#TeamFPP 📡
1.54K subscribers
918 photos
9 videos
46 files
221 links
This channel is provided to announce any informations to all Faculty of Business and Management members
Download Telegram
Aiman Banna:
Mencarut?
Mengutuk?
Bash // Hentam?

Apa salahnya? Jom kita telusuri satu persatu ya :)

[1] Mencarut.

"Isu besar ke? Biar je lah kan? Mulut je jahat. Yang penting hati baik. So it's okay la..."

Zaman Nabi dulu, ada wanita yang terkenal dengan solat, puasa dan sedekah. Tapi Nabi kata dia ahli Neraka.

Sebab apa?

Apakah solatnya tidak berjaya memasukkan dia dalam Syurga? Puasanya atau sedekahnya; tidak cukupkah menjadi tiket untuk dirinya menjadi ahli Syurga yang mulia?

Paseipa dia kena masuk Neraka..?

Kerana apa? Hanya kerana menyakiti orang lain yakni tetangganya dengan lidah.

Ya, hanya kerana lidah yang suka mengutuk dan mencaci orang lain jadi asbab masuk Neraka.

Tapi, hadis ini tidak terhenti di sini sahaja;

"Wahai Rasulullah, ada seorang wanita yang terkenal dengan sedikit puasa, sedekah dan solatnya, dia hanya bersedekah dengan sepotong keju, tetapi dia tidak menyakiti tetangganya dengan lisannya, "

Apakah respon Rasulullah?

"Dia di Syurga."

[Hadis Ahmad; 9298]

SubhanaAllah. Mudahnya untuk masuk Syurga dengan lisan TETAPI amat mudah juga untuk masuk Neraka hanya dek kerana lisan juga.

Anda yang pilih, adakah lidah pinjaman Allah ini kita ingin gunakan sebagai tiket ke, Syurga // Neraka. Anda pilih. Jika nak ke Syurga Allah, janganlah mencarut, berkata kasar dan kesat.

Muhasabah, apakah mulut kita banyak mengumpat atau selawat? Banyak mencarut kasar-kasar atau baca quran dengan lancar? Banyak memaki mencaci atau banyak 'mencuci hati'?

Tak sembang bab mengumpat lagi. Lagi besar ceritanya. Ha...

Oleh itu, pilihlah 'tiket' anda dengan bijak.
Anda mampu mengubahnya!

---

[2] Mengutuk, bash & menghentam.

Bila kita mencarut dan mengutuk seseorang, sebenarnya kitalah lagi busuk dan teruk daripada apa yang kita kutukkan.

Jom telusuri sebuah hadis yang sohih daripada Nabi kecintaan kita;

"Apabila ada seseorang yang berkata; 'Celakalah manusia', maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka."
HR Muslim, 4755.

Islam mengajar kita supaya jaga lisan, kerana antara asbab mudah masuk Neraka ialah kerana lisan. Jagalah hubungan dengan manusia di sekelilingmu sebaiknya kerana di akhirat kelak, Allah tidak tanya tentang habluminallah sahaja, tetapi habluminannaas juga akan dipersoal.

Rapuhnya tali ikatan hubungan sesama manusia, maka akan rapuh juga tali sirat kita untuk masuk Syurga Allah kelak.

Oleh itu, di saat kita nak mengutuk dan memburukkan orang lain, ingat-ingatkanlah akhirat ya :)

Moga Allah cinta dan redha.
Moga Allah kurnia Syurga...

Seorang Hamba,
Aiman Banna.

P/s: sebarkan andai anda rasa ianya bermanfaat #Share
Akim_rimtc:
🤗 Assalamualaikum 🤗

Buat julung kalinya, pelajar RMT 7 akan mengadakan Seminar berbentuk Konferens pada hari Khamis(24/11/2016) di Dewan Perdana UniSZA. 🏛

Semua pelajar FESP dijemput untuk hadir tanda memberikan sokongan sekaligus dapat memeriahkan majlis ini.

Pelbagai slot menarik yang bakal anda alami dan terpaksa miliki antaranya:

✅ Peluang berinteraksi dgn CEO YPM Insurance Broker.

✅ Saksikan penyampaian 9 peserta hebat dari kalangan pelajar.

✅ 100 peserta terawal terpaksa terima free give away beg 2d limited edition(siapa cepat dia dpt) 💯❗️

✅ Lebih 10 cabutan bertuah yg bukan biasa2 antaranya pakej percutian 2d1n secara percuma, sesi tunggangan kuda khas percuma, hamper, barangan digital dan mcm2 lagi. 🎁🎊🎉

Maklumat program:
Tajuk: Seminar Risk and Control Series 5
Tarikh: 24 November 2016 (esok)
Tempat: Dewan Perdana, UniSZA
Tema: "Ensuring Excellent Performance of Organization Through High Leadership Quality."

SIMPAN TARIKH ANDA UNTUK BERSAMA KAMI ESOK! 😊😊
#SRCSERIES52016
*TINGGAL KURANG 24 JAM SAHAJA LAGI!!!*
======================================

Pendaftaran *HIPSTER KEWANGAN & HARTANAH* masih dibuka sehingga tepat *jam 12.00 TENGAH MALAM INI*. *CEPAT* daftar *SEBELUM* pendaftaran *DITUTUP*.
Aiman Banna:
KAJI SELIDIK MASALAH ANAK MUDA, KONGSIKAN BERSAMA KAMI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pihak kami sedang dalam proses untuk mengumpul maklumat dan membuat kajian mengenai masalah-masalah dan isu-isu yang berlaku dalam kalangan anak-anak muda.

Antara yang menjadi perhatian kami ialah; anda berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Cuma, kadangkala anda sendiri tidak tahu bagaimana untuk berubah dan masih keliru apakah solusi yang terbaik untuk menangani masalah anda.

Jadi, pihak kami sedang menyediakan alternatif kepada masalah anda! Lebih menarik lagi apabila pihak kami menyediakan perkhidmatan ini secara percuma, kajian yang tepat, dan rujukan yang sahih.

Namun begitu, kami memerlukan kerjasama anda untuk memberikan beberapa maklumat kepada kami, iaitu:

(1) Nama (optional), umur, belajar / bekerja di mana.

(2) Apa masalah anda? (apa-apa sahaja)

(3) Apa punca kepada masalah anda?

(4) Solusi yang pernah anda lakukan?

(5) Apa yang membuatkan solusi anda tidak berjaya?

(6) Adakah anda serius ingin berubah?

Hantarkan segala maklumat anda kepada email inspiraseee@gmail.com bermula sekarang sehingga 1 Disember 2016.

Usaha untuk mencari redha Allah bermula daripada anda sendiri, bukan orang lain. Jika tidak sekarang, bila lagi? Peluang untuk berubah sentiasa ada, selagi ajal tidak menjemput kita.

Kongsikan bersama kami!
TAHNIAH !!
Tahniah diucapkan kpd team FESP atas kemenangan SAF pada hri ini

Bola Sepak : EMAS
Memanah (L) : Tempat ke-4
Memanah (P) : GANGSA

Semoga semua atlet terus bersemangat untuk berentap. Pada minggu hadapan dalam sukan olahraga.

#teamfesp #Carakami #Gayakami
PUNGUTAN PINGAT FESP📢

MINGGU 1

EMAS - 5
PERAK - 1
GANGSA - 4

MINGGU 2

EMAS - 1
PERAK - 0
GANGSA - 1
Dalam hidup ini kita tak akan dapat semua benda,

Belajar untuk melepaskan jika kita ingin mendapatkan sesuatu.

Pagi lagi ? Assalamualaikumm
#TeamFESP📡:
#TeamFESP📡:
TAHNIAH!!!

Program HIPSTER KEWANGAN DAN HARTANAH anjuran Islamic Finance Student Association akhirnya melabuh tirai dengan jayanya...

PMFESP menyokong segala aktivti yg d anjurkan oleh Persatuan di bawah FESP...

Tahniah pengarah dan seluruh jawatankuasa yg terlibat..

#teamFESP #caraKami #IFSA #gayaKami
🚌 Jadual Bas SAF ke Mini Stadium Gong Badak 🚌

🏆 Kampus Besut :

2/12/2016 (Jumaat)

✅2 buah bas akan disediakan.

✅ Masa dan Lokasi pergi : 6.45pagi (Surau Ar Raudhah)

✅ Lokasi balik : 5.00ptg (Mini Stadium Gong Badak)

✅ Pengiring : En. Ezrain

✅ Pemandu Bas :
1. En. Mohd Ropi- 0139377251 (TAM 9377)

2. En. Haffsyan - (TAR 7783)



🏆Kampus Perubatan :

2/12/2016 (Jumaat)

✅1 buah bas panjang akan disediakan.

✅ Masa dan Lokasi pergi : 7.00pagi (Asrama Maidam)

✅ Lokasi balik : 5.00ptg (Mini Stadium Gong Badak)

✅ Pemandu Bas :
1. En. Mohd Jaiz - 0199733844 (TBH 9947)


🏆Kampus Gong Badak

2/12/2016 (Jumaat)

✅1 buah bas panjang akan disediakan.

✅ Masa dan Lokasi pergi : 7.00pagi (Foyer Asrama)

✅ Lokasi balik : 5.00ptg (Mini Stadium Gong Badak)

✅ Pemandu Bas :
1. En. Wan Nordin - 0129063048
TAHNIAH UNTUK ATLET-ATLET FESP UNTUK PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN UNTUK ACARA PAGI INI . SEMOGA ACARA PETANG INI DAN SETERUSNYA DAPAT MEMBERIKAN KEPUTUSAN YANG MEMBANGGAKAN . TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DARI KAMI 🤗


• LONTAR PELURU (P) JOHAN

• LONTAR PELURU (L) GANGSA

• 3000m (L) PERAK

• 4x100 (L) GANGSA
[Majlis Perasmian Penutup Sukan Antara Fakulti kali ke 8]

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

Sukacita dimaklumkan,akan diadakan Majlis Perasmian Penutup Sukan Antara Fakulti dan Pertandingan Persembahan Antara Fakulti pada ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Disember 2016 (Sabtu)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Dewan Al-Muktafi Billah Shah

Majlis tersebut juga akan mengumumkan juara keseluruhan bagi Sukan Antara Fakulti UniSZA kali ke-8.

Ayuh turun bersama-sama tunjukkan semangat menyokong fakulti kesayangan anda!

sekian terima kasih

'Penyatuan Mahasiswa Pemangkin Transformasi Negara'

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2016/2017
TAHNIAH KEPADA SEMUA ATLET DI ATAS KEMENANGAN YANG AMAT MEMBANGGAKAN 🎉

ANDA SEMUA MEMANG HEBAT ! 💪🏽

TANPA KALIAN FESP TIDAK AKAN MELANGKAH SEJAUH INI . SEMOGA ANDA SEMUA TERUS BERJUANG UNTUK FESP PADA SAF YANG AKAN DATANG . 🏃🏻

TERIMA KASIH DARI KAMI PIHAK FESP 💕
🎱 LONTAR PELURU (P) - EMAS

🎱 LEMPAR CAKERA (L) -GANGSA

🏹 REJAM LEMBING (P) - PERAK

🏃🏻3000m (L) PERAK

🏃🏽‍♀️3000m (P) - GANGSA

🏃🏻200M (L) -PERAK

🏃🏽‍♀️400M (L/P) - PERAK

🏃🏻800M (L/P)- PERAK

🏃🏻4x100m (L)- GANGSA

🏃🏻4x400 (L) - PERAK

🏃🏽‍♀️4x400 (P)- GANGSA


🎗KESELURUHAN KEPUTUSAN OLAHRAGA FESP SAF 8 🎉

🏆 1 EMAS
🏅8 PERAK
🎖4 GANGSA
Satu tips untuk berjaya. Jangan ada sifat iri hati or dengki dgn kejayaan orang Iain, sebab itu rezeki dia. Rezeki kau Allah bagi nanti.

Salam Tengah Hari🙂
Dalam hidup kena berani untuk berubah.

Jangan kerana tak mahu kerja lebih, tak mahu keluar dari zon selesa, kita tolak perubahan.

Berubahlah, untuk menjadi lebih baik.