#TeamFPP 📡
1.54K subscribers
918 photos
9 videos
46 files
221 links
This channel is provided to announce any informations to all Faculty of Business and Management members
Download Telegram
Prosedur untuk mengundi (8/12/19):

1. Sila bawa kad matrik atau IC pada hari mengundi berkenaan.
2. Mengundi di tempat yang telah ditetapkan di fakulti masing-masing.
3. Sila lakukan pengundian dalam masa yang telah ditetapkan iaitu antara jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Kelas akan berlangsung seperti biasa pada hari mengundi.

Pengundian Calon:

1. CALON KAWASAN UMUM

- 6 fakulti yang akan disenaraikan.
FPP
FKI
FSK
FUHA
FBK
FBIM
(FRIT, FP, FSSG, FIK - MTB)

- Pangkah hanya SATU nama SAHAJA untuk setiap fakulti kerana setiap fakulti mewakili SATU kerusi UMUM.
Contoh: Calon umum ada 2 calon, pangkah hanya SATU nama sahaja.

2. CALON KAWASAN FAKULTI

- Hanya calon daripada fakulti masing-masing sahaja akan disenaraikan.

- Pangkah hanya SATU nama SAHAJA untuk setiap calon fakulti masing-masing kerana hanya SATU kerusi fakulti yang mewakili MPP.
Contoh: Calon fakulti ada 4 calon, pangkah hanya SATU nama SAHAJA.

PERINGATAN !
- Sila lukis pangkah dalam kotak sahaja. Jangan pangkah melebihi kawasan kotak.
- Jangan conteng kertas undi.
- Sila lakukan pengundian secara telus.
[HEBAHAN HARI PEMBUANGAN UNDI PRK]

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FPP.

Sukacita Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan sesi 18/19 mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada calon yang bertanding dalam PRK PMPP UNISZA 19/20 dalam kalangan mahasiswa/i FPP UniSZA.
Berikut adalah nama calon yang bertanding:

CALON UMUM:
01 Ahmad Hafiz Bin Mazhar
(ISM Pengurusan Risiko Dan Takaful Sem 3)
02 Nurul Farhani Binti Mohd Salleh
(ISM Pengurusan Risiko Dan Takaful Sem 5)
03 Ahmad Muslim Bin Che Hamzah
(ISM Pengurusan Kekayaan Islam Sem 5)

CALON FAKULTI:
01 Syed Raziq Kamal Bin Syed Nasir
(ISM Perakaunan Sem 3)
02 Hani Melisa Teh Binti Abdullah
(Diploma Kewangan Sem 2)

Di kesempatan ini, kami PMFPP ingin menasihatkan agar semua calon dan pengundi dapat berkempen dengan aman dan harmoni. Kami PMFPP mendoakan yang terbaik untuk semua calon FPP. Oleh itu, kami menyeru semua pelajar FPP untuk turun mengundi pada ketetapan berikut:

TARIKH: 08 DISEMBER 2019
MASA: 8.30 AM - 4.00 PM

TEMPAT: BLOK KH01

Jalankan kewajipan anda sebagai seorang Mahasiswa UniSZA.

Sekian terima kasih.
HEBAHAN PILIHANRAYA FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

📌Sukacita dimaklumkan kepada Mahasiswa/i Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP), Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (PMFPP) akan mengadakan Pilihanraya bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa FPP bagi Sesi 2019/2020

📌Pengagihan Borang Pencalonan
📑Tarikh : 12-15 Disember 2019
(Khamis - Ahad)
📑Tempat : Secara Atas talian

📌Penyerahan Borang Pencalonan & Temu Duga
📑Tarikh : 15 Disember 2019 (Ahad)
📑 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
📑 Tempat : Bilik Pascasiswazah, Blok Khadijah

Pengesahan borang adalah daripada KPP sebelum penyerahan borang dilakukan

📑 #TEAMFPP

BORANG :
https://drive.google.com/open?id=1xgF1yvgaIZ2a_mZ0JRbOri24-zyrmILP

#MarilahMengundi
#PilihanRayaFPP
#JomJadiCalon

Pertanyaan & Maklumat Lanjut :
Sentha : 016-6381554
https://wa.me/+60166381554
HEBAHAN PENAMAAN CALON SEMPENA PILIHANRAYA FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

📌Sukacita dimaklumkan kepada Mahasiswa/i Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP), Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (PMFPP) akan mengadakan Sesi Penamaan Calon sempena Pilihanraya bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa FPP bagi Sesi 2019/2020

Perhatian kepada semua calon yang bertanding, anda dikehendaki untuk hadir pada sesi penamaan calon seperti maklumat yang tertera di bawah :

📌 Sesi Penamaan Calon
📑Tarikh : 15 Disember 2019 (Ahad)
📑 Masa : 5.00 petang
📑 Tempat : Blok Khadijah

p/s : Pencadang dan penyokong boleh hadir bersama calon mereka.

#TEAMFPP
#MarilahMengundi
#PilihanRayaFPP
#JomJadiCalon

Pertanyaan & Maklumat Lanjut :
Sentha : 016-6381554
https://wa.me/+60166381554