Rusia 'memerangi' Barat melalui 'Internet' baru
Melalui perkembangan terkini apa yang akan dilakukan oleh Rusia ialah mewujudkan 'Internet' sendiri bermula 1 Ogos 2018.
Beberapa Domain Name Server (DNS) 'backup' akan ditempatkan di beberapa negara rakan sekutu Rusia.
Negara tersebut ialah Brazil, China, India, Afrika Selatan bersama Rusia (BRICS countries), bersetuju mewujudkan alternatif kepada Internet sedia ada.
Internet sedia ada dikawal selia secara bebas oleh ICANN, IANA dan VeriSign.
Rusia mendakwa Internet dikawal oleh Amerika dan Eropah, boleh menjadi 'senjata' memerangi mereka pada bila-bila masa. ICANN berpengkalan di California, Amerika Syarikat. VeriSign di Virginia, Amerika Syarikat.
Rusia mahu nama domain .ru akan kekal dan beroperasi (online) di Internet, walaupun DNS yang diselia oleh ICANN menerima serangan penggodam atau disabotaj dari dalam.
ICANN memiliki 'kuasa' memutuskan (offline) mana-mana nama domain pada bila-bila masa.
DNS 'backup' yang diwujudkan Rusia nanti akan memastikan .ru terus online dan laman-laman web Rusia tidak terjejas.
Rusia mendakwan memiliki lebih kurang 10 buah DNS 'backup' sebagai cerminan (mirror) kepada domain .ru.
Apa reaksi kita sebagai sebuah negara berkecuali dan negara Islam secara umumnya.
Kita perlu siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan perubahan dan berlaku, bukan sahaja realiti atau fizikal tetapi secara maya yang dilakukan oleh blok Timur dan blok Barat.
Kita perlu meningkatkan kepakaran dan penguasaan dalam keselamatan dan kawalselia prasarana rangkaian dan Internet.
Kita juga perlu memikirkan keperluan mewujudkan rangkaian 'Internet' dalam kalangan negara Islam bagi mengimbangi percaturan kuasa-kuasa besar dunia.
Yudi Kurniawan Budi
31 Januari 2018, Cyberjaya

Forwarded from Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA
Biro Komunikasi & Multimedia (BKOM) ISMA bakal menganjurkan kursus kemahiran media, EKSPLORASI - Dunia Grafik (Asas Rekagrafik). Kursus ini bakal dianjurkan di 4 zon, iaitu Zon Utara I (Perlis & Kedah), Zon Utara II (P.Pinang & Perak), Zon Tengah (Lembah Klang) dan Zon Selatan (N.Sembilan, Melaka & Johor).
Butiran bagi setiap sesi adalah seperti berikut:
🔸Zon Utara I (Perlis & Kedah), 10 Februari 2018 (Sabtu) di UniMAP, Arau, Perlis
🔸Zon Utara II (P.Pinang & Perak), 11 Februari 2018 (Ahad) di Ipoh, Perak
🔸Zon Tengah (Lembah Klang), 10 Februari 2018 (Sabtu) di Ibupejabat ISMA, Bandar Baru Bangi, Selangor
🔸Zon Selatan (N.Sembilan, Melaka & Johor), 10 Mac 2018 (Sabtu) di Johor Bahru (*akan dimaklumkan)
Penyertaan dibuka kepada mana-mana rakyat Malaysia yang berminat.
Yuran adalah sebanyak RM200 seorang.
Yuran istimewa untuk ahli ISMA dan PEMBINA hanya serendah RM30 seorang. 💢
Untuk menyertai, sila daftar melalui borang atas talian di:
👉http://bit.ly/eksplorasi-dg2018

Google Docs
EKSPLORASI - Dunia Grafik 2018
Siri Kursus Eksplorasi Kemahiran Media
Obike, Mobike dan Ofo murah mudah tapi hasilkan wang besar
Perkembangan semasa yang tular mengen)ai Skim Perkongsian Basikal (Bike Share Scheme), vendalisma terhadap basikal-basikal, namun skim tersebut nampaknya terus berkembang.
Terfikir bagaimana skim ini dapat buat keuntungan (profit) dengan hanya RM2 sejam penggunaan.
Disebalik isu vendalisma, model bisnes skim ini sebenarnya lebih kepada perlombongan data (data mining), pengiklanan (advertising) dan keuntungan kutipan deposit pengguna (Global Business Partner Program).
Terdapat tiga pemain utama skim ini. Obike, Mobike dan Ofo.
Obike bermula di Singapura, kini beroperasi di 15 negara termasuk Malaysia, Sepanyol, United Kingdom dan German.
Lebih 2000 basikal Obike ada di Malaysia.
Walaupun murah dan mudah, skim ini terus-menerus menarik pendeposit, usahawan dan pelabur untuk menyertainya.
Sejam RM2. 10 jam sehari, RM20. Keuntungan tiga bulan RM1800.
Skim ini juga mendapat profit melalui deposit yang boleh dipulangkan dari pengguna.
Obike mengutip RM49 deposit bagi pengguna biasa dan RM19 bagi pelajar.
Umumnya, takungan (pool) deposit ini berjumlah jutaan ringgit yang dikumpulkan dari pengguna seluruh dunia, ia jumlah yang sangat besar.
Mobike yang berpengkalan di China dilaporkan mempunyai 100 juta pengguna berdaftar sehingga Jun 2017.
Bermakna Mobike mempunyai takungan deposit sebanyak 30 bilion yuan atau RM23.3 juta yang dibayar oleh 100 juta penggunanya dengan bayaran 299 yuan seorang.
'Data mining' yang besar diperolehi dari penggunanya, juga menyumbangkan pendapatan Mobike.
Hasil dari perlombongan data pengguna, digunakan untuk pengiklanan dan pemasaran. Dan boleh digunakan untuk menganalisa tabiat kepenggunaan (consumer behavior) apabila digabungkan dengan set data lain.
Data GPS dan laluan basikal pengguna boleh digabungkan dengan data teksi dan pengangkutan awam bagi mendapatkan pola pengguna di suatu kawasan tertentu.
Pengiklanan juga menjadi sumber keuntungan mereka. Melalui iklan pada basikal dan melalui apps.
Tetapi cabarannya ialah ruang iklan yang kecil pada basikal dan masa interaksi pengguna dengan apps yang singkat menyebabkan pendapatan melalui pengiklanan agak terhad.
Skim ini akan terus berkembangan.
Walaupun banyak basikal dibuang ke dalam sungai, dihumban ke kawasan pembuangan sampah dan disangkut ke atas pokok, skim perkongsian basikal nampaknya terus popular.
Pelbagai cabaran termasuk dari tabiat buruk pengguna, undang-undang-undang ketat kerajaan tempatan serta kemudahan jalan dan infrastruktur yang lemah.
Semua ini dapat diatasi kerana tiga faktor utama. 1. Keuntungan dan profit dari model bisnesnya 2. Sebaran media sosialnya yang luas 3. Kebaikan kepada alam sekitar dan kesihatan pengguna.
Skim ini akan terus berkembang dan menjana wang.
Yudi Kurniawan Budi
4 Februari 2018, Cyberjaya.

RM179 bilion milik pelombong lenyap dari Bitcoin
Cepat dapat cepatlah hilangnya (Easy come easy go), itu yang digambarkan mengenai status semasa Bitcoin, kriptowang bualan hangat dunia digital kini.
Januari lalu RM179 bilion (USD46.1 bilion) hilang daripada RM781 bilion (USD200 bilion) nilai keseluruhan matawang digital itu, laporan Coinmarketcap.
Ketika nilainya naik mencecah USD10,000, Bitcoin menghasilkan aura momentum memukau, para pelombong berpusu-pusu menanam pelaburan merancakkan aktiviti perlombongan.
Perlu diingat apabila suatu pelaburan naik sehingga 50% nilai asalnya, indikator kewaspadaan dan berhati-hati perlu diaktifkan.
Kerana ia suatu yang tidak masuk akal.
Menyedihkan, kini para pelombong cedera dan merawat luka sendiri dengan kejatuhan Bitcoin yang merupakan kejatuhan terbesar dalam sejarah aset digital, berlaku dalam selang masa hanya sebulan.
Ketika Bitcoin mencapai kemuncaknya pada tahap USD20,000 pada awal Disember, banyak berita dan spekulasi negatif tersebar menyebabkan sebahagian pelabur mula hilang keyakinin. Nilai Bitcoin menyusut pada kadar diantara USD5,000 hingga UDS15,000.
Berita-berita tersebut tersebar kesan dari pengenalan kepada Future Contracts on Regulated Exchanges oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Nampaknya jalan yang penuh liku bakal dihadapi para pelombong dengan ketidaktentuan pasaran kriptowang Bitcoin.
Yudi Kukrniawan Budi
6 Februari 2018, Cyberjaya.

Fakta E-Sukan yang membuka mata
E-Sukan singkatan bagi Elektronik-Sukan (Electronic-Sports) juga mempunyai difinisi sama dengan Permainan Video Kompetatif (Competative Video Gaming), ditahap lebih tinggi dinamakan sebagai Permainan Video Profesional (Profesional Video Gaming) atau Pro-Gaming.
Ia adalah sebuah pertandingan menggunakan permainan video. Secara umumnya dianjurkan oleh badan profesional dan melibatkan perlawanan di antara para pemain, mereka yang profesional dalam bidang E-Sukan.
Adakah E-Sukan beri kebaikkan kepada kanak-kanak, remaja mahupun belia. Ia perlu kajian dan perbincangan mendalam. Ini akan cuba dikupas seketika nanti.
Ada beberapa info mengenai E-Sukan yang membuka mata.
1. E-Sukan merupakan sebuah industri sukan yang paling pantas pertumbuhannya dengan sejumlah 148 juta peminat dan pemain di seluruh dunia, hadiah pertandingan dan tajaan berjumlah jutaan ringgit.
2. Pertandingan E-Sukan secara langsung (live) mempunyai penonton yang sangat ramai, sejumlah 380 juta penonton mengikuti pertandingan-pertandingan E-Sukan pada tahun 2017.
3. Syarikat-syarikat berkaitan E-Sukan menjana keuntungan berjumlah 320 juta dolar Amerika pada tahun 2015, dijangka meningkat kepada 1.5 bilion dolar Amerika menjelang tahun 2020.
Sejarah E-Sukan bermula pada 1972 di Stanford University yang menarik 10,000 penyertaan, dengan permainan Spacewar sebagai platform pertandingan.
Sejak itu ribuan pertandingan diadakan sehingga ke tahap liga profesional dan melibatkan kerjasama badan induk sukan dunia.
Ada perdebatan mengenai kewajaran istilah 'sukan' untuk E-Sukan, kerana E-Sukan tidak menggambarkan penggunaan fizikal seperti aktiviti sukan lainnya, namun istilah 'sukan' tetap digunakan kerana E-Sukan dikatakan memerlukan perancangan strategi, pengurusan masa dan kemahiran taktikal.
Perkembangan pantas E-Sukan mendorong kerajaan mengetengahkan cadangan sebuah modul pelajaran E-Sukan untuk menghasilkan para penggiat dan profesional yang berkaitan dengan industri E-Sukan.
Apa yang menimbulkan persoalan dan kerisauan ialah kewajaran langkah tersebut dilaksanakan memandangkan E-Sukan belum mendapat sambutan dan penerimaan sepenuhnya masyarakat khususnya ibubapa yang memandang serius pengaruh permainan video kepada anak-anak dan remaja yang meningkat dewasa.
Kerisauan ibubapa terarah kepada pengaruh permainan video terhadap sikap dan tingkah laku anak-anak disamping kesan kepada pengurusan masa dan implikasi kepada prestasi pelajaran mereka.
Ini yang perlu dijadikan fokus.
Sukan atau E-Sukan sendiri seharusnya tidak menjadikan pemainnya lalai sehingga mendorong meninggalkan tugas-tugas khususnya terhadap agama serta tugas lain yang melibatkan pengurusan masa dan akademik.
Perlu ditegaskan bahawa E-Sukan seharusnya terhindar dari pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak serta yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral.
Dari aspek industri E-Sukan pula, amat diperlukan kandungan (content) yang selari dengan acuan serta latarbelakang budaya adab ketimuran Islam. Pereka grafik, pengaturcara, penerbit, pengarah projek bahkan penganjur pertandingan E-Sukan juga perlu memikirkan kandungan permainan yang menjurus kepada nilai positif.
Pandangan terhadap E-Sukan sepatutnya ke arah membentuk sebuah sistem industri yang memberi kebaikkan kepada semua yang terlibat, membantu membangunkan sebuah tamadun selari syariah Islam serta terhindar dari gejala buruk yang merosakkan.
Yudi Kurniawan Budi
7 Februari 2018, Cyberjaya

Forwarded from Tech News
Maybank2U Menghadapi Masalah Untuk Pemindahan Segera Antara Bank
https://amanz.my/2018158324/
February 07, 2018 at 08:00PM
https://amanz.my/2018158324/
February 07, 2018 at 08:00PM