirat kelak, Allah tidak tanya tentang habluminallah sahaja, tetapi habluminannaas juga akan dipersoal.

Rapuhnya tali ikatan hubungan sesama manusia, maka akan rapuh juga tali sirat kita untuk masuk Syurga Allah kelak.

Oleh itu, di saat kita nak mengutuk dan memburukkan orang lain, ingat-ingatkanlah akhirat ya :)

Moga Allah cinta dan redha.
Moga Allah kurnia Syurga...

Seorang Hamba,
Aiman Banna.

P/s: sebarkan andai anda rasa ianya bermanfaat #Share
Akim_rimtc:
🤗 Assalamualaikum 🤗

Buat julung kalinya, pelajar RMT 7 akan mengadakan Seminar berbentuk Konferens pada hari Khamis(24/11/2016) di Dewan Perdana UniSZA. 🏛

Semua pelajar FESP dijemput untuk hadir tanda memberikan sokongan sekaligus dapat memeriahkan majlis ini.

Pelbagai slot menarik yang bakal anda alami dan terpaksa miliki antaranya:

✅ Peluang berinteraksi dgn CEO YPM Insurance Broker.

✅ Saksikan penyampaian 9 peserta hebat dari kalangan pelajar.

✅ 100 peserta terawal terpaksa terima free give away beg 2d limited edition(siapa cepat dia dpt) 💯❗️

✅ Lebih 10 cabutan bertuah yg bukan biasa2 antaranya pakej percutian 2d1n secara percuma, sesi tunggangan kuda khas percuma, hamper, barangan digital dan mcm2 lagi. 🎁🎊🎉

Maklumat program:
Tajuk: Seminar Risk and Control Series 5
Tarikh: 24 November 2016 (esok)
Tempat: Dewan Perdana, UniSZA
Tema: "Ensuring Excellent Performance of Organization Through High Leadership Quality."

SIMPAN TARIKH ANDA UNTUK BERSAMA KAMI ESOK! 😊😊
#SRCSERIES52016
*TINGGAL KURANG 24 JAM SAHAJA LAGI!!!*
======================================

Pendaftaran *HIPSTER KEWANGAN & HARTANAH* masih dibuka sehingga tepat *jam 12.00 TENGAH MALAM INI*. *CEPAT* daftar *SEBELUM* pendaftaran *DITUTUP*.
Aiman Banna:
KAJI SELIDIK MASALAH ANAK MUDA, KONGSIKAN BERSAMA KAMI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pihak kami sedang dalam proses untuk mengumpul maklumat dan membuat kajian mengenai masalah-masalah dan isu-isu yang berlaku dalam kalangan anak-anak muda.

Antara yang menjadi perhatian kami ialah; anda berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Cuma, kadangkala anda sendiri tidak tahu bagaimana untuk berubah dan masih keliru apakah solusi yang terbaik untuk menangani masalah anda.

Jadi, pihak kami sedang menyediakan alternatif kepada masalah anda! Lebih menarik lagi apabila pihak kami menyediakan perkhidmatan ini secara percuma, kajian yang tepat, dan rujukan yang sahih.

Namun begitu, kami memerlukan kerjasama anda untuk memberikan beberapa maklumat kepada kami, iaitu:

(1) Nama (optional), umur, belajar / bekerja di mana.

(2) Apa masalah anda? (apa-apa sahaja)

(3) Apa punca kepada masalah anda?

(4) Solusi yang pernah anda lakukan?

(5) Apa yang membuatkan solusi anda tidak berjaya?

(6) Adakah anda serius ingin berubah?

Hantarkan segala maklumat anda kepada email inspiraseee@gmail.com bermula sekarang sehingga 1 Disember 2016.

Usaha untuk mencari redha Allah bermula daripada anda sendiri, bukan orang lain. Jika tidak sekarang, bila lagi? Peluang untuk berubah sentiasa ada, selagi ajal tidak menjemput kita.

Kongsikan bersama kami!
TAHNIAH !!
Tahniah diucapkan kpd team FESP atas kemenangan SAF pada hri ini

Bola Sepak : EMAS
Memanah (L) : Tempat ke-4
Memanah (P) : GANGSA

Semoga semua atlet terus bersemangat untuk berentap. Pada minggu hadapan dalam sukan olahraga.

#teamfesp #Carakami #Gayakami
PUNGUTAN PINGAT FESP📢

MINGGU 1

EMAS - 5
PERAK - 1
GANGSA - 4

MINGGU 2

EMAS - 1
PERAK - 0
GANGSA - 1
Dalam hidup ini kita tak akan dapat semua benda,

Belajar untuk melepaskan jika kita ingin mendapatkan sesuatu.

Pagi lagi ? Assalamualaikumm